PAK KARAMU TEGUR MUJAHID
MEMANG TAK BAIK MEMPERMAINKAN AYAT AL QURAN, HUKUMNYA BERDOSA, FULL STOP.
RAHMATAN LIL 'ALAMIN, BERERTI RAHMAT SEKALIAN ALAM, ANTA TAHUKAH ALAMIN TU APA ?
YANG KERANA APA RAHMATAN LIL ALAMIN ITU DIUJUDKAN TUHAN ?
SURAH AL ANBIYA 107 ITU TUHAN TUJUKAN KEPADA SIAPA ? NABI MUHAMMAD ?
BUKANKAH LEBIH BAIK DIPERKENALKAN SAHAJA SURAH SABA' AYAT 28 !. TU BARU KENA TEMPATNYA.ITUPUN UNTUK NABI MUHAMMAD SAW, BUKAN UNTUK P.H
TU SEBAB LA KALAU NAK RAHMATAN LIL 'ALAMIN, BIARLAH CERDIK, JANGAN SEBARANG AMBIL AYAT AL QURAN UNTUK MEGAH POLITIK.
SEJAUH INI P.H TIDAK LAYAK NAK PAKAI RAHMATAN LIL 'ALAMIN !
MA'AF YA PAK MENTERI ! BELAJARLAH UNTUK JADI CERDIK !
-Pak Karamu-
Mujahid tegur pihak permainkan kalimah ‘rahmatan lil alamin’
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof menegur pihak yang mempermaikan kalimat “rahmatan lil alamin” (rahmat ke seluruh alam) kini dijadikan pendekatan kerajaan.
Beliau mengingatkan bahawa kalimah itu diambil daripada firman Allah dalam al-Quran.
“Saya hairan, orang dengar rahmatan lil alamin, dikaitkan jual agama, membiarkan kemungkaran berlaku, kita jadi khadam (pihak) dot dot dot.
Iklan
“Anda boleh berkata apa saja, konon andalah hebat.
“Tapi
ketahuilah, ayat ini lebih hebat daripada ayat semua yang kata dia
hebat, kerana dia merupakan firman Allah, satu penyataan yang kerananya
dibangkitkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW,” katanya.
Kata menteri yang memegang portfolio agama itu, rahmatan lil alamin dijadikan olok-olokan dengan ungkapan seperti “rahmatan lil kafirin” (rahmat untuk orang kafir) serta “rambutan lil alamin”, semata-mata bagi membuat orang ketawa.
Beliau
berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian dalam Majlis
Sambutan Maal Hijrah 1441H Peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid
Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini.
Rahmatan lil alamin merupakan dasar kerajaan yang bercirikan Malaysia sebagai sebuah negara mempunyai kepelbagaian kaum dan agama.
Rahmatan lil alamin disebut
dalam al-Quran dalam Surah Al-Anbiya' ayat 107, yang menyatakan Nabi
Muhammad SAW diutuskan untuk menjadi rahmat buat sekalian alam.
Sejak
diperkenalkan, gagasan itu mendapat herdikan dan sindiran beberapa
pihak termasuk pembangkang yang mendakwa gagasan itu seolah-olah sekadar
dijadikan alasan untuk umat Islam beralah dalam hal-hal yang dakwa
mereka, merugikan umat Islam.
Ini bukanlah kali pertama Mujahid menyelar sindiran-sindiran yang dilemparkan terhadap dasar rahmatan lil alamin yang digagasnya.
Dalam ucapan sama, Mujahid turut menyatakan pendirian tegasnya untuk mempertahankan gagasan rahmatan lil alamin biarpun diherdik dengan lelucon daripada pelbagai pihak.
“Anda mungkin membikin orang ketawa kerana memenuhi nafsu supaya anda dilihat hebat (dengan sindiran-sindiran yang dibuat).
“Demi Allah, saya nyatakan, saya akan mempertahankan rahmatan lil alamain sebagaimana yang diajarkan oleh Islam kepada kita!” katanya dalam nada tegas.
17 orang berkata:
Al-Fatihah Buat Almarhum Tuan Guru Yusof Rawa..
Menteri di Jamban Perdana Menteri YB Dr Mujahid Yusof ... oooop sorry di Jambatan Perdana Menteri.. sorry lagiii di Jabatan..
karamu, hang tak pi pwtc ka? tak nampak hang pun? jom oii kita dah rasmi bergabung dgn umno, jom la buat kenduri tahlil.
