Followers
BOT KARAM
karangan
~PakKaramu~
/
Comments: (0)
Bot karam: 14 warga Indonesia dilaporkan lemas
SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI
3 September 2015
HUTAN MELINTANG - Seramai 14 warga Indonesia dilaporkan lemas, manakala
19 lagi terselamat dalam kejadian bot karam, kira-kira 9 batu nautika
dari Tanjung Sauh, Selangor, hari ini.
Pengarah Cari Menyelamat, Bantuan Bencana Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim), Kapten Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata, kejadian bot karam berlaku kira-kira jam 3 pagi itu disedari oleh nelayan tempatan.
Katanya, menyedari kejadian itu, nelayan tempatan telah menghubungi Maritim untuk membantu menyelamat mangsa.
Menurutnya, berdasarkan dengan maklumat itu, pihaknya telah menggerakkan satu kumpulan mencari dan menyelamat mangsa bot karam di tempat kejadian.
"Setiba di tempat kejadian sebahagian mangsa masih terselamat namun dalam keadaan lemah diselamatkan oleh pihak kami di bawa ke Bagan Hutan Melintang.
"Manakala 14 mayat mangsa yang ditemui di sekitar lokasi kejadian dibawa ke tempat sama untuk tindakan lanjut," katanya.
PERTIKAI CARA PEMECATAN
karangan
~PakKaramu~
/
Comments: (0)
Anina pertikai cara Umno lakukan pemecatan
IZWAN ROZLIN
3 September 2015
Ainina ketika sidang media hari ini.
PETALING JAYA - Ahli Cawangan Umno Kampung Mat Sirat Langkawi, Anina
Saaudin mempersoalkan cara pemecatannya yang disifatkan sebagai tidak
berasas dan menyalahi Prinsip Keadilan Asasi (Natural Justice).
Menurut Anina, surat pemecatannya bertarikh 1 September dan 2
September yang ditandatangani Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku
Adnan Tengku Mansor yang tersebar melalui media dan laman sosial adalah
satu bentuk salah laku kerana dia sehingga kini tidak menerima apa-apa
surat rasmi dari Umno berhubung pemecatannya.
"Surat manakah yang menjadi asas kononnya memecat saya? Jika Yang
Berhormat Datuk Seri (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor) belum
diserahkan dengan sebarang proses mahkamah, apakah asasnya Datuk Seri
mengeluarkan surat-surat bertarikh 2 September dan 1 September 2015 itu
dengan ejaan alamat saya yang tidak betul?" katanya pada satu sidang
media di Kota Damansara, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Umno fail saman kepada Najib]
Sebelum ini, Ainina dilaporkan digugurkan keahlian kerana mengambil
tindakan mahkamah kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam pada itu, Anina berkata, sebagai Setiausaha Agung, beliau perlu
menunjukkan teladan yang baik dengan memenuhi peraturan parti serta
tertib dan adab orang Melayu dengan berkata benar bukan sahaja melalui
surat menyurat malah dalam semua perkara.
Semalam, pemecatan Anina telah disahkan oleh Setiausaha Agung Umno
itu sendiri melalui aplikasi WhatsApp yang disiarkan sebuah portal
berita.
MESYUARAT BUKAN SEBAB PECAT
karangan
~PakKaramu~
/
Comments: (0)
Bukan mesyuarat untuk pecat Muhyiddin
KAMARUL HALIM M KAMAL dan MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
3 September 2015
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein - Foto Bernama
BATU PAHAT - Berita berkaitan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang
akan membincangkan nasib beberapa pemimpin kanan parti itu adalah tidak
benar.
Mesyuarat berkenaan yang dijadualkan Rabu depan itu akan membincangkan pemecatan atau menggantung keahlian Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin dan Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, khabar angin berkenaan bukan saja tidak berasas malah beliau sebagai Naib Presiden masih belum mengetahui agenda yang akan dibincangkan.
Katanya, tindakan terbabit hanyalah khabar angin yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, selain mahu memburuk-burukkan Umno.
"Jika ada pihak tertentu yang mahu terus percaya khabar angin berkenaan, terpulanglah tapi saya sendiri pun masih tidak tahu apa agenda mesyuarat itu nanti, namun saya yakin ia untuk menguatkan parti.
