SEBENARNYA MEREKA ADALAH KUMPULAN PENGKHIANAT YANG MASIH MENJADI AHLI PAS.
PAS JANGAN NAFIKAN ADA MUSANG BERBULU AYAM DI DALAM PARTI TERSEBUT.
KETIDAK TEGASAN PAS DALAM HAL KEAHLIANNYA MENYEBABKAN PAS AKAN MENDERITA DISATU HARI NANTI.
PAS TAK PERLU TUNGGU DAN LIHAT TERHADAP GOLONGAN PENGKHIANAT INI.
TENDANG MEREKA KELUAR PARTI.
PAS BUKA MACAM PARTI-PARTI DIBAWAH CELAH KANGKANG DAP.
-Pak Karamu-
Hadi: Suara kebimbangan ahli PAS terpencil, terlalu sedikit
MUKTAMAR PAS | Presiden PAS Abdul
Hadi Awang mendakwa kebimbangan yang disuarakan sebahagian anggota PAS
bahawa Umno akan mengkhinati kerjasama dengan parti itu hanyalah
"suara-suara yang terpencil".
Kata Abdul Hadi, suara-suara
tersebut hanya dilontarkan oleh muka-muka baru dalam parti, sedangkan
muka-muka lama dapat menyambut dan menerima taawun siyasi PAS-Umno
dengan baik.
“Itu suara yang terpencil, terlalu sedikit (terdiri daripada) muka yang baru dengan PAS.
“Mereka
yang dah lama dan mengikuti budaya politik matang dan sejahtera akan
dapat menerima keputusan (kerjasama) yang kami buat,” katanya.
Beliau
berkata demikian dalam sidang media selepas berakhirnya Muktamar PAS
Pusat ke-65 yang berlangsung di Dewan Tertutup Sukpa, Bandar Indera
Mahkota, Kuantan, hari ini.
Beliau menjawab soalan pemberita yang
bertanyakan cara PAS menangani kebimbangan disuarakan sebahagian
perwakilan dalam muktamar tersebut berhubung kerjasama itu.
Sepanjang
muktamar berlangsung, biarpun semua perwakilan menyokong taawun siyasi
di antara PAS dan Umno, beberapa perwakilan menyuarakan kebimbangan
mereka.
Antaranya, Pemuda PAS Kedah yang menyarankan PAS perlu menjadi ketua dalam kerjasama
tersebut kerana bimbang dengan "perangai lama" Umno.
Wakil
PAS Kelantan juga menuntut Umno meminta maaf dan bertaubat dahulu
kerana sukar melupakan penganiayaan dilakukan Umno terhadap Kelantan
ketika mereka berkuasa, selain beberapa perwakilan lain yang meminta PAS
untuk beringat terhadap perangai Umno semasa mereka berkuasa.
Sementara
itu, disoal pemberita berhubung kekeliruan usul Dewan Ulama berbunyi
"memeterai taawun dan tahaluf siyasi dengan Umno" yang dibentangkan
semalam, Abdul Hadi menjelaskan bahawa kerjasama mereka kini masih di
peringkat taawun.
Namun, katanya penerimaan usul tersebut
menandakan PAS mendapat keizinan daripada parti bagi menjalinkan
hubungan ke tahap lebih jauh iaitu tahaluf siyasi.
Tambahnya lagi, proses ke arah tahaluf siyasi dengan Umno sedang dimulakan.
“Setakat
ini taawun dulu, kerana bertahaluf ini ada syarat-syarat yang perlu
dipersetujui bersama. Taawun ini kerjasama, tahaluf ini sejenis ikatan.
“Usul itu mengizinkan semua - mengizinkan taawun, mengizinkan tahaluf,” jelasnya lagi.
Apabila
disoal pemberita tentang jangkaan masa perjanjian tahaluf akan
dimuktamadkan, Abdul Hadi bagaimnapun beberapa kali mengelak dengan
memberikan jawapan kabur dan berkias seperti "kita tengok anak bulan
dulu".
5 orang berkata:
Allah bagi akai suruh pikir secara kritis hal2 berkaitan kehidupan bukannya jadi lembu dicucuk hidung.
Bukannya jadi babi diberi makan batang keladi..
Macam si CAI CAI pengkhianat..
Blog ahli syurga ni....jgn main2
naper ada setan pulak niii...
ker setan pon ahli syurga...
Siapa pengkhianat? Dulu bersama umno. Ditinggalkannya umno. Bersama pula PH. Ditinggalkannya PH.
Post a Comment