MELAYU ISLAM DAH BANGUN TIDOR
Menanti naratif baru politik Melayu di bawah Umno, PAS
ULASAN | Orang Melayu dan umat
Islam pastinya tertumpu kepada detik sejarah yang akan menyaksikan
penyatuan dua parti politik terbesar orang Melayu pada Himpunan
Penyatuan Ummah, 14 Sept nanti.
Umno dan PAS kini sedang
menghitung detik bagi menantikan "hari bahagia" untuk dua parti meraikan
"persandingan" selepas secara rasmi memeterai piagam kerjasama politik.
Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, pastinya merakam sejarah
tersendiri apabila buat pertama kalinya juga lagu rasmi PAS akan
berkumandang di dewan keramat Umno itu, selain bendera parti Islam itu
juga pasti turut menghiasi setiap sudut di PWTC.
Pastinya, 14 Sept
akan menjadi detik sejarah bukan saja kepada Umno dan PAS yang
menamatkan sengketa politik mereka sejak puluhan tahun, malah akan
mencorak hala tuju baru politik orang Melayu di negara ini.
Secara
teorinya, penyatuan Umno dan PAS adalah kebaikan kepada orang Melayu
dan umat Islam, itu tidak dapat disangkal meskipun "Melayu Bersatu,
Melayu Amanah, Melayu PKR dan Melayu DAP" cuba menafikannya.
Malah,
Islam turut menyeru umatnya supaya bersatu padu, mengelak daripada
perpecahan kerana perpaduan adalah kekuatan kepada orang Islam dan dalam
konteks Malaysia, pastinya orang Melayu.
Mengapa saya kata
kerjasama Umno, PAS adalah baik untuk orang Melayu dan umat Islam,
jawapannya mudah saja, kerana sejak sekian lamanya orang Melayu ataupun
umat Islam di negara ini berpecah kerana "mazhab politik" dua parti
dominan ini.
Amanat
Haji Hadi misalnya, telah membuatkan orang Melayu Umno dan Melayu PAS
bersengketa sehingga menyebabkan haiwan sembelihan orang Umno misalnya,
haram bagi orang PAS makan.
Begitu juga pernikahan dengan orang
Melayu Umno dianggap haram dan tidak sah, masjid dua imam, kafir
mengkafir sesama Islam dan banyak lagi perpecahan tercetus akibat
perbezaan politik Umno dan PAS sejak puluhan tahun lamanya.
Namun,
pada masa itu, meskipun perpecahan orang Melayu berlaku, tetapi tidak
dirasai kerana Umno masih lagi kuasa dominan dalam BN dan kerajaan
kerana masih mendapat sokongan padu daripada kaum India serta Cina
melalui MCA dan MIC.
Bagaimanapun, selepas Pilihan Raya Umum (PRU)
ke-14 lalu, orang Melayu khususnya Umno dan PAS mulai sedar betapa
pertelingkahan antara mereka sebelum ini amat merugikan Melayu.
Perpecahan
Melayu semakin parah apabila parti Melayu seperti Bersatu dan Amanah
ditubuhkan bagi menarik sokongan orang Melayu terhadap Pakatan Harapan
(PH). Bagaimanapun, dua parti ini secara faktanya masih gagal menarik
sokongan Melayu yang kekal dengan Umno dan PAS.
Namun, sejauh mana
"taawun siyasi" antara Umno dan PAS ini akan berupaya mengukuhkan
perpaduan dalam kalangan orang Melayu dan rakyat Malaysia, pastinya akan
terjawab pada 14 Sept ini apabila piagam kerjasama muafakat nasional
dimeterai.
Piagam kerjasama Umno, PAS akan menjadi penanda aras baru kepada politik orang Melayu di negara ini.
Jika
piagam yang ditawarkan mampu meyakinkan orang Melayu dan umat Islam, ia
pastinya akan menjadi kekuatan baru kepada politik orang Melayu dan
sekaligus akan memperkukuhkan sokongan kepada Umno dan PAS.
