Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LIMAU LELANG, LIMAU BUNIAN....



Salam

Limau ni Pak Karamu ambil dari perkampungan bunian di hutan bakau di persisiran pantai Selangor, hutannya agak tebal, berjalan macam nak pengsan menempuh selut dalam, perkampungan ni macam-macam mistrinya, kadangkala ada terdengar orang main kompang, azan dan membaca Al Quran, jika bercakap dan ketawa ni biasalah !

Hari ni Pak Karamu masuk hutan seorang diri sebab  ada hajat dari orang yang hendakkan limau tu, mula-mula masuk bulu roma dah berdiri, rasanya kali ni agak luar biasa sikit, sesampai saja kat gigi hutan sudah mendengar anak-anak mereka ketawa macam perli Pak Karamu aje, kemudian terdengar suara orang bercakap dan boleh faham ! " Jaga-jaga ! berundur ! ada orang nak ambil limau tanaman kita, nak buat ubat agaknya !


Huh ! bulu ruma berdiri lagi ! Pak Karamu beranikan diri,  kemudian duduk sebentar sambil memerhatikan pokok limau tu, bila nampak saja limau tu hilang ! nak ambil saja limau tu hilang ! huh ! lagilah berdiri bulu  roma, akhirnya tawakkal aje la ! Bila sudah dapat secukup yang hendak di gunakan Pak Karamupun hendak beredar pulang tetiba saja rasa tak nak pulang, rasa macam seronok pulak kat hutan tu, nampak macam pokok limau tu macam di minta belas kasihan, kemudian dengar suara datang lagi ya ! huh ! suara perempuan la !

Dalam keadaan lemah Pak Karamu melangkah pulang ! Rasanya macam ada orang menghantar  pulak ! tapi sesekali tulih kat belakang tak ada sesiapa, kemudian Pak Karamu memberanikan diri sambil menyanyikan lagu untuk  melekakan ketakutan, Indah nian putri buuunian ! (lagu P.Ramli) dalam masa yang sama bulu rupa tegak jugak ! Huh ! cukup la setakat tu ! badanpun rasa nak demam nih ! 

Pulaaak ! Blogger UMNO Kata PAS Berciri Wahabi !

Salam,

Nampaknya UMNO ni suka cari pasal ! depa kata PAS pula berciri wahabi, depa suruh ahli PAS bertobat ! Nampaknya UMNO ni serba tak jadi, sudahlah depa tipu ulama muda, kini depa cari pasal nak reka cerita pulak ! Sepatutnya UMNO la yang patut bertaubat sebab membelakangkan dasar yang Allah tetapkan, sepatutnya depalah yang sesat kerana mengamalkan dasar asobiyah yang nabi tidak akui sebagai umatnya, tapi masih sayang Allah dan rasulnya, pelik betullah spesis UMNO ni

Kesian depa ni, sudahlah jahil murakap pula, rasanya tidak layak bagi ahli UMNO mengatakan wahabi itu sesat, yang sepatutnya ulama UMNO duduk semeja dengan ulama PAS bermuzakarah dan carilah penyelesaian, buka main tuduh-tuduh, yang peliknya apabila PAS ajak bermuzakaran UMNO pula takut, maka sesatlah ahli UMNO untuk selama-lamanya. Mengapa UMNO tidak pernah bersikap ikhlas ? Sepatutnya jika orang UMNO nampak macam orang PAS ni dah sesat mengapa tidak laporkan dengan jabatan agama, atau mengadulah dengan majlis fatua ke , majlis raja-raja ke ?




JIKA SISTEM KEHAKIMAN SUDAH TIDAK BEBAS MAKA TUNGGULAH KEHANCURAN DEMOKRASI

UMNO MENGARUT DAN MERAPU ...

Salam

GEMPARRRR !