"Mesyuarat berkenaan juga satu mesyuarat tertutup dan apa saja agenda yang dibincangkan juga tidak perlu dibincangkan umum, jadi saya nasihatkan tidak perlulah sebar khabar angin yang bukan-bukan seperti ini," katanya semasa merasmikan Minggu Haluan Siswa, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Sementara itu, di Kuala Lumpur, Wanita Umno juga menafikan penyebaran senarai kepimpinan parti itu yang bakal dipecat itu.
Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, senarai yang tersebar di laman sosial tersebut cumalah khabar angin dan tidak benar sama sekali.
"Tiap-tiap hari, saya dapat senarai (pemecatan ahli) Umno. Esok, saya dapat senarai yang lain pula," katanya pada sidang media selepas pertemuan di antara Wanita Umno dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Justeru itu, beliau meminta supaya masyarakat jangan mempercayai senarai yang disebarkan itu.
Semalam, tersebar satu senarai di laman sosial yang mengatakan beberapa Ahli Majlis Tertinggi Umno yang bakal dipecat pada 9 September ini.
Di antara pemimpin yang bakal dipecat ialan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
HEBAT NGO NI, RAKYAT DAH PILIH MEREKA
karangan
~PakKaramu~
/
Comments: (5)
Tursday, September 3, 2015
Belum apa-apa Parti Amanah Negara dapat 10 wakil rakyat
Selain dari MP Tumpat dan MP Kuala Terengganu aku cukup yakin akan ada beberapa orang lagi wakil rakyat yang akan bersama Parti Amanah Negara tu selepas ni.
![]() |
| Kredit imej: Fb Parti Amanah Negara |
mStar melaporkan:
Aku jugak cukup yakin, cukup ramai yang tak sabar-sabar nak isi borang ahli parti baru tu dan aku cukup yakin sasaran nak dapat jumlah keahlian 35,000 orang menjelang pelancaran rasmi parti pada 16 September nanti cukup mudah untuk dicapai.
AstroAwani melaporkan:
PAS kehilangan 10 wakil rakyat serentak selepas lima Ahli Parlimen dan lima Ahli Dewan Undangan (Adun) parti Islam itu menyertai parti politik baharu yang ditubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB).
Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata keahlian
10 wakil rakyat itu gugur secara automatik apabila mereka dilantik menganggotai jawatankuasa parti baharu yang akan dikenali sebagai Parti Amanah Negara.
"Tak perlu keluar (PAS), keahlian dalam parti lama mereka gugur secara automatik," katanya pada sidang media di sini, Isnin. - mStar.
Juga dilaporkan:Sepuluh yang gugur keahlian PAS secara automatik ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Hatta Ramli (Kuala Kerai), Khalid Samad (Shah Alam) dan Mohamed Hanipa Maidin (Sepang).
Selain itu, lima Adun yang meninggalkan PAS ialah Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin (Changkat Jering), Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundot), Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).
Kesemua wakil rakyat ini mempunyai jawatan di dalam Parti Amanah Negara.
Selain itu dua lagi Ahli Parlimen PAS iaitu Datuk Kamaruddin Jaafar (Tumpat) dan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Kuala Terengganu) dijangka akan meninggalkan PAS dalam masa terdekat menjelang pelancaran rasmi Parti Amanah Negara pada 16 September depan. - Ibid.Belum apa-apa Parti Amanah yang diistiharkan petang semalam dah ada 10 wakil rakyat. Selain dari MP Tumpat dan MP Kuala Terengganu aku cukup yakin akan ada beberapa orang lagi wakil rakyat yang akan bersama Parti Amanah Negara tu selepas ni.
Aku jugak cukup yakin, cukup ramai yang tak sabar-sabar nak isi borang ahli parti baru tu dan aku cukup yakin sasaran nak dapat jumlah keahlian 35,000 orang menjelang pelancaran rasmi parti pada 16 September nanti cukup mudah untuk dicapai.
AstroAwani melaporkan:
Mohamad Sabu yang turut dikenali sebagai Mat Sabu itu berkata, Parti Amanah akan dilancarkan secara rasmi pada 16 September ini termasuk pelancaran logo dan portfolio penuh parti.
Beliau yakin, lebih ramai akan menyertai Amanah bukan sahaja dari kalangan umat Islam, tetapi juga dari penganut agama lain.
Malah beliau percaya Amanah mampu menang besar pada pilihan raya umum akan datang.
"Kami yakin akan menang besar bersama dengan Pakatan Rakyat.
