Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

YANG PENTING NAFIKAN DULU ....

 AKIBAT ADA YANG GHAIRAH NAK JADI EMBI PERAK.

EMBI PERAK SMASHH ORANG NAK AMBIL KUASA, TAPI JENIS PUAK TU MANA TAHU MALU, MANA ADA MARUAH !

DAH DUA KALI ORANG YANG SAMA TERLIBAT DAN MENJADI PELURU DEMI KUASA !

DUB DAP DUB DAP JANTUNG BERBUNYI, KITA TUNGGU SIAPA YANG KENAA !

ELOK LA JADI MAKHLUK BERKAKI EMPAT DARI JADI MAKHLUK BERKAKI DUA !

'Esok pun masih MB, kecuali saya jatuh tangga dan mati'

     BAGI ALASAN KECANGGIHAN TEKNOLOGI SEBAGAI MEMPERTAHANKAN DIRI ADALAH JALAN SELAMAT ?

ALAAA, KALAU DAP JADI MB PERAK APA SALAHNYA, SEDANGKAN PARTI LAIN YANG JADI MB TAK PULA DIPERTIKAIKAN.

DAP MEMANG TERBILANG BIJAK DAN PANDAINYA, SEBAB ITU MASA PRU 14 DULU BERDUYUN-DUYUN RAKYAT SOKONG DIA.

LA NI APA PULAK NAK KOMEN-KOMEN, BIARLAH DAP PERINTAH PERAK, ORANG MELAYU SUKA SANGAT DAP PERINTAH , SEKALIPUN PERINTAH MALAYSIA.

HIDUUUP DAP ! HIDUP GUAN ENG, HIDUP AZIZ BALI !

-Pak Karamu-

Exco nafi audio tular kritik MB Perak miliknya

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Exco Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Perak, Abdul Aziz Bari menafikan rakaman tular terbaru yang mengkritik kepimpinan Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu adalah miliknya.

 "Saya tidak tahu, ia (rakaman audio) tidak authentic (sahih)," katanya yang dipetik oleh Bernama.
Abdul Aziz ketika ditemui media menegaskan dalam era kecanggihan teknologi ketika ini, pelbagai perkara boleh dibuat.

"Saya tidak tahu. Saya tidak dengar (rakaman audio), rakaman seperti ini datang daripada sumber tidak rasmi dan boleh dibuat," katanya ketika ditemui pemberita di luar Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak di Ipoh, hari ini. 

Ketika ditanya mengenai dakwaan segelintir pihak yang mengaitkan rakaman audio itu milik beliau, Abdul Aziz (DAP-Tebing Tinggi) menafikannya dan menyifatkan ia sebagai sembang kedai kopi.

"Semua kata macam itu, tapi sekarang ini macam-macam orang dituduh macam itu.

“Kecuali kalau saya buat sidang media, semua orang nampakkan (wajah saya)...asli dan 'authentic' kan," katanya.

Selain itu, Abdul Aziz turut mempertikaikan mengapa beliau dikaitkan dengan rakaman audio tular tersebut.

"Kenapa diarah kepada saya sahaja, saya seorang sahajakah ada potensi untuk jadi menteri besar? Orang lain tiada? Banyak kali dah," katanya.

Abdul Aziz sebelum ini juga pernah dikaitkan sebagai dalang yang menggerakkan usaha untuk menggulingkan menteri besar, namun beliau menafikannya.

Ahmad Faizal juga menafikan ada usaha menggulingkannya, sebaliknya menegaskan hubungan beliau dengan 10 lagi exco sangat baik umpama 'satu keluarga besar yang gembira'.

Rakaman audio berdurasi 4 minit 22 saat yang tular sejak semalam itu menzahirkan rasa kurang berpuas hati seorang individu dengan cara Ahmad Faizal mentadbir kerajaan negeri Perak selepas Pakatan Harapan menumbangkan BN pada pilihan raya umum ke-14.

Utusan Malaysia pagi tadi melaporkan berdasarkan rakaman tersebut, individu itu juga mendedahkan beberapa perangai Ahmad Faizal yang tidak disenanginya.

“Mesyuarat pukul 10, 10.30 baru datang, mesyuarat pukul 11. Itu SOP (prosedur operasi standard) dia. Dia pun datang, Assalamualaikum, kita mulakan dengan al-Fatihah, kemudian semak satu persatu.

“Tetapi keputusan tiada. Kemudian hujungnya lain-lain hal, orang kata cepatlah, tidak perasan dah pukul 1. Ini helah dia dan setengah (kertas kerja) langsung tidak bawa ke situ (mesyuarat exco),” kata suara itu.

Akhbar itu juga melaporkan individu tersebut juga mendakwa ada masanya taklimat yang diadakan dianggap sebagai keputusan mesyuarat exco.

“Saya mengakulah, benda ini masalahnya bukan di exco (Perak) sahaja, even kabinet (Persekutuan) pun bermasalah. Dua, tiga isu yang saya tengok, Mahathir (Dr Mahathir Mohamad) pun tidak reti nak buat, dia nak ‘blame’ sini pula.

“Jadi selama 10 bulan deme orang ini, inilah yang berlaku. Tanya dia (Ahmad Faizal). Program tuanku (Sultan Perak) dilangkaunya (skip).”

3 orang berkata:

Anonymous said...

Ok lepas ni kita bagi razman zakar ria pulak jadi mb perak. Tapi kena menang pru dulu laa. Takkan nak bughah kot?

Anonymous said...

Bagii jer adun dap jadi mb..
Habis cerita..
Baru perak majuuu..
Melayu penyamun..
Jadi mb kasik pelingkup duit jer...
Tak gitu cai.....

Anonymous said...

Alhamdulillah...
Dak makan ubat yer dik..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.