Pak Karamu telah tunggu lama  benda ni jika ada mana-mana orang UMNO nak kaitkan firman Allah dengan perkataan UMNO dengan perkataan  امنو  maka hari ini terserempak juga, AMANU dalam Al Quran itu bermaksud orang yang beriman bukannya UMNO, orang UMNO tidak perlu terangkan muslihat di sebalik maksudnya atau secara kebetulan sekalipun maka AMANU itu bukannya UMNO atau sekalipun tujuannya ada yang di maksudkan yang berupa baik-baik maka ia tidak boleh di jadikan promosi tanpa jangka akal mencapainya kerana nanti ia akan di tuduh ada udang di sebalik batu

Kesian !!! UMNO ( امنو )   Sudahlah 40 ulama muda terperangkap untuk masuk UMNO ini blogger UMNO ( IPOHMALAY) pula nak perangkap orang ramai ! Tapi tak pe teruskanlah supaya ia menjadi gelak jenaka yang menghiburkan orang ramai !!! Aduuuyai ! Sekurang-kurangnya adalah di antara bloger UMNO ini bercita-cita nak beriman syukraaan !!!!!!!!!

MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI ...

Salam

Pendaftaran sebagai pengundi buat masa akan datang agak mencemaskan UMNO ? Mungkin juga mereka cemas kerana di katakan seorang pengundi melayu yang mendaftar berbanding dengan 40 orang pendaftar bukan melayu yang berbuat demikian terutama kaum cina, demikian kajian Pengurusi biro keahlian pemuda UMNO. Sementara itu DAP menggap kenyataan itu berbau perkauman

Aiiiik ? Orang melayu pergi ke mana ? Untuk menyelesaikan masalah pendaftaran tu senang saja, berikan RM 50 seorang pengundi melayu yang belum mendaftar maka berlumba-lumbalah mereka pergi, duit kan banyak ! Mana lebih penting untuk membena bangunan parlimen dan istana negara yang baru dari memberi duit dengan pengundi melayu ?

Apakah orang melayu belum ada kesedaran sivik setelah berpuluh tahun merdeka ? ATAU orang melayu tidak merasa risau kerana mereka merasakan ujud pengundi hantu, pengundi secara pos dan pengundi secara rasuah yang boleh mengatasi pengundi melayu ? Nampaknya mungkin ada muslihat di sebalik kenyataan pengurusi biro keahlian UMNO ini ATAU ketiga-tiga golongan ini sudah tidak dapat mengatasi jumlah  ramainya pengundi bangsa lain ?

APABILA MELAYU SEMAKIN JAUH DARI UMNO

Salam

Apabila seorang rakan Pak Karamu dari jabatan agama memaklumkan bahawa tujuan UMNO memerangkap mereka yang berjenama ulama masuk menjadi anggota parti tersebut kerana mereka sudah nampak bahawa ulama saja yang boleh satukan orang melayu berdasarkan dakwak islam, menurut beliau jika setakat UMNO, PERKASA dan GERTAK ia tidak akan berhasil

Peristiwa silap mata yang di kenakan pada ulama muda yang berlaku baru-baru ini yang di jumpakan dengan Perdana Menteri menunjukkan UMNO kurang adab dengan golongan agama membuktikan UMNO dalam keadaan terdesak bagi menghadapi pilihanraya akan datang, UMNO tetap kekal berperangai memerangkap golongan agama untuk membantu mereka kembali mendapat kepercayaan orang melayu akan tetapi gagal

Misi UMNO akan terus menumpukan kepada misi mereka untuk berdamping dengan golongan agama dengan mengarahkan golongan koprat supaya memikat golongan agama supaya menyokong UMNO namun setakat ini belum lagi menampakkan kejayaan kerana UMNO gagal membelai golongan agama yang mereka perolehi dengan baiknya kerana mereka menjangka golongan agama tidak memerlukan keperluan hidup yang tinggi dan akhirnya mereka gagal mencapai matlamat

Apa yang menghairankan UMNO ialah apabila ada golongan ulama yang telah berada di dalam parti tersebut akan tetapi mereka tetap gagal menarik perhatian orang melayu untuk menyokong UMNO kerana daulat islam tidak membenarkan ulama berada di dalam UMNO kerana dasar islam tidak sesuai untuk ulama sebagai penyeru untuk menyaty padukan orang melayu malah ia di pandang tersangat janggal mengikut pandangan agama kerana peristiwa asoboyah yang di mulakan oleh Abu Thalib bapa saudara nabi

