Azmin minta pemimpin PKR jelaskan: Siapa bagi maklumat?
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali berkata
kepimpinan PKR perlu menjelaskan kenapa pihak yang menyebarkan video
seks yang dikatakan memaparkan individu miripnya itu boleh memiliki
nombor telefon semua pemimpin cabang parti.
Azmin berkata malahan dirinya yang juga merangkap timbalan presiden PKR itu tidak memiliki akses terhadap maklumat sedemikian.
"Ini sudah tentulah mencemaskan, bahawa kepimpinan mestilah memutuskan untuk menyiasat perkara tersebut.
"Kumpulan
WhatsApp (yang menyebarkan video itu) mengandungi semua nombor telefon
pemimpin cabang dan juga pemegang jawatan lebih rendah pada peringkat
cabang (PKR).
"Saya tidak ada akses terhadap maklumat sedemikian.
Jadi soalannya sekarang, siapa yang menyediakan maklumat ini dan siapa
yang menubuhkan kumpulan WhatsApp ini?
Anggota PKR temani Haziq
"Terdapat
kumpulan (WhatsApp) untuk Sabah, satu kumpulan untuk Sarawak dan satu
lagi untuk Semenanjung, jadi ini memerlukan penjelasan kepimpinan," kata
Azmin kepada pemberita hari ini selepas hadir majlis rumah terbuka
Aidilfitri DUN Gombak Setia.
Beliau berkata demikian sebagai
mengulas soalan mengenai beberapa anggota PKR menemani Haziq Abdullah
Abdul Aziz ketika dilepaskan daripada tahanan polis semalam.
Haziq sebelum ini mendakwa dirinya salah seorang individu di dalam video lucah yang disebarkan itu.
Azmin
juga berkata beliau menerima laporan bahawa pihak yang menyebarkan
video tersebut mengelak menggunakan Facebook dan Instagram bagi
menghalang alamat IP (protokol internet) mereka daripada dikesan.
Ketika
ditanya sekiranya beliau akan menggesa lembaga disiplin PKR mengambil
tindakan berhubung perkara ini, Azmin berkata terserah kepada badan itu
untuk memutuskan apa yang terbaik untuk parti.
"Jika kita mahu memastikan parti ini masih relevan dan diterima orang ramai, maka sesuatu perlu dilakukan," katanya lagi.
Beliau
juga mengulangi pendiriannya yang tiada hasrat untuk mengambil cuti
kerana hal itu menunjukkan "seolah-olah beliau telah melakukan
kesalahan."
Susulan penyebaran siri klip video lucah yang dihantar
secara khusus kepada wartawan dan anggota PKR di media sosial, Haziq
juga mendakwa Azmin merupakan seorang lagi individu yang dipaparkan
rakaman itu.
Azmin menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah jahat dengan niat untuk memusnahkan karier politiknya.
Haziq
ialah ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong yang juga bekas
setiausaha sulit kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul
Iskandar Md Akin.
7 orang berkata:
Si semburit.
Pohon PM Tun M bertegas..
Tidak melepaskan jawatan PM kepada geng KUNYIT...
Takut takut kadar kelahiran Malaysia akan jatuh merudum...
Apa tak nya.. pancut sperm dalam lubang taik..
Mana nak jadi nyer..
YB Mohd Sabu..
Comment please..
Isu semburit terbaru niii...
boleh jadi.....tpi jadi taik.
Oooooooo yg sebar video tu yg salah PENJUBO tak salah, gitu ker Msia Baru. Bertuah rakyat Msia undi pH dpt menteri2 high level punya pan cut.
Anang irau Ali..
Mentri agama sedang cari kitab...
Kot kot ada yang madah JANTAN pansyut JANTAN tak salah asalkan tak mengandung...
Harap harap bisik laaa kitab tuk..
Ali Biju kah kitak tuk...
Post a Comment