EDDY WONG MENIPU LAGI. KALI INI EDDY WONG KATA KALU TGNA HIDUP LAGI SUDAH TENTU TGNA GUMBIRA TAWAUN PASUMNO.
Kalu Tgna hidup lagi rasanya kalu tak makan selipar, kena ludah muka eddy wong turr. Kih3
TGNA KATA JANGAN SAMPAI KENA PATUK ULAR DUA KALI DALAM LUBANG YANG SAMA.
Tak sampai 2 penggal bila dah berebut kerusi dgn Mic, Mca dan Umno, kena patuk ular lagi ler turr. Kih3
Tak caya? Tungguuuuuu!!
Pas ni bukan tak elok. Elok. Tapi buat kerja semua sejerat jalan. Hudud sekerat jalan. Ruu 355 sekerat jalan. Tawaun sekerat jalan. La ni UG tabayyun pun rasanya sekerat jalan kot.. Kih3
UMNO DAH LAKSANAKAN ISLAM. DULU TGNA KATA KALO UMNO DAH LAHSANAKAN ISLAM, PAS AKAN DIBUBARKAN. PAS DAH TAK PERLU DAH. BILA PAS NAK DIBUBARKAN? Kih3
DULU TGNA ADA SINDIR. KALU NAK UG JUGAK MASUKLAH UMNO. LWTAK JAWATAN PRESIDEN DAN DI MARANG.
Ada ke Tgna kata dia gumbira tabayun dgn Umno?? Jgn temberang la dol...
KALU DAH STING SANGAT NOK BER UG TABAYUNG PUNG JANGANGLAH KAITKANG DENGANG ULAMA YANG DAH MENINGGAL, YANG KITA MEMANG DAH TAU DIA MENOLAKNYA MENTAH2 SEMASA ZAMANG HIDUPNYA BOH. MUNG NOK TIPU SAPE BOH???
Tabayyung Assobiyah buleh ker dol?? Tabayyung dengang penyamung buleh ker dol?? Mcm dok betol aje tabayyung mung ni dol???
Eddy wang kate kalu ulamak yg dah pergi 4 tahung dulu tu hidup lagi, tentu ulamak tu gembire. Membongak lagi
Fatwa ohstart eddy wong ker neh??
“Dalam sekawah gulai daging yang dimasak penuh dengan daging yang suci dan diletakkan seketul daging babi didalamnya itulah perumpamaan kerjasama UMNO dan MCA”.
[Kenyataan PAS ogos 2018].
Cai dah meROYAN ...
PENYATUAN UMMAH PASNOL.
WAK DOL DAN LOBAI TUUUT SAJA YG DATANG SEBAGAI WAKIL PENYATUAN POLITIK DUA PARTAI PASNOL.
Olehsebab itu penyatuan ummah politik maka aku tak pergilah. Biarlah ahli2 politik pasnol kelantan shj yg pergi. Aku bukan ahli politik.
Nanti kalu wak dol dan lobai tuttt buat penyatuan ummah mengikut tafsiran nas, maka sudah barang tentu saya hadir 100%. Akan hadir tanpa tambang bas dan nasi lemak free.
Apapun baguslah kerana dua musuh yg dulu selalu bertumbuk, solat dua imam, cerai berai isteri suami, masam muka jiran2 di kelantan sudah berbaik.
Penyatuan ummah kalu ikhlas ikut nas maka besarlah pahalanya.
Penyatuan ummah kalu nak naikkan wak dol dan lobai tuut dan presiden lobai prettt berebut merasa pencen PM dan naik velfire sambil mengkafirkan orang lain, maka itu namanya penyatuan neraka jahannam.
Harap2 niat tersirat penyatuan ummah @ Tabayyun @ UG ini bukanlah utk menyelamatkan ketua penyamun, timbalam penyamun dan ajk ungka2 peringkat tertinggi parti ungka nombor wahid.
DAN INGAT, TGNA TIDAK PERNAH SETUJU UNTUK DIPATUK ULAR DUA KALI DALAM LUBANG JAMBAN YANG SAMA. KIH3
Korang pergi penyatuan ummah naik bas. Bos korang pergi UG naik velfire. Tak apalah. Dapat nasi lemak free tak?
TABAYYUN FULUSIKUM
Post a Comment