Berbagai cara telah di lakukan oleh UMNO untuk memikat golongan agama termasuklah memperkenalkan islam hadhari  kepada orang melayu dan golongan orang islam dan telahpun membazirkan wang rakyat yang bukan sedikit jumlahnya supaya membantu perjuangan UMNO tetapi tidak juga berhasil malah islam hadhari terus di cemuh dan akhirnya hilang begitu saja tanpa pusara

Sekarang orang-orang UMNO yang berumur di sekitar 50 tahun keatas mula runsing dengan agama islam mereka kerana kebanyakan mereka sudah ada yang maklum bahawa islam mereka sudah menjadi tanda tanya kepada diri mereka sendiri kerana berada di dalam sebuah parti yang nabi tidak akui mereka sebagai umatnya, "Bagaimana islam kami ? jawapan yang di berikan ialah : "Tanya diri sendiri, jika nabi tidak akui sebagai umatnya islam kamu bagaimana ? Sekalipun kamu beribadat seribu tahun !




RAMAINYA ULAMA MASUK UMNO

Salam

TAHNIAH ULAMAK MUDA LEPASAN TIMUR TENGAH BEGITU RAMAI YANG MENYERTAI UMNO, TAK KIRALAH SAMA ADA MEREKA DI PERANGKAP ATAU TIDAK SOALNYA MEREKA TELAH MENYERAHKAN BORANG UMNO

ORANG UMNO TANYA PADA SESIAPA YANG NAK JAWAB

Salam

UMNO PARTI ORANG BAIKBAIK

 APAKAH PERBEZAAN JI DENGAN MILITAN PAS ? PAK KARAMU TAK PERNAH JUMPA DALAM PAS ADA MILITAN TAPI UMNO BERTANYAKAN SOALAN ITU DAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA KENA JAWAB JIKA TIDAK JAWAB PAS TIDAK LAYAK PERINTAH MALAYSIA

KERAJAAN MAHU SWASTA BANTU BEKAS TENTERA

Salam

TERSENTAK DENGAN TAJUK BERITA KERAJAAN MAHU SWASTA BANTU BEKAS TENTERA, ERTINYA KERAJAAN SUDAH TIDAK MAMPU MENOLONG BEKAS TENTERA, LAGIPUN BEKAS TENTERA NI TAKKAN NAK BERMANJA SAMPAI MATI, ORANG LAINPUN PERLU JUGA DI BANTU DAN PERKHIDMATAN MEREKA BUKANNYA PENTING SANGAT, LAINLAH JIKA SEMASA PERANG DULU


FELDA KENA JAWAB KE MANA PERGINYA DANA FELDA SEHINGGA DI KATAKAN LINCIN ?APA YANG PENTING MENGAPA TIDAK DI ODIT

MUNGKINKAH ADA MUSLIHAT DI SEBALIK TABIR ?

Salam

DI HOTEL PAN PASIFIC KLIA BERMULANYA ISU PANAS MEMBARA 1

Malaysia kini telah membuat fitnah tentang isu taklimat anti keganasan ? Sumber daripada mana anda perolehi yang mensabitkan Tuan Guru Haji Hadi dan rakan yang lain sebagai berfahaman Wahabi dan JI ? Sedangkan Ust Zamihan Mat Zin telah menafikan yang dia menyentuh nama-nama yang anda libatkan kecuali dia menyentuh nama seorang sahaja iaitu Dr Asri dengan fahaman Wahabi dan Asrisme (Fahaman Asrisme) Dan tidak juga timbul soal dia perlu menyertai UMNO kerana hendak menyelamatkan dirinya (Playsafe ?) Kerana isu tersebut juga tidak di sentuh dalam taklimat tersebut

Terlalu banyak yang hendak kita fikirkan, daripada mana pula fahaman Asrisme ini di perolehi dan apakah ia mempunyai bukti ? Jika ujud fahaman ini mengapa ia di kaitkan dengan fahaman Wahabi ? Pak Karamu rasa bersetuju dengan kenyataan yang mengatakan bahawa fahaman Wahabi ini hendaklah di perbincangkan secara ilmiyah dan bukan di kaitkan dengan dasar mana-mana fahaman politik semasa kerana ia adalah masalah  fahaman beragama, namun jika hendak ikutkan sejarah awalnya fahaman Wahabi ini menjurus pula kepada politik Hijaz yang akhirnya mereka memerintah pada tahun 1925 Nasehi