"Kami sedang mengumpul ahli. Hari ini baru isytihar nama parti dan setakat ini yang sudah menghantar borang itu mungkin diminta isi borang parti sebenarnya dan kita yakin, menjelang 16 September nanti, kita akan sasar ahli baru 35,000 orang. - AstroAwani.
BELIAU BUKAN PM
karangan
~PakKaramu~
/
Comments: (0)
'Beliau bukan lagi Perdana Menteri,' bidas Najib
3 September 2015
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini
berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sepatutnya mencari tumpuan kerana
beliau tidak lagi menerajui pentadbiran negara.
"Beliau bukan lagi perdana menteri, beliau tidak sepatutnya mencari tumpuan," kata Najib semasa memulakan ucaptamanya pada Simposium Pasaran Modal Sedunia di sini.
Dr Mahathir kebelakangan ini begitu lantang mengkritik Najib dan malah memintanya meletak jawatan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Perdana Menteri tidak menyebut nama Dr Mahathir secara khusus tetapi jelas siapa tokoh yang dirujuk beliau.
"Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya bahawa seorang daripada perdana menteri saya yang terdahulu akan menentang saya dengan cara begini," kata Najib.
Perdana Menteri menegaskan yang beliau tidak akan meletak jawatan dan bahawa kerajaan mempunyai cara tersendiri untuk menyelesaikan isu 1MDB. - Bernama
BILA NAK SELESAI ?
karangan
~PakKaramu~
/
Comments: (0)
Negara luar minta PM jujur dalam soal 1MDB
FATHIN ATHIRAH HASLI
3 September 2015
1Malaysia Development Berhad
PUTRAJAYA - “Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu
jujur dalam isu membabitkan RM2.6 bilion dan juga 1Malaysia Development
Berhad (1MDB),” kata Pengasas bersama Transparency International (TI),
Michael Hershman.
Ujar beliau, Najib sepatutnya bersikap lebih telus dalam berhadapan dengan isu tersebut selain berpendapat pemimpin negara itu sepatutnya meminta maaf sekiranya melakukan kesalahan atau melanggar mana-mana undang-undang dalam negara.
“Beliau (Najib) mempunyai tanggungjawab yang besar kepada masyarakat dalam negaranya, jika dia buat salah, dia perlu meminta maaf dan berdepan dengan akibatnya.
“Siasatan berkenaan 1MDB adalah siasatan yang kompleks. Siasatan dibuat untuk merungkai persoalan adakah berlaku salah laku,penyelewengan atau rasuah dalam badan tersebut. Ia satu isu yang rumit,” katanya ketika menyampaikan ucapan sebagai panel dalam Melawan Rasuah oleh Penguatkuasa: Apa yang berhasil dan apa yang silap, di Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC), di sini, hari ini.
Isu 1MDB kian meruncing apabila portal antarabangsa The Wall Street Journal melaporkan pasukan penyiasat yang melakukan siasatan terhadap dana dan urus niaga 1MDB percaya bahawa pengaliran dana 1MDB berakhir ke dalam akaun Najib.
Portal antarabangsa itu dikatakan telah memuat naik dokumen berupa perincian bagaimana hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib, sekali gus mengaitkan pemimpin negara ini dengan dana badan pelaburan tersebut.
Najib bagaimanapun tampil menafikan perkara tersebut dan mengatakan dana itu datang dari seorang penderma dari Arab.
Hershman bagaimanapun berkata, walaupun beliau sedikit kecewa dengan pengendalian Najib dalam isu 1MDB, beliau masih menghormati pemimpin negara itu dan masih akan mempercayai Najib sekiranya perdana menteri itu sanggup tampil berterus terang.
“Jangan kita lupa beliau (Najib) telah banyak membantu SPRM dari segi penyaluran sumber dan fleksibiliti. SPRM adalah salah satu daripada agensi anti rasuah dan ia disebabkan oleh dasar-dasar yang dibuat oleh beliau.
"Saya masih menghormatinya dan saya masih akan percaya kepada setiap kata-kata Najib sekiranya beliau tampil ke hadapan dan bercakap benar,” kata Hershman.
Hershman sebelum ini pernah memberikan khidmat nasihat ketika dalam lembaga penasihat antarabangsa bagi Program Transformasi Kerajaan pentadbiran Najib pada tahun 2010 hingga 2013.
“Jangan tutup atau melengahkan pendedahan tentang derma RM2.6 bilion kerana ia hanya akan memburukkan lagi keadaan,” katanya lagi.
