Husam sepina MB Kelantan ke mahkamah
Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob dan seorang exco
kerajaan negeri disepina susulan perbicaraan kes saman Air Kelantan Sdn
Bhd (AKSB) terhadap Pengerusi PH Kelantan, Senator Husam Musa.
Sepina
tersebut dikemukan Husam bagi membolehkan Ahmad dan Exco Perindustrian,
Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Keusahawanan, Hanifa Ahmad turut
tampil memberi keterangan.
Husam ketika dihubungi Malaysiakini berkata, perbicaraan kes tersebut akan bermula hari ini hingga19 Jun 2019 di Mahkamah Tinggi Malaya, Kota Bharu.
"Saya mengemukakan sepina ini supaya kedua-dua mereka dapat hadir memberi keterangan dalam kes ini.
"Saya
harap menteri besar dan Hanifa akan hadir. Kita dapat lihat macam mana
menteri besar Kelantan bercakap di mahkamah nanti, " katanya.
Terdahulu, pada Mei 2018 AKSB mengambil tindakan menyaman Husam yang juga naib presiden Amanah berhubung dakwaan wujudnya penyelewengan dalam syarikat itu.
Dalam
satu pendedahan sebelum ini Husam mendakwa wujud ketidaktelusan dalam
kelulusan projek Skim Bekalan Air Merbau Condong Fasa II.
Husam
yang juga bekas anggota dewan undangan negeri (ADUN) Salor pada 5 Mac
tahun lalu menggesa penjelasan kerajaan negeri berhubung pemberian
tender projek bernilai RM27.1 juta itu.
Menurutnya, surat tawaran
tender projek diberikan kepada Cdah Construction Jangka Prestasi JV pada
22 Januari 2015 sedangkan ketika itu syarikat berkenaan masih belum
didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Sedangkan katanya, Cdah Construction Jangka Prestasi JV hanya didaftarkan pada 9 Mac 2015.
Sementara itu, Malaysiakini dimaklumkan
oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Ubaidillah Alis
menyatakan bosnya tidak akan hadir ke mahkamah dalam perbicaraan kes
itu.
"Tak (hadir). Menteri besar tak perlu hadir. Hanya penasihat undang-undang negeri dan AKSB yang terlibat," katanya ringkas.
Sementara itu, Ahmad mengesahkan peguam sudah memohon penolakan sepina tersebut.
"Saya
melalui peguam membuat penolakan terhadap sepina tersebut. Memang tidak
sepatutnya (disepina), lagipun hari ini ada persidangan DUN (dewan
undangan negeri)," katanya ketika ditemui di lobi dewan persidangan Dun
Kelantan di Kota Bharu, hari ini.
5 orang berkata:
kalau tak buat salah, jawabla kat mahkamah. tu bukan dendam. mcm takut jer.. ada apa2 ke?
Memang ada..
ada video semburit...
VIDEO SEMBURIT BILA NAK SAPINA
IGP PUNYA GEBANG MASA LANTIKAN
SKG MAAK AI LEMBAB SIASAT PELAKUNYA
TOKMAT OK YG NI MEMALUKAN ORANG NESMILAN
ALAHAIII...
boleh bohong syarie dah endorse dengan ketuanya.
bukti 90 juta mana... cakap tak serupa bikin... hampeh...
Post a Comment