Nampaknya jika kita nilai isu semasa yang berkait dengan Wahabi dan Asrisme ini pemburuan tentang fahaman Asrism ini di tumpukan sepenuhnya dengan Dr Asri kerana ada kenyataan yang mengatakan bahawa Dr Asri boleh cium tangan Shahidan Kassin semasa ia menjadi Menteri Besar Perlis kemudian boleh pergi Kelantan cium pula tangan Tuan Guru Nik Aziz setelah dia tidak lagi memegang jawatan mufti Perlis ! Mungkin di sinilah syak wasangka  orang tentang lakonan Dr Asri ini ATAU Dr Asri memang dalam misinya hendak memikat PAS untuk  menganuti fahaman Asrismenya ? Inilah yang sedang di perhatikan

Kemudian ada lagi isu yang perlu di pertimbangkan iaitu bukti jika orang ramai mahu tahu tentang Dr Asri ini perlulah bertanyakan kepada Pesuruhjaya PAS Perlis, Timbalan Mursyidul am PAS dan Ust Yussainee Yahya ..........

.......Nampaknya  apa yang jelas ialah Dr Asri akan terus di intip kerana gerakannya sentiasa di intip dan di katakan pula bahawa ada pucuk pimpinan PAS Perlis yang tidak sehaluan dengan Dr Asri semasa dia memegang jawatan mufti Perlis  kerana itu nama Timbalan mursyidul 'am Pas Ust Harun Din, Pesuruhjaya PAS dan seorang laigi ialah Ust Yussainee Yahya di kaitkan sama sebagai orang yang maklum dengan perangai Dr Asri, ertinya aktiviti Dr Asri ini sudah lama di intip apa yang dia telah lakukan ATAU orang PAS di Perlis di pergunakan untuk mengintip Dr Asri  kerana itu nama-nama pucuk pimpinan PAS dikaitkan


Dr Asri sudah menafikan yang dia tidak terlibat dengan fahaman wahabi, mungkin isu wahabi dan Dr Asri ini tidak menjejaskan dia untuk di persalahkan namun gantinya ialah tuduhan Asrisme, Apakah benar Asrisme ini ujud ? atau sengaja ia di ada-adakan supaya Dr Asri tetap akan menghadapi resiko di intip ? ATAU  ada pehak yang hendakkan Dr Asri berkhidmat dengan mereka (UMNO) untuk melawan jama'ah PAS  melalui khidmat Dr Asri selepas UMNO gagal memikat pimpinan PAS ?


Andainya Dr Asri enggan menyertai UMNO maka sebab itulah kita dapat mendengar berita yang mengatakan bahawa Dr Asri dalam keadaan terpaksa perlu menyertai UMNO (platsafe) jika dia mahu perlindungan dari di intip dan di kejar dengan berbagai-bagai tuduhan ? ATAU sememangnya ujud tangan ghaib atau satu  badan yang berselindung di belakang JAKIN yang mendesak supaya Dr Asri terus di intip sehingga Dr Asri menyerah dengan menyertai UMNO ? Semua ini boleh terjadi kerana muslihat politik semua boleh terjadi












MUSLIHAT POLITIK YANG BODOH ....

Salam

SETELAH BERGELUT DENGAN ISU POLITIK YANG TIDAK MENJADI, MAKA MUSLIHAT POLITIK YANG MELIBATKAN MAZHAB DI CUBA KALAU-KALAU MENJADI

Perpecahan umat islam di sebabkan fahaman bermazhab menjadi alat sesetengah pehak untuk memperkukuhkan  kedudukan politik mereka ternyata terserlah apabila isu mazhab wahabi di canang dan di mainkan supaya ia dapat di menefa'atkan demi untuk meraih keuntungan simpati daripada rakyat ternyata tidak menjadi dan bodoh

Isu mazhab bukanlah satu isu yang bijak di mainkan untuk meraih simpati dan keuntungan politik malah ia akan menjadikan umat islam bertambah berpecah belah dan inilah yang di inginkan oleh puak-puak Yahudi dan Nasrani daripada blok barat, apa yang lihat isu mazhab ini jika kita teliti ia tidakpun melibatkan akidah kerana mazhab ini hanya peselisih pandangan dalam soal cabang sahaja, dan mereka masih kukuh mempercayai Tuhan, Rasul, Malaikat, Al Quran, hari kiamat dan qadha dan qadar

