‘Media cuba pecah belahkan PAS menjelang muktamar’
Naib Presiden PAS Iskandar Samad mendakwa
terdapat usaha “media tertentu” untuk memecahbelahkan anggota parti itu
menjelang muktamarnya akhir bulan ini.
“Terdapat media yang memberi gambaran seolah-olah ahli-ahli PAS berpuak-puak.
“Seolah-olah mereka fanatik menyokong pemimpin tertentu dan menolak pemimpin tertentu,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Kenyataan
itu dikeluarkan sehari lepas rakan sejawatnya Mohd Amar Nik Abdullah
menyatakan kesediaan untuk mempertahankan jawatan pada pemilihan
muktamar ke-65, di Kuantan pada 19 hingga 22 Jun ini.
Iskandar yang belum mengumumkan pendirian dalam muktamar kali ini berkata pemilihan dalam PAS bukan seperti parti-parti lain.
“Ia bukan perlumbaan untuk mengejar jawatan tetapi perlumbaan untuk membuat kebajikan.
“Pemilihan
berjalan di dalam suasana harmoni dan tidak ada bermasam muka selepas
keputusan diumumkan. Pimpinan dan ahli-ahli terus bekerja sebagai satu
pasukan,” katanya.
Beliau berkata usaha itu mungkin untuk melemahkan pakatan pembangkang.
“Ia tambahan kepada usaha-usaha untuk menggagalkan kerjasama Umno-PAS yang dilakukan secara berterusan,” katanya.
Kelmarin Malaysiakini
memetik sumber melaporkan Anggota Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh
Nik Abdul Aziz dan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
antara pemimpin dikatakan bakal bertanding jawatan naib presiden PAS.
Turut
menyandang jawatan itu ialah bekas anggota parlimen Changkat Jering
Idris Ahmad.
Idris juga belum mengumumkan sama ada bertanding atau tidak
kali ini.
2 orang berkata:
Ya menantu ayohchik tu mmg iblis dan syaitan. Ada ke patut dia nak cantas geng kartel dedak. Ishhh mmg tak patut.. Mmg iblis.
Buang jer din ayam tu. Kacau jemaah jer. Kita nak gabung dgn umno pun susah kalau ada din ayam. Kasi sembelih jer ayam tu kikiki
Post a Comment