Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PENAFIAN TERLIBAT DENGAN FAHAMAN WAHABI ....

Salam

Penafian bekas mufti  dan mufti Perlis dan yang lainnya yang di katakan terlibat dengan Wahabi dan JI akan membuka rahsia sebenar MESYUARAT ANTI KEGANASAN  yang di adakan di sebuah hotel di Sepang yang di pengurusikan oleh menteri pengajian tinggi malam isnin lalu yang melibatkan pegawai kerajaan

Taklimat pada mesyuarat tersebut telah di sampaikan oleh Penolong Pengarah Pusat Al Quran dan Ilmu Teras (ILIM) Zamihan Mat Zin, sementara itu Setiausha kerja UMNO Dato Abdul Rauf Yusuf pula di katakan telah berjumpa dengan 20 orang ulama yang akan menyertai UMNO termasuk Dr Asri di katakan belum lagi membuat keputusan resmi untuk menyertai UMNO

 Pak Karamu dan mungkin orang ramai ingin nak tahu siapa mereka yang bernama ZAMIHAN MAT ZIN ? SIAPAKAH KHALID NORDEN ? DAN SIAPA PULA DATO ABD RAUF YUSUF ? yang kita nak tahu apa latar belakang mereka yang memainkan peranan dalam memengurusikan mesyuarat Anti Keganasan, Yang memberikan taklimat dan yang berjumpa dengan para ulama di lembah Kelang ! Adakah mereka pakar interligen dalam soal suversif ?

Yang menjadi persoalan besar dalam isu ini ialah daripada mana sumber risikan dan berita yang mereka telah taklimatkan  di hotel Sepang tersebut ? Nampaknya mereka begitu berani memberikan taklimat sedangkan yang sepatutnya yang memberikan taklimat yang membabitkan keselamatan negara ialah menteri Dalam Negeri, sebab itu kita mahu tahu apa LATAR BELAKANG  MEREKA YANG SAYA SEBUTKAN DI ATAS

Dalam N3 saya sebelum ini saya ada mengsyaki isu ini sebagai main wayang politik sebab nampaknya orang yang terlibat bagi pehak kerajaan adalah orang yang  tidak langsung popular dalam soal surversif ataupun mereka telah mendapat latihan di mana-mana. Ketua Polis Negara mungkin telah memainkan peranannya dengan tepat sesuai dengan tugasnya sebagai IGP apabila mendedahkan terdapat rakyat asing yang mengrekruit para pelajar di universiti tempatan, yang lain tu apa halnya ?

Saya rasa mereka yang terlibat tiga orang itu selepas tahu apa latar belakangnya maka orang yang kena inaya ataupun tuduh hendaklah mengambil tindakan undang-undang kerana nama mereka sudah tercemar pada pandangan rakyat di negara ini, dan nampaknya isu WAHABI hilang maka timbul pula cerita memerangkap orang lain untuk kepentingan politik ataupun hendak pulihkan kepercayaan rakyat kepada parti UMNO sebab yang terlibat tersebut semuanya orang UMNO

Pada N3 saya yang lepas juga saya ada bertanyakan "ADAKAH SAMA FAHAMAN WAHABI DI TANAH ARAB DENGAN WAHABI DI MALAYSIA ? JIKA TIDAK SAMA MENGAPA DI GUNA PAKAI ISTILAH WAHABI ?

1 orang berkata:

dino.yp@gmail.com said...

apa pasal melenting tok wan?

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.