TERBUKA PEKONG, MCA DAN PKR ADALAH KAWAN SETIA, ADAKAH UMNO KENA TIPU ?
PM tepis dakwaan lantik Latheefa untuk 'sasarkan' Anwar
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyangkal dakwaan bahawa
pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah untuk 'mensasarkan' Presiden
PKR, Anwar Ibrahim.
"Mereka boleh membuat pelbagai tuduhan tetapi
sebenarnya saya pilih orang yang layak," katanya kepada pemberita di
Melaka petang ini.
Mahathir berkata demikian bagi menjawab
kenyataan Presiden MCA Wee Ka Siong, yang 'risaukan' nasib Anwar
berikutan pelantikan Latheefa.
ADA PA YANG DITAKUTI OLEH PKR DENGAN LATHEEFA KOYA ?
Nik Nazmi sokong petisyen gesa Latheefa letak jawatan
Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Nik Nazmi Nik Ahmad tetap menyeru orang ramai menandatangani petisyen menggesa
Latheefa Koya meletakkan jawatan sebagai ketua pesuruhjaya SPRM
meskipun Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad semalam berkata pelantikan
itu muktamad.
PAS MUNGKIN AKAN MENENTANG PENENTANG LATHEEFA KOYA MENJADI KETUA SPRM.
PAS NAK TENGOK SEJAUH MANA KEMAMPUAN PKR MENGGAGALKAN KEPUTUSAN MAHADHIR.
-Pak Karamu-
Hadi hairan kenapa pemimpin PKR pertikai pelantikan Latheefa
Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata beliau hairan dengan pemimpin
PKR yang mempertikaikan pelantikan Latheefa Koya sebagai ketua
pesuruhjaya SPRM.
Bercakap kepada pemberita di Kuala Terengganu
semalam, Abdul Hadi berkata perdana menteri mempunyai kuasa untuk
melantik mana-mana individu bagi jawatan itu.
“Terpulang kepada
perdana menteri untuk lantik siapa yang dia nak, kalau kepimpinan PH
boleh pilih dia (Dr Mahathir) jadi perdana menteri, mengapa tak boleh
setuju apabila dia pilih Latheefa?
“Apa yang penting beliau
(Latheefa) perlu buktikan kemampuannya setelah melaksanakan tugas yang
dipertanggungjawab nanti," katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Abdul
Hadi mengulangi pendirian PAS menyokong pelantikan Latheefa yang
disifatkan mempunyai perwatakan yang sesuai bagi jawatan berkenaan,
seperti yang dinyatakan oleh Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan
sebelum ini.
Ahli parlimen Marang itu juga menyatakan kesediaan
kerajaan negeri di bawah PAS iaitu Kelantan dan Terengganu untuk
disiasat SPRM.
“PAS tidak terlibat dengan sebarang perkara, dan
kita terbuka sebagaimana saya pernah nyatakan dahulu di mana kerajaan
kita di Kelantan dan di Terengganu terbuka untuk SPRM siasat supaya
berjaya mencapai objektif sebuah kerajaan yang bersih,” katanya.
Pengkritik
pelantikan Latheefa rata-rata bersetuju perwatakan tegas peguam itu
sesuai bagi menggalas tugas berkenaan, namun mempersoalkan latar
belakang beliau sebagai bekas ahli PKR yang pernah memegang jawatan
dalam parti.
Selain
itu, pengkritik juga mempersoalkan cara pemilihan Latheefa yang dibuat
oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tanpa berbincang dengan kabinet
atau melalui Jawatankuasa Khas Pemilihan Parlimen bagi Pelantikan
Jawatan Awam Utama.
Undang-undang ketika ini tidak memperuntukkan
kuasa kepada Jawatankuasa Khas Pemilihan Parlimen untuk mempengaruhi
atau mengkehendaki kerajaan merujuk sebarang pelantikan jawatan awam
kepada jawatankuasa itu.
PH dalam manifestonya bagaimanapun
berjanji untuk memastikan SPRM melapor terus kepada parlimen dan bukan
lagi kepada perdana menteri, selain tidak membuat pelantikan politik.
Pelantikan Latheefa sebagai ketua pesuruhjaya SPRM berkuat kuasa 1 Jun lalu untuk kontrak selama dua tahun.
Pelantikan itu dibuat selepas penyandang jawatan itu Mohd Shukri Abdull memohon untuk memendekkan perkhidmatannya.
7 orang berkata:
Baguih la kalau PAS sokong pelantikan Tipah Koya tu. Tapi Iskandar Samad meroyan hari tu pasai pa? dia bukan geng kartel dedak kan? kaa sebab dia tak dak dlm whatsapp group ayohchik?
Alhamdulillah sbb pas sokong tipah. Mudah2 semua yg terlibat dedah akan segera masuk ke penjara. Amin Ya Rab
Yg rasa senak perut abduh, hadi, samad, tat snake, dll
Mudah2an Encik Amin Ya Encik Arab sokong Cik Tipah.
Pas ni,,bodoh tak habis2. Padan la asyik kena tipu. Kena tipu dgn al juburi dan pkr, kena tipu dgn lge dap,,sokong dap hanya kerana lge kata " saya jadikan umar abd aziz role model ".. dan kena tipu dgn geng2 munafik dlm pas sendiri yg diketuai oleh tiga golo gan,,syiah mat sabun, irc mujahid dan geng juhalak pas yg diketuai mahfuz..sekarang pas diperbodoh tun m pulak...kah kah...kesian org2 pas yg dapat pemimpin jahil politik. Harakah daily,,dua atau tiga artikel mempertikaikan perlantikan tipah koya kerala jadi pengarah sprm kerana bercanggah dgn menipufesto pakatan hancing,,tiba2 keluar kenyataan mengalukan2 tipah koya dan sokong...apa punya bahlol....tiada pendirian. Diantara pas dan umno,,saya yakin,,jika perpaduan dan kerjasama ini hancur, ia berpunca dari pihak pas...tuan2 tunggu saja la.
oit! anon 4.04am, kau baru keluar dari gua ke?? kau baru tau ke pas ni bodo?
Aku tahu lama dah pas tu bodoh,,bodoh2 pas, lebih cerdik lagi jika nak dibandingkan dgn macai2 babi ph macam hang tu...
Post a Comment