Piagam
kerjasama Umno, PAS akan mencorakkan perjalanan politik dua parti
dominan itu menuju PRU ke-15. Yang pasti dalam keadaan Umno yang sudah
kehilangan kuasa, piagam Umno dan PAS perlu berpijak di bumi nyata dan
bukan bersifat retorik.
Kerjasama ini juga akan menentukan sama
ada Umno akan terus kekal sebagai parti keramat orang Melayu dan terus
relevan untuk membawa agenda Melayu.
Oleh itu, Umno dan PAS perlu
mencorakkan piagam yang mampu menyakinkan orang Melayu yang berupa satu
tawaran sekiranya Umno dan PAS berjaya merampas kuasa pada PRU-15 nanti.
Begitu
juga, dengan termeterainya kerjasama Umno dan PAS, corak politik Umno
juga pasti perlu berubah, apakah Umno sedia dengan perubahan ini?
Apakah
Umno sedia mengedarkan tabung derma pada setiap ceramahnya? Sebab masih
ada pemimpin Umno yang agak "segan" untuk kutip derma ketika ceramah
dan masih lagi bersifat elitis.
Begitu juga apabila termeterainya
kerjasama Umno, PAS, pastinya rakyat Malaysia mahu melihat sejauh mana
relevennya penyatuan ummah dan mampukah ia menjadi satu agenda inklusif
untuk semua kaum dan tidak hanya eksklusif kepada Melayu Islam.
Juga,
bagaimana penerimaan rakan komponen Umno dalam BN iaitu MCA dan MIC
terhadap agenda perjuangan mereka selepas PAS secara rasmi menjadi rakan
sekutu baru.
Himpunan Penyatuan Ummah Sabtu ini juga bakal
menjadi medan yang akan menguji kepimpinan Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku
Presiden Umno dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dalam mengemudi bahtera
parti selepas laluan baru dirintis secara bersama.
PH pula jangan
pandang enteng terhadap agenda penyatuan ummah Umno, PAS. Jika
kerjasama yang dibentuk ini dapat "dilayari" secara berhemah dan
berhikmah sehingga PRU ke-15, tidak mustahil PH akan kehilangan banyak
kerusi di kawasan majoriti Melayu.
Malah, tidak keterlaluan juga
untuk diperkatakan bahawa kedudukan kerajaan PH di Perak dan Kedah juga
turut goyang selepas Umno dan PAS membentuk "taawun siyasi".
10 orang berkata:
taawum la penyamun dgn penipu
hebat lagi taawun MAHAFIRAUN dgn PELIWAT..
taawun sensasi..
please update all blogger #HPU914... send sebanyak pic yg boleh.. wake up all blogger.. update news every 1 hours
update news....!!
jln jem di semua lebuhraya di seluruh lebuhraya menuju ke KL dan PWTC..
update teekini.... alhamdilullah
Kikikikiki kabkahkahkah
“Dalam sekawah gulai daging yang dimasak penuh dengan daging yang suci dan diletakkan seketul daging babi didalamnya itulah perumpamaan kerjasama UMNO dan MCA”.
[Kenyataan PAS ogos 2018].
BANGUN DARI TIDUR BAGUS..JANGAN BANGUN SEBAB MENGIGAU SUDAH LER BANGG...
Cer semak sama...
... apa kata-kata TOK DED pasai BANG NON dolu dolu... tak bermoral.. peliwat... eeeerk..
... apa kata-kata BANG NON pasai TOK DED dolu dolu... MAHAFIRAUN... PEROMPAK... DIKTAKTOR... eeerk..
Cer semak sama CAI..
CAI ngigau yer..
CAI bangun CAI..
Tanah sekangkang BAPAK kau tuu dah nak tergadai...
bangun CAI bangun..
kote kau tak lagi boleh bangun.
Post a Comment