Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BILA NAK SELESAI ?

Negara luar minta PM jujur dalam soal 1MDB
1MDB
1Malaysia Development Berhad
 
PUTRAJAYA - “Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu jujur dalam isu membabitkan RM2.6 bilion dan juga 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” kata Pengasas bersama Transparency International (TI), Michael Hershman.

Ujar beliau, Najib sepatutnya bersikap lebih telus dalam berhadapan dengan isu tersebut selain berpendapat pemimpin negara itu sepatutnya meminta maaf sekiranya melakukan kesalahan atau melanggar mana-mana undang-undang dalam negara.

“Beliau (Najib) mempunyai tanggungjawab yang besar kepada masyarakat dalam negaranya, jika dia buat salah, dia perlu meminta maaf dan berdepan dengan akibatnya.

“Siasatan berkenaan 1MDB adalah siasatan yang kompleks. Siasatan dibuat untuk merungkai persoalan adakah berlaku salah laku,penyelewengan atau rasuah dalam badan tersebut. Ia satu isu yang rumit,” katanya ketika menyampaikan ucapan sebagai panel dalam Melawan Rasuah oleh Penguatkuasa: Apa yang berhasil dan apa yang silap, di Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC), di sini, hari ini.

Isu 1MDB kian meruncing apabila portal antarabangsa The Wall Street Journal melaporkan pasukan penyiasat yang melakukan siasatan terhadap dana dan urus niaga 1MDB percaya bahawa pengaliran dana 1MDB berakhir ke dalam akaun Najib.

Portal antarabangsa itu dikatakan telah memuat naik dokumen berupa perincian bagaimana hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib, sekali gus mengaitkan pemimpin negara ini dengan dana badan pelaburan tersebut.

Najib bagaimanapun tampil menafikan perkara tersebut dan mengatakan dana itu datang dari seorang penderma dari Arab.

Hershman bagaimanapun berkata, walaupun beliau sedikit kecewa dengan pengendalian Najib dalam isu 1MDB, beliau masih menghormati pemimpin negara itu dan masih akan mempercayai Najib sekiranya perdana menteri itu sanggup tampil berterus terang.

“Jangan kita lupa beliau (Najib) telah banyak membantu  SPRM dari segi penyaluran sumber dan fleksibiliti. SPRM adalah salah satu daripada agensi anti rasuah dan ia disebabkan oleh dasar-dasar yang dibuat oleh beliau.

"Saya masih menghormatinya dan saya masih akan percaya kepada setiap kata-kata Najib sekiranya beliau tampil ke hadapan dan bercakap benar,” kata Hershman.

Hershman sebelum ini pernah memberikan khidmat nasihat ketika dalam lembaga penasihat antarabangsa bagi Program Transformasi Kerajaan pentadbiran Najib pada tahun 2010 hingga 2013.

“Jangan tutup atau melengahkan pendedahan tentang derma RM2.6 bilion kerana ia hanya akan memburukkan lagi keadaan,” katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.