UMNO DAN PAS MEMULIHKAN NEGARA DARI TANGAN PENGKHIANAT YANG MAHU JADIKAN MALAYSIA SEPERTI SINGAPURA
UMNO DAN PAS MAHU SELAMATKAN NEGARA MALAYSIA DARI KUASA RAKUS DAP
SELAMATKAN NEGARA.
Umno-PAS meterai piagam bersama 14 Sept
Piagam bersama Umno dan PAS akan dimaterai pada 14
September dalam dalam sebuah acara khas di Pusat Dagangan Dunia Putra
(PWTC), Kuala Lumpur.
Ia akan ditandatangani oleh Presiden Unmo Zahid Hamidi dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.
-Pak Karamu-
Umno, PAS sepakat tutup pintu buat parti berkawan DAP
Umno dan PAS bakal menandatangani piagam bersama sebagai usaha
menjadikan kerjasama di antara kedua-dua parti terbabit berlangsung
secara rasmi, tidak lama lagi.
Melalui piagam tersebut, kata
Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi, mereka akan menutup pintu untuk
mana-mana parti yang menjalin hubungan dengan DAP.
“Perbincangan
(sudah) dimuktamadkan, tak akan ada rundingan dengan parti dalam Pakatan
Harapan (PH) selagi mereka berkongsi kuasa dengan DAP.
“Umno
tolak kerjasama dengan DAP. Oleh demikian, kita berpendirian, kita tak
ada rundingan dengan pihak lain selagi mana-mana pihak bersekongkol
dengan DAP,” katanya.
Iklan
Bagaimanapun
tidak dapat dipastikan mengapa bekas timbalan perdana menteri itu
membangkitkan isu berkenaan pada sidang media hari ini.
Untuk
rekod, awal bulan ini Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad pernah membuat
pelawaan agar orang Melayu yang menyertai pembangkang menyertai Bersatu.
Ditanya
mengapa Umno menolak DAP, Ahmad Zahid mendakwa DAP kini menterjemah
agenda Malaysian Malaysia yang tidak dapat diterima oleh Umno dan BN.
“Jika
ada pihak di luar Umno dan PAS mahu jemput adakan perbincangan anggota
Majlis Tertinggi (MT) mengambil keputusan muktamad, hanya presiden boleh
mewakili Umno, tak ada orang lain,” katanya.
Ahmad Zahid ditemui
media selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno di Pusat Dagangan Dunia
Putra (PWTC), Kuala Lumpur sebentar tadi.
Beliau juga mengumumkan
MT Umno sebulat suara bersetuju menerima kerjasama dengan PAS
berdasarkan 'taawun siyasi' (bertolong-tolong dalam perkara politik),
kata presidennya Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut Ahmad Zahid
kedua-dua parti itu - melalui setiausaha agung masing-masing - akan
mengeluarkan kenyataan bersama berkaitan kerjasama itu, esok.
“Umno
ambil keputusan bahawa kerjasama dengan PAS dengan menandatangani
piagam yang berlandaskan taawun siyasi diterima sebulat suara anggota
MT.
“Setiausaha Agung Umno dan PAS akan buat kenyataan bersama
untuk memaklumkan kepada khalayak umum tentang tarikh dan tandatangan
(piagam kerjasama) antara Umno dan PAS,” katanya.
1 orang berkata:
Kami menawarkan berbagai layanan keuangan yang meliputi: Perencanaan Bisnis, Keuangan Komersial dan Pembangunan, Properti dan Hipotek, Pinjaman Konsolidasi Hutang, Pinjaman Bisnis, Pinjaman Pribadi, Pinjaman Pembiayaan Kembali Rumah dengan tingkat bunga rendah per tahun untuk individu, perusahaan dan badan usaha. Dapatkan yang terbaik untuk keluarga Anda dan miliki rumah impian Anda juga dengan skema Pinjaman Umum kami. Pelamar yang tertarik harus menghubungi kami melalui
Hanya WhatsApp: (+ 62822 74045059
Telp .... (+ 62822 74045059
Email: (iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com)
Post a Comment