SIAPA YANG NAK BAGI ZAKAT AMBIL JE, TAK PAYAH NAK AMBIL KIRA SIAPA YANG BAGI, KAFIR HARBI KE ZIMMI KE BOLEH BELAKA, JANJI PITIH.
ADAPUN ISTILAH ZAKAT ADALAH MILIK ISLAM, TAPI PENGENDALI KAFIR, ISH , BOLEH BELAKA !
SEKARANGPUN MALAYSIA BARU DAN SEMUANYA SERBA BARU,
BERERTINYA JANGAN TANYA TENTANG ROH ISLAM, TAPI TANYALAH ISLAM LIBERAL YANG BOLEH BELAKA.
BOLEH BELAKA ! MANIS BELAKAA !
macam majikan dengan pekerjanya !
-Pak Karamu-
Lebih manis orang Islam agihkan zakat - Mufti Kelantan
Tindakan wakil rakyat bukan Islam
mengagihkan pemberian zakat tidak menjadi satu kesalahan sekiranya
mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan zakat itu sendiri, kata
Mufti Kelantan Mohamad Shukri Mohamad.
Bagaimanapun
katanya, adalah 'tidak manis' bagi bukan Islam berbuat demikian kerana
ia memberi gambaran seolah-olah tiada orang Islam layak menguruskan
agihan zakat.
"Tetapi, lebih beradab dan lebih manis jika orang Islam sendiri yang menguruskan agihan zakat, bahkan amil-amil yang dilantik untuk mengutip zakat juga boleh mengagihkan zakat," katanya kepada Malaysiakini.
Sebelum ini, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Tikus, Chris Lee Chun Kit mengundang kontroversi apabila bertindak mengedarkan kit bantuan zakat kepada penduduk Islam Ahad lalu.
Chun Kit dalam status dimuat naik di dalam laman Facebook
menjelaskan kit bantuan Zakat Pulau Pinang (ZPP) itu diagihkan kepada
penerima di Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bangkok Lane dan
Kampung Herriot di Pulau Tikus.
Ia kemudiannya mendapat respon Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor yang menjelaskan adalah harus untuk orang bukan Islam diwakilkan sama ada bagi menerima atau mengagihkan zakat kepada golongan asnaf berdasarkan sudut hukum fikah.
Menurut beliau, perkara itu hanya yang berkaitan dengan muamalat dan ibadat maliyah seperti zakat, nazar dan kafarah.
'Tak pernah berlaku zaman nabi'
Jelasnya pada zaman Rasulullah SAW tidak pernah berlaku bukan Islam diamanahkan berbuat demikian walaupun ketika itu terdapat bukan Islam di kota Madinah.
"Saidina Umar al- Khattab pernah menolak usaha lantikan seorang Kristian dalam urusan zakat walaupun dia ada beberapa kelebihan. Ini kerana wujud para sahabat yang mampu mengurus zakat waktu yang sama Saidina Umar enggan urusan Islam dimasuk campur oleh kafir.
"Sebahagian ilmuan yang mengatakan harus mewakilkan orang bukan Islam untuk mengagihkan zakat itu adalah pada keadaan pemilik zakat, iaitu orang yang keluarkan zakat itu sendiri yang wakilkan sendiri kepada orang bukan Islam untuk diagihkan," jelasnya.
2 orang berkata:
nak hulur zakat tu pastikan pada org yg layak dan pihak yg dilantik. jgn terpedaya dgn infaq wajib ramadan yg dikutip parti pas.
aku bayar terus kpd asnaf tahun ni.. 😀
Post a Comment