MENUJU KEPADA PILIHANRAYA
JIKA DHARURAT TAMAT BERERTI PH BERJAYA BUKA LANGKAH.
LANGKAH PERTAMA PARLIMEN BERSIDANG AKHIR BULAN.
LANGKAH KEDUA JIKA NUAR BRAHIM ADA NUMBERS PN JATUH ?
ANDAINYA PN JATUH MAKA NUAR BRAHIM AKAN JUMPA AGONG DAN SETERUSNYA JADI PM, DAN PH MEMERINTAH.
ATAU MUNGKIN AKAN BUBAR PARLIMEN KEMUDIAN PRU 15 AKAN DIADAKAN.
3 orang berkata:
Bila habis darurat trus istihar PRY 15 geget jari le bang non...
apa apa pun formula terbaik "No More Northern PM"
Bila kepala sial berkata lagi "bukan salah saya salah agong"...
Tun Salleh Abas waktu itu bertegas tidak akan menerima sebarang bayaran melainkan ia disertai oleh permohonan maaf daripada Tun Dr Mahathir Mohamad yang beliau sifatkan bertanggungjawab penuh ke atas pemecatan beliau atau, jika ini tidak dapat dilakukan, oleh penubuhan suruhanjaya bebas bagi mengkaji keabsahan pemecatan beliau dengan menyebut bahawa jika bukti baru diperlukan oleh kerajaan beliau sedia menyerahkan satu bukti yang beliau tidak pernah keluarkan demi menjaga hati pihak tertentu.
Ketegasan ini Tun Salleh Abas tunjukkan dalam satu surat rasmi peguam beliau menyebabkan Menteri Undang-Undang waktu itu merasa teramat marah sekali serta langsung tidak mahu melayan lagi sebarang permintaan daripada pihak Tun Salleh Abas serta mengharamkan mana-mana pegawai beliau daripada bertemu beliau, tetapi larangan ini saya tidak patuhi dalam mana saya senyap-senyap menemui dan memujuk beliau supaya menerima sahaja bayaran ex gratia tersebut kerana itulah yang terbaik boleh dilakukan waktu itu.
Alhamdulillah, Tun Salleh Abas akhirnya lembut hati dan bersetuju menerima bayaran ex gratia tersebut selain bersetuju memujuk lima rakan atau waris rakan beliau yang lain, iaitu Datuk George Seah, Tan Sri Wan Suleiman Pawan Teh, Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh dan Tan Sri Eusoffe Abdoolcader, untuk turut menerima bayaran ex gratia tersebut yang menggembirakan Menteri Undang-Undang yang akhirnya turun padang dan pergi sendiri ke kediaman mereka untuk menyampaikannya.
Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam pada itu, berang dengan bayaran ex gratia tersebut dan secara tiba-tiba sahaja mendedahkan kepada dunia melalui blog beliau, Che Det, pada 6 Jun 2008 bahawa pemecatan Tun Salleh Abas sebenarnya bukan berpunca daripada beliau, tetapi adalah berpunca daripada Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Sultan Iskandar, yang tidak puas hati atas tindakan Tun Salleh Abas mengadu kepada Baginda dan Raja-Raja Melayu lain berkenaan bunyi bising kerana kerja-kerja baikpulih di Istana Baginda.
Entah...PRU 15 dulu baru sembang. Tapi ada chance nak tumbang.
Post a Comment