SEBAB MAHU BERSIH KENA LA PIJAK GAMBAR
karangan
~PakKaramu~
on 9/02/2015
/
Comments: (2)
BILA SUDAH BERLAKU MACAM-MACAM BOLEH CAKAP, JANJI JAWAB
YANG HADHIR BERSIH SEMUA ORANG BERSIH, YANG PIJAK GAMBARPUN ORANG-ORANG BERSIH, YANG KENA PIJAK ORANG TAK BERSIH ? JIKA SESIAPAPUN TAK BOLEH DITERIMA PIJAK GAMBAR MAKA ITULAH TANGGUNGJAWAB PENGANJUR BERSIH, SO APA YANG YOU PERLU BUAT ???
ORANG PAS MUNGKIN TAHU APA YANG AKAN BERLAKU PADA HIMPUNAN BERSIH ITU, SEBAB ADA PEHAK YANG BERKATA: BIAR PAS JADI KERA SUMBANG, KEMUDIAN BERLAKULAH APA YANG ORANG PAS FIKIR KERANA SEBELUM BERSIHPUN PENGANJUR TAK JEMPUT PAS, JELAS BUKAN ???
SEKARANG BARU TIMBUL PERKATAAN "SIAPAPUN TAK BOLEH TERIMA PIJAK GAMBAR"? AWAK SENDIRI FIKIRLAH, MUNGKIN AWAK FIKIR ORANG YANG HADHIR HIMPUNAN SEMUANYA BERCITA-CITA MAHU JADI ORANG BERSIH, BETUL ? BUKANKAH PERISTIWA PIJAK GAMBAR ITU SATU PERBUATAN BERSIH ?
SEPATUTNYA AWAK BERKATA "ITU SEMUA SUDAH TAKDIR TUHAN: HABISLAH CERITA, DAN ORANG YANG GAMBAR DIA DIPIJAKPUN AKUR DENGAN TAKDIR TUHAN !!! - Pak Karamu
‘Siapa pun tak boleh diterima pijak gambar’
NIZAM ZAIN
3 September 2015
Maria Chin Abdullah
KUALA LUMPUR - Pengerusi Bersih 4.0, Maria Chin Abdullah mengutuk
sekerasnya dengan dakwaan insiden memijak gambar Datuk Seri Najib Tun
Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada perhimpunan itu minggu lalu.
Maria Chin berkata pihaknya tidak boleh bertolak ansur dengan tindakan tersebut kerana ia telah mencemarkan nama baik perhimpunan tersebut yang berlangsung dengan aman.
"Kita tidak boleh bertolak ansur dan saya rasa sangat mengecewakan apabila berlaku pada perhimpunan itu.
"Perhimpunan ini adalah kejayaan besar, dengan melakukannya tindakan itu, ia memusnahkan usaha yang kami telah capai sepanjang dua hari itu," katanya kepada pemberita di pekarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, semalam.
Beliau mengulas tindakan peserta Bersih 4.0 yang menjadi viral di media sosial selepas didakwa memijak gambar Perdana Menteri dan Presiden Pas itu pada Ahad lalu.
[ARTIKEL BERKAITAN: Gambar peserta Bersih 'pijak' Hadi viral]
Ketika ditanya tentang permohonan maaf secara terbuka oleh penganjur perhimpunan itu, beliau bagaimanapun hanya menjawab pihaknya sangat dengan perbuatan tersebut.
"Kita cuma cakap kita kecewa (dengan) perkara ini berlaku dalam program kami. "Tak perlu buat macam ini, bukan hanya Hadi dan PM, tetapi kepada sesiapa pun, tindakan ini tidak boleh diterima," ujarnya.
Beliau juga berkata, tindakan tersebut di luar kawalan pihaknya susulan jumlah peserta yang luar biasa ramai sepanjang Sabtu dan Ahad lalu.
"Ramai sangat, semangat pun berkobar-kobar, kita pun tidak dapat kawal semua, jadi semua dengan perasaan masing-masing.
"Kita tak boleh kawal, tapi kita kesal perbuatan macam ini tidak patut dibuat, Bersih tidak setuju langsung dan tidak menyokong perbuatan macam ini," katanya lagi.
DIA TAK MINTA DATO' TAPI ORANG KASI,.... TAKDIR !!!
karangan
~PakKaramu~
/
Comments: (0)
Thursday, September 3, 2015
Gelaran Dato' Kepada Anak Zahid Jadi Pertikaian
KUALA LUMPUR: Belum pun reda isu kritikan beliau terhadap peserta Perhimpunan Bersih, nama Nurulhidayah Ahmad Zahid terus menjadi topik perbualan warga media sosial.
