Bot karam: 14 warga Indonesia dilaporkan lemas
HUTAN MELINTANG - Seramai 14 warga Indonesia dilaporkan lemas, manakala
19 lagi terselamat dalam kejadian bot karam, kira-kira 9 batu nautika
dari Tanjung Sauh, Selangor, hari ini.
Pengarah Cari Menyelamat, Bantuan Bencana Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim), Kapten Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata, kejadian bot karam berlaku kira-kira jam 3 pagi itu disedari oleh nelayan tempatan.
Katanya, menyedari kejadian itu, nelayan tempatan telah menghubungi Maritim untuk membantu menyelamat mangsa.
Menurutnya, berdasarkan dengan maklumat itu, pihaknya telah menggerakkan satu kumpulan mencari dan menyelamat mangsa bot karam di tempat kejadian.
"Setiba di tempat kejadian sebahagian mangsa masih terselamat namun dalam keadaan lemah diselamatkan oleh pihak kami di bawa ke Bagan Hutan Melintang.
"Manakala 14 mayat mangsa yang ditemui di sekitar lokasi kejadian dibawa ke tempat sama untuk tindakan lanjut," katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment