SELAMATKAN NEGARA
BILA CACING SUDAH NAIK KEMATA, MAKA APA LAGI ?
PILIHANRAYA MENGEJUUUT !
-Pak Karamu-
Ku Li beri amaran kemungkinan PRU15 secara mengejut
Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa
parti itu mula untuk bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan
termasuk berlakunya Pilihan Raya Umum Ke-15 secara mengejut.
Ahli
Parlimen Gua Musang itu berkata, persediaan itu termasuk berhubung
pengagihan kerusi untuk ditandingi yang perlu dibincangkan bersama rakan
parti pembangkang iaitu, PAS serta parti komponen Barisan Nasional (BN)
yang lain.
“Kita kena selesaikan supaya tidak akan berbangkit
sesuatu yang memecahkan kita, kita juga kena ambil kira bukan Melayu
yang selama ini menjadi kawan setia kita.
“Saya rasa kena mula sekarang, kalau pilihan raya mengejut macam mana?
“Ya mungkin, kalau ada perubahan kepemimpinan, ada pilihan raya mengejut,” katanya dipetik oleh Utusan Malaysia.
Tengku
Razaleigh, yang juga dikenali sebagai Ku Li, mengulas rancangan
peralihan kuasa antara Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan bakal
penggantinya iaitu Presiden PKR, Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, pemangku presiden Umno Mohamad Hasan menjangkakan senario yang berbeza.
Semasa
ceramahnya, baru-baru ini di Sandakan, beliau memberitahu hadirin
bahawa Mahathir tidak akan menunaikan janjinya untuk menyerahkan tampuk
pemerintahan negara selepas dua tahun.
Mohamad sebaliknya mendakwa Mahathir akan membubarkan Parlimen dan supaya pilihan raya umum ke-15 dapat diadakan.
Begitu
juga, bekas menteri di jabatan perdana menteri, Zaid Ibrahim juga
percaya bahawa tidak semua pemimpin dalam Pakatan Harapan mahu Anwar
menjadi perdana menteri.
"Saya tidak yakin pemimpin PH sebulat suara mahu Anwar mengambilalih.
"Jika
mereka mahukannya, kenapa kita tidak boleh menetapkan tarikh? Ini bukan
zaman Julius Ceasar di mana pewaris (Octavius) terpaksa dinamakan dalam
surat wasiat kerana takut tercetusnya pergaduhan," ciapnya di Twitter
pagi ini.
Katanya,
setakat ini hanya DAP yang menunjukkan kesungguhan mengenai isu
penggantian dan menyatakan bagaimana Lim Kit Siang menawarkan diri untuk
bersara dari politik jika Mahathir tidak menunaikan janjinya.
"Bagaimana
dengan Mat Sabu (Presiden Amanah Mohammad Sabu)? Saya harap (Presiden
Bersatu) Muhyiddin (Yassin) berkata sesuatu. (Timbalan Presiden PKR)
Azmin (Ali)? Jadi..,” katanya.
Semalam, Anwar mendedahkan bahawa perbincangan berkenaan peralihan kuasa dengan Dr Mahathir berjalan dengan baik tetapi beliau bagaimanapun tidak menyatakan tarikhnya.
Semasa
ulang tahun pertama PH pada 9 Mei lalu, Mahathir berkata beliau akan
meletak jawatan selepas menyelesaikan masalah yang diwarisi daripada
kerajaan BN sebelum ini.
Diasak untuk mengulas lanjut, beliau
menjawab: "Saya tidak tahu sama ada tiga tahun atau dua tahun, tetapi
saya perdana menteri sementara."
8 orang berkata:
Umno, pas dan parti komponen bn yg lain mesti bersiap sedia. Tun m dah tak boleh kawal keadaan. Menteri2 dap sudah bertindak kurang ajar terhadap hak2 keistimewaan org2 melayu, raja2 dan juga kpd ugama islam. Tun hanya boleh lihat saja, bahkan turut menyokong. Pru15 mengejut sesuatu yg ada kemungkinanya. Ini saja cara tun m mungkir janji dgn anwar, dan mengembalikan kuasa kpd org melayu.
شركة تنظيف مكيفات بالرياض
شركة تنظيف شقق بالرياض
شركة تنظيف مجالس بالرياض
شركة تنظيف كنب بالرياض
شركة تنظيف موكيت بالرياض
شركة تنظيف واجهات بالرياض
شركة تنظيف خزانات بالرياض
umno dan pas kena cepat la duduk bincang pembahagian kerusi parlimen. takkan nak tunggu kerajaan bubar baru nak bincang. derah.. derahhhh.
betul tu cakap Kuli. bila umno dan pas nak bincang? asyik acah2 geli jer.. jimak terus laa. akar umbi ok jer kalau umno dan pas nak jimak terus.
DULU KAU KAFIRKAN ORANG TU TETAPI SEKARANG KAU JADI PUAK KAFIR ITU...
bro mokhtar roket pendek, sejak lebai dapat upah dedak dari umno semuanya dah suci dan islam. dah tak kapir dah.
pak karam, kita patut singkirkan din ayam atau geng kartel dedak?
Encik Roket Panjang pun benci ngan Encik Lebai Dedak...munafik punya lebai.
Post a Comment