Terbaharu, status dan gelaran Dato' yang dibawanya mula menjadi persoalan ramai.
Semuanya bermula apabila beberapa laman Facebook memuat naik gambar Nurul sedang ditemu ramah sebuah stesen televisyen dengan nama beliau terpapar di skrin. Dalam paparan itu, nama Nurul didahului dengan gelaran Dato'.
Netizen kebanyakan mempersoalkan fakta bagaimana gelaran Dato' seharusnya diberi seiring dengan sumbangan.
Dato' Nurul Hidayah? Who is she? Ikon belia? Seriously icon? Apa sumbangan dia? Ctdk okla kalau nak kata ikon. Not that Dato' nurul
Menurut laporan beberapa portal media, Nurul adalah Ketua Komunikasi Bahagian Korporat Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan merupakan graduan Universiti Putra Malaysia. Beliau juga aktif dalam Askar Wataniah.
Dicatat oleh
atsixty
BETOI DAH TAKDIR TUHAN TAPI HANG KENA CARI TEMPAT BETOI
karangan
~PakKaramu~
/
Comments: (0)
Lepas dipecat, Anina luah perasaan melalui puisi
Wartawan Sinar Harian
3 September 2015
Salinan paparan perkongsian yang dimuatnaik oleh Anina Saadudin.
SHAH ALAM - Ahli Wanita Umno Bahagian Langkawi yang dipecat, Anina
Saadudin bersumpah akan mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara.
Melalui sebuah puisi yang dikongsi di Facebook, Anina menyatakan hasrat beliau untuk terus berjuang.
"Bukanku minta lahir ke dunia, bukanku minta menjadi Melayu, bukanku minta menjadi rakyat bumi Malaysia. Kasihku pasak untuk bumi tercinta, demi ALLAH yang mentakdirkan aku menjadi anak Melayu, anak Malaysia…"
"Selagi hidupku ditentukan ALLAH untuk bernyawa, selagi itu aku berjuang untuk tanahair tercinta. Sumpah setiaku sebagai rakyat dan imanku sebagai umatNYA, bergadai nyawa tetap aku pertahankan maruah agama, bangsa dan negaraku," katanya hari ini.
Anina sebelum ini menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno menjelaskan secara terperinci derma politik RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau.
Beliau bagaimanapun dipecat daripada parti melalui sebuah kenyataan, semalam.
[ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Umno saman Najib dipecat daripada parti?]
ORANG SERDANG SEDANG PENING DENGAM FALASAFAH MELAYU
karangan
~PakKaramu~
/
Comments: (2)
Pertahan presiden bukan sebab Najib
Wartawan Sinar Harian
2 September 2015
Najib Tun Razak - Foto Bernama
SERDANG - “Kita sokong presiden bukan kerana beliau Datuk Seri Mohd
Najib Tun Razak, tapi kita sokong beliau untuk mengekang bala besar yang
sedang menanti jika kita terleka,” demikian usul dibentang Ketua Pemuda
Umno Cawangan Taman Seri Andalas-Kembangsari, Mohd Taufiq Ilhami
Abdullah.
Katanya, meyakini ia menjadi tunjang kekuatan parti itu maka wajar bagi seluruh ahli Umno mempertahankan Presiden Umno.
“Institusi presiden perlu dipertahan untuk menjamin kelangsungan Umno terus memerintah,” katanya.
Mohd Taufiq Ilhami berkata, Umno menjadi sandaran orang Melayu ketika
susah, tempat berteduh ketika gundah dan menjadi harapan ketika rebah.
“Maka benarlah kata bidalan lama pejuang Melayu terdahulu, luka Umno,
lukalah Melayu. Cedera Umno cederalah Melayu,” katanya ketika
mengusulkan perkara itu kepada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian
Puchong kali ke-12 semalam.
Sebagai parti induk Melayu tidak seperti Pas, PKR jauh sekali DAP atau
Gerakan Harapan Baru, Mohd Taufiq berkata, berkubur Umno maka leburlah
agenda perjuangan Melayu.
“Kita jadikan perpecahan dalam Pas sebagai teladan. Umno perlu elak
musibah perpecahan. Ahli Umno perlu menginsafi perpecahan akan
meruntuhkan institusi Melayu Islam di negara ini,” katanya.





