Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

WAW, ANUAR BERI MASA KEPADA PIEM BUAT PENJELASAN

LATHEEFA SUNGGUH BESAR !

DESAKAN ANUAR INI MUNGKIN AKAN DIDENGAR OLEH DR MAHADHIR MUHAMMAD, SEKALIPUN IA MERUPAKAN ALA PAKSAAN ? ATAU DR MAHADHIR AKAN ABAIKAN ?

PERSOALAN YANG ADA IALAH MENGAPA HANYA SEORANG AHLI PARLIMEN YANG DIANGGAP BERANI MENEMPELAK SURUH MAHADHIR MEMBUAT PENJELASAN ? 

SEMENTARA ADA TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI MENIKUS TIDAK BERANAI SURUH MAHADHIR MEMBERI PENJELASAN ? MUNGKINKAH ANUAR SUDAH DAPAT MERASA KESANNYA ?

KESANNYA DARIPADA KEPUTUSAN MAHADHIR MELANTIK LATHEEFA KOYA INI MUNGKIN MASALAH FOREX AKAN DISIASAT SEMULA ? KES RASUAH GUAN ENG ? KES RAFIZI ? DAN BANYAK LAGI ?

YANG SUSAH HATI ANUAR TAK DAPAT JADI PIEM ADALAH PRESIDEN MCA, KENAPA ?

   
Presiden MCA Wee Ka Siong berkata:
"Saya rasa terganggu kerana risaukan Anwar, kerana Latheefa memang diketahui selalu mensasarkan beliau (Anwar)

-Pak Karamu-

Anwar: PM perlu jelaskan pelantikan Latheefa

Bernama  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Presiden PKR Anwar Ibrahim berpendapat Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad perlu memperjelaskan pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Anwar berkata keputusan untuk melantik Latheefa itu dibuat oleh Dr Mahathir dan beliau juga tidak dimaklumkan mengenai pelantikan itu sehingga pengumuman dibuat.

Menurutnya terdapat beberapa isu, seperti kabinet tidak dimaklumkan, pelantikan tidak selaras dengan Akta SPRM dan soal pelantikan tidak selari dengan janji dalam manifesto PH, yang perlu dijelaskan.

"Sudah tentu satu penjelasan diperlukan, kerana perkara ini adalah apa yang kita janjikan, tapi kita perlu melalui forum yang teratur (untuk penjelasan), seperti (mesyuarat) kabinet atau Majlis Kepimpinan Pakatan, jika kita mahu dapatkan penjelasan yang sebenar.

"Manifesto tidak dipatuhi, dan nampak seperti lantikan politik… saya rasa perlu penjelasan diberikan kepada orang ramai berhubung isu itu, mengapa manifesto tidak diberi perhatian, tidak dihormati, walaupun saya rasa Latheefa mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk kedudukan itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Jamuan Hari Raya Perdana di Masjid Kubang Semang, semalam.

Antara yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Pembangunan Usahawan  Negeri, Abdul Halim Hussain dan Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar, Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Law Choo Kiang.

Namun, Anwar yang juga Anggota Parlimen Port Dickson berkata beliau telah bersetuju untuk memberikan masa dan ruang buat perdana menteri untuk memberikan penjelasan mengenai pelantikan itu mengikut platform yang sepatutnya.

“Walaubagaimanapun tanggungjawab kita adalah untuk memastikan keberkesanan pentadbiran kerajaan, kerana kita telah diberikan komitmen bagi menyokong pentadbiran kerajaan di bawah kepimpinan Dr Mahathir,” katanya.

“Kita akan memastikan SPRM kekal bebas, dan mereka yang diberikan tanggungjawab itu dilihat sangat profesional dan tidak akan diseret dalam kancah politik dan berpuak, ini adalah kebimbangan yang disuarakan," katanya.

Tambahnya, PM telah lantik, tetapi beberapa soal harus diperjelaskan seperti soal manifesto dan proses pelantikan itu boleh dibincang secara baik dalam ruang yang ada dalam PH, malah dalam kabinet sendiri.

Sementara itu, Anwar berkata perletakkan jawatan Latheefa sebagai anggota PKR telah diterima oleh parti dan perkara itu tidak menimbul sebarang isu.

Latheefa dilantik sebagai KP SPRM yang baharu berkuat kuasa 1 Jun lepas, menggantikan Mohd Shukri Abdull yang memilih untuk memendekkan kontrak perkhidmatan beliau.

- Bernama

2 orang berkata:

Anonymous said...

anwar boleh minta penjelasan sebab dia sebahagian dari parti komponen yg memerintah. parti pembangkang tengok dok diam2 sudah. kabarnya lepas raya ni kartel dedak akan dipanggil sprm. ntah laa.

Anonymous said...

Nak penjelasan apa lagi wahai pesalah liwat??. Latifa koya tu musuh hang,,sbbtu tun lantik dia jd pengarah sprm,,senang nak siasat rasuah wang semasa pemilihan pkr hari tu,,,kartel jubur jd kepanasan la no....

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.