Apa yang menyedihkan ialah apabila mazhab wahabi ini di kaitkan dengan JI bawah tanah yang di lihat sebagai agak militen jika di bandingkan dengan JI di atas tanah yang bersedia berjuang mengikut lunas demokrasi kerana mahukan keamanan bergerak dan berpolitik secara yang sihat, di zaman Rasullullah s.a.w dan sahabat tiada mazhab sebab itu islam pada masa tersebut bersatu padu, hanya selepas zaman khulafa Ar Rasyideen sahaja islam mula berpecah kerana ujud fahaman yang berbagai-bagai setelah jawatan khalifah di benamkan oleh fahaman kebangsaan arab dengan mengujudkan  jawatan Al Malik

Sekarang umat islam boleh fikir dan bayangkan bagaimana fahaman-bermazhab-mazhab ini di ambil kesempatan oleh  pehak yang berkepentingan untuk meraih kuasa politik kumpulan mereka dan mungkin fahaman bermazhab-mazhab inilah  suatu cara pehak Yahudi dan Nasrani serta barat mendapat ilham umtuk memecah belahkan umat islam di seluruh muka bumi ini tanpa di sedari oleh umat islam sendiri kerana negara umat islam kebanyakannya adalah bekas tanah jajahan barat dan meninggalkan  pusaka barat di dalam kepala hotak anak didik mereka yang memerintah

Sebenarnya ada lagi satu rahsia yang menjadi isu besar yang belum meletup yang boleh menjadi modal barat dan anak didik mereka  untuk membuat isu huruhara terhadap umat islam di dalam negara tanah bekas jajahan barat iaitu hukum di dalam mahkamah syari'ah yang tidak menepati hukum daripada Allah dan rasulnya sekalipun hukuman tersebut di katakan telah menepati hukum syari'ah, sila tinjau perkara ini dengan teliti, ini menunjukkan bahawa isu hukum ini boleh menjadi kemudharatan kepada agama islam  dan penganutnya sendiri






PENAFIAN TERLIBAT DENGAN FAHAMAN WAHABI ....

Salam

Penafian bekas mufti  dan mufti Perlis dan yang lainnya yang di katakan terlibat dengan Wahabi dan JI akan membuka rahsia sebenar MESYUARAT ANTI KEGANASAN  yang di adakan di sebuah hotel di Sepang yang di pengurusikan oleh menteri pengajian tinggi malam isnin lalu yang melibatkan pegawai kerajaan

Taklimat pada mesyuarat tersebut telah di sampaikan oleh Penolong Pengarah Pusat Al Quran dan Ilmu Teras (ILIM) Zamihan Mat Zin, sementara itu Setiausha kerja UMNO Dato Abdul Rauf Yusuf pula di katakan telah berjumpa dengan 20 orang ulama yang akan menyertai UMNO termasuk Dr Asri di katakan belum lagi membuat keputusan resmi untuk menyertai UMNO

 Pak Karamu dan mungkin orang ramai ingin nak tahu siapa mereka yang bernama ZAMIHAN MAT ZIN ? SIAPAKAH KHALID NORDEN ? DAN SIAPA PULA DATO ABD RAUF YUSUF ? yang kita nak tahu apa latar belakang mereka yang memainkan peranan dalam memengurusikan mesyuarat Anti Keganasan, Yang memberikan taklimat dan yang berjumpa dengan para ulama di lembah Kelang ! Adakah mereka pakar interligen dalam soal suversif ?

Yang menjadi persoalan besar dalam isu ini ialah daripada mana sumber risikan dan berita yang mereka telah taklimatkan  di hotel Sepang tersebut ? Nampaknya mereka begitu berani memberikan taklimat sedangkan yang sepatutnya yang memberikan taklimat yang membabitkan keselamatan negara ialah menteri Dalam Negeri, sebab itu kita mahu tahu apa LATAR BELAKANG  MEREKA YANG SAYA SEBUTKAN DI ATAS

Dalam N3 saya sebelum ini saya ada mengsyaki isu ini sebagai main wayang politik sebab nampaknya orang yang terlibat bagi pehak kerajaan adalah orang yang  tidak langsung popular dalam soal surversif ataupun mereka telah mendapat latihan di mana-mana. Ketua Polis Negara mungkin telah memainkan peranannya dengan tepat sesuai dengan tugasnya sebagai IGP apabila mendedahkan terdapat rakyat asing yang mengrekruit para pelajar di universiti tempatan, yang lain tu apa halnya ?

