Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LAAA AZMIN KE ? SAMAN KALAU TAK BETUL !

  APA YANG MENDORONG HAZIQ MEMBUAT PENGAKUAN ? TIADA KERJA CARI KERJA ? PEGI KE PULAU BATU DI GALAS ? ATAU ADA AGENDA POLITIK ?

Azmin Nafi Terbabit Video Lucah, cari dari mana sumber berita dan saman !  jangan tunggu !


MENTERI Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan sekeras-kerasnya pembabitannya dalam video lucah yang tersebar sejak semalam dan menyifatkannya sebagai satu tuduhan jahat dan kejam.
Timbalan Presiden PKR itu menegaskan, beliau yakin siri fitnah itu adalah komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadian serta menjatuhkan dan memusnahkan karier politiknya.
“Saya yakin kerja jijik ini telah dimulakan beberapa bulan lalu berdasarkan perkembangan politik semasa melalui intimidasi terhadap keselamatan diri dan keluarga pada minggu terakhir Ramadan serta tuduhan rasuah yang tidak benar dan tidak berasas.

Lokman bidas pemimpin Umno pertahan Azmin

   
Anggota Majlis Terttinggi (MT) Umno Lokman Noor Adam membidas kepimpinan partinya kerana dikatakan mempertahankan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali berhubung dakwaan skandal seksnya.

Ini susulan pemangku presiden Umno Mohamad Hasan menggesa parti itu untuk tidak mengambil kesempatan atas isu video seks tersebut dan bekas menteri belia dan sukan Khairy Jamaluddin meminta orang ramai berbuat perkara yang sama.

"Lebih memeritkan, satu dua kepimpinan Umno yang berkiblatkan Mahathir tampil mempertahankan Azmin selepas pengakuan Haziq dan melarang penyebaran video tersebut
"Padahal, yang kita dedahkan kepada umum bukan video yang mengaibkan, tetapi adalah dokumen bukti pemindahan dana dari UEM Group Bhd ke akaun yang dikatakan milik Azmin," dakwa Lokman dalam suatu kenyataan hari ini.

Semalam, pemimpin Umno itu menggesa polis untuk menyiasat kesahihan video seks itu dan turut membuat laporan kepada SPRM mengenai dakwaan pemindahan wang itu.

UEM menafikan dakwaan pemindahan dana tersebut berkata syarikat berkenaan tidak memiliki akaun Maybank cawangan Kuala Lumpur atau akaun dengan nombor yang tertera dalam dokumen yang dikatakan itu.

Terdahulu hari ini, Haziq yang juga ketua pemuda PKR Santubong mengakui dia salah seorang individu di dalam video seks itu.

Bagaimanapun, Azmin menafikan video tersebut, berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tuduhan yang disifatkannya sebagai "komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadiannya." 

"Saya telah mengarahkan para peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang membuat tuduhan-tuduhan jahat serta terhadap pelaku lain,” katanya.

Kenyataan Lokman yang menyentuh pemimpin Umno ini pula dibuat sebagai memberi maklum balas terhadap Adun PKR Azmizam Zaman Huri.

Semalam, Azmizam mempertikaikan kepantasan Lokman bertindak balas terhadap dakwaan video itu dan mempersoalkan jika ahli MT Umno itu tidak tidur.

Mengulas kenyataan Azmizam itu, Lokman mengakui yang dia memang tidak dapat tidur semalaman memikirkan hal video tersebut.

"Ya, memang saya tidak tidur selepas (menerima video seks) itu kerana saya terus menulis kenyataan media dan draf laporan SPRM serta laporan polis itu sendiri. 

"Bagaimana saya boleh tidur dalam keadaan, lelaki didalam video itu dikatakan mahu diangkat oleh Dr Mahathir menjadi perdana menteri menggantikan beliau," katanya lagi.

8 orang berkata:

Anonymous said...

hadi awang boleh tulis surat terbuka utk bela azmin, cari laa apa2 nas yg sesuai. ataupun buat fatwa kapirkan azmin pun ok jugak. mana2 pun ok.

Anonymous said...

Sondol sondolan oooo..
Sondol sondolan...

Anonymous said...

kah kah kah..
Video terbuka...

Anonymous said...

minta fatwa dari menteri agama..
Kekanda Mujahid ak Almarhum Tuan Guru Yusuf Rawa..

Anonymous said...

Sondol..
Jangan bilang...
Abang tak sondol..

Anonymous said...

Kelas blog ni.....boleh tambah saham akhirat

Anonymous said...

hahahaha..
cai dah bercerita pasal akhirat ler pulak...
macam lebai ler pulak si cai niiii..

Darren Demers said...

Semalam, Azmizam mempertikaikan kepantasan Lokman bertindak balas terhadap dakwaan video itu dan mempersoalkan jika ahli MT Umno itu tidak tidur. wholesale raglan shirts , cheap bulk t shirts canada , wholesale shirts canada , plain t shirt wholesale suppliers , wholesale black t shirts bulk , yellow t shirts bulk , wholesale childrens clothing in bulk , designer baby clothes online , baby dress wholesale , where can i buy baby clothes wholesale

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.