Saya rasa mereka yang terlibat tiga orang itu selepas tahu apa latar belakangnya maka orang yang kena inaya ataupun tuduh hendaklah mengambil tindakan undang-undang kerana nama mereka sudah tercemar pada pandangan rakyat di negara ini, dan nampaknya isu WAHABI hilang maka timbul pula cerita memerangkap orang lain untuk kepentingan politik ataupun hendak pulihkan kepercayaan rakyat kepada parti UMNO sebab yang terlibat tersebut semuanya orang UMNO

Pada N3 saya yang lepas juga saya ada bertanyakan "ADAKAH SAMA FAHAMAN WAHABI DI TANAH ARAB DENGAN WAHABI DI MALAYSIA ? JIKA TIDAK SAMA MENGAPA DI GUNA PAKAI ISTILAH WAHABI ?

CERITA WAHABI TENGGELAM TIMBUL !

Salam

APA AJARAN WAHABI  ? DAN SIAPA PENGASASNYA ? ADAKAH MEREKA KAFIR ?

Wahabi adalah satu gerakkan pembaharuan di dalam islam, fahaman ini telah di perkenalkan oleh Muhammad Bin Abdul Wahab pada 1115 hingga 1306 H bersamaan 1702 hingga 1787 M, gerakan ini di perkenalkan kerana Muhammad Bin Abdul Wahab mendapati bahawa amalan orang-orang Mekah dan Madinah sudah terpesong daripada syari'at islam, mereka beribadat di kubur-kubur dan tempat-tempat yang bersejarah, gerakan ini kemudiannya dapat menguasai politik Hijaz pada tahun 1925 M, kebetulan pada waktu itu pemimpin politik mereka sudah jemu dengan penjajahan kerajaan Turky Othmaniyah

Di antara fahaman Wahabi ini ialah pengharaman merokok, pengharaman melagukan azan dan quran, pengharaman belajar ilmu sifat 20,  pengharaman menziarahi kubur nabi dan pengharaman mengadakan perayaan-perayaan agama. Jika kita teliti fahaman wahabi ini memang ada yang tidak menesabah atau mereka sengaja menimbulkan berbagai isu yang remeh temeh tentang hukum seolah-olah mereka meremeh temehkan isu yang kecil sedangkan matlamat mereka ialah politik, kerana itulah mereka dapat menguasai politik tanah Hijaz pada tahun 1925 Masehi, apa yang menjadi masalahnya ialah samakah Wahabi di tanah Hijaz dengan Wahabi di Malaysia ? Di Malaysia apa pula yang di haramkan ?

Jika fahaman wahabi di Malaysia ini bertentangan dengan ahli sunah Wal Jama'ah tolonglah nyatakan dimanakah salahnya ? Di katakan Perlis mengamalkan wahabi, mengapa tidak ambil tindakan ? Hadi Awang ?, Shahidan Kasim ? Mufti Perlis ? Dr Asri ? Persoalannya timbul lagi ! Mengapa majlis fatwa kebangsaan menjadi ulama bisu ? Sekurang-kurangnya  mereka yang mengamalkan wahabi ini hendaklah di istiharkan sebagai kafir ATAU sememangnya ada isu yang lain yang tidak menyenangkan oleh pehak yang tertentu ATAU  isu wahabi ini sebenarnya isu POLITIK ? ATAU  Adakah fahaman Wahabi di Malaysia ini sudah rosak akidahnya ? Jika sudah rosak MENGAPA TIDAK KAFIRKAN SAJA ? BENARKAH MEREKA INI TERLIBAT DENGAN JI ? SEHINGGAKAN PERLU BAGI MEREKA UNTUK MENYELAMATKAN DIRI DENGAN MENYERTAI UMNO ?  FUUUU LA MAK ! LAWAK BETULLAH !
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.