Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DALAM HARUM MANIS ADA ULAT, BAGI AYAM MAKAN

PEGANG PADA SATU KONSEP DIDALAM AGAMA ISLAM, HARAM TUBUHKAN PARTI ISLAM YANG BARU JIKA  MASIH ADA PARTI ISLAM YANG LAMA, TANGGONG SENDIRI DOSANYA DIHADAPAN TUHAN, YANG TERBAIK JANGAN CARI DOSA KERING DAN JANGAN JADI ALAT ORANG KAFIR - Pak Karamu                                
 
‘Luaran ahli Pas, dalaman Amanah’

Ismail Salleh
Ismail Salleh
 
ALOR SETAR - Amanah Kedah mendakwa terdapat ramai individu yang dikategorikan sebagai ‘harum manis’ dalam Pas, yang hanya menunggu masa untuk ‘gugur’ atau keluar dari parti itu pada bila-bila masa.

Pengerusinya, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, kumpulan itu dilabel sedemikian kerana secara luaran mereka adalah ahli Pas, namun dalaman cenderung kepada Amanah.

“Ibarat buah mempelam harum manis, kulit luarnya hijau, isinya oren. Inilah istilah tepat yang ditujukan kepada kumpulan ini. Walaupun masih bergelar ahli Pas, mereka secara senyap menyokong Amanah dan belum bersedia tinggalkan Pas,” katanya.

Menurutnya, antara kekangan yang menghalang ahli Pas meninggalkan parti itu antaranya apabila kenyataan-kenyataan yang dibuat pimpinan tertinggi parti termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berunsurkan ugutan atau mengelirukan.

“Pas cuba menakut-nakutkan ahlinya dengan ancaman ‘kafir’ jika keluar parti, selain kenyataan yang menyebabkan ahlinya keliru atau terikat untuk berhijrah. Mereka yang bercadang untuk berhijrah, akhirnya terpaksa tunggu dan lihat bagi tempoh tertentu supaya suasana lebih harmoni,” katanya.

Ismail bagaimanapun tidak pasti jumlah sebenar golongan ‘harum manis’ ini, namun mengakui jumlahnya ramai dan wujud di setiap negeri.

“Kumpulan ini akan sertai Amanah dalam masa terdekat, tunggu masa sesuai. Malah sudah ada yang berani sertai program Amanah secara terang-terangan,” katanya.

Menurutnya, individu terbabit terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan latarbelakang, termasuk pelbagai peringkat sama ada ahli biasa atau berjawatan dalam parti.

“Golongan muda antara yang paling ramai menunjukkan minat, kemungkinan wakil rakyat pun ada yang tunjuk kecenderungan. Saya juga ada dengar khabar angin terdapat wakil rakyat Pas dari Kedah juga antara ‘harum manis’,” katanya.

Namun beliau enggan mendedahkan senarai nama bayangan itu berikutan ianya belum sahih.

“Selagi belum sah, tak sesuai umum. Tunggu dan lihat sahaja, ini bukan cakap-cakap kosong,” katanya.

Ditanya sama ada wakil rakyat Pas itu akan menggerakkan strategi ‘lompat parti’ yang seringkali menjadi trend setiap kali menjelangnya PRU, Ismail menyifatkan perkara itu bukan mustahil.

“Perubahan yang berlaku di Kedah sangat positif bagi Amanah yang baharu wujud dua bulan lalu. Selain kenamaan atau wakil rakyat, sesiapa sahaja boleh mendekati Amanah,” katanya.

Ismail yakin sekiranya maklumat sebenar berkaitan parti baharu itu diuarkan, lebih ramai akan menyatakan sokongan khususnya golongan muda yang mahukan perubahan.

“Jika ada yang kata, ahli Pas masih setia dan ramai sokong berdasarkan Himpunan Fastaqim (H60K) di Kota Bharu, baru-baru ini, ia tidak sesuai dijadikan perbandingan. Ini kerana Amanah baharu bertapak dua bulan,” katanya.

KALO SELALU BUAT FITNAH, ELOK JANGAN BERADA DALAM PAS

Apa jadahnya ? sudah dikatakan jika suka jaga kain orang, maka jangan berada didalam PAS. Jika ada sesuatu yang tidak kena, jangan ikut perangai syaitan di media-media, laporkan sahaja kepada yang berwajib, lapor pada polis ke, pada SPRM ke, atau berjumpa kepada pehak yang berwajib, BINCANG ! RUNDING ! Apa juga maklumat buruk ahli-ahli, jangan tabur ditepi jalan, MARUAH JAMA'AH ISLAM  dilarang begitu. Ada cara yang terbaik dan bersifat ikhlas sesama JAMA'AH yang perlu dilakukan, LUJNAH TARBIYAH KENA TENGOK INI SEMUA  - Pak Karamu

Surat KP Kelantan Kepada Dato Husam

October 29, 2015

Saya menunggu-nunggu Dato menjawab semula isu berhubung tuduhan bahawa Pemuda PAS Kelantan mendapat RM300 ribu dari Kerajaan Negeri Kelantan untuk menganjurkan program HAMASAH tempoh hari. Bahkan kononnya tiga orang exco kerajaan negeri memberikan peruntukan sebanyak Rm100 ribu setiap orang. 

Begitu terperinci dan sangat mengkagumkan fakta yang diberikan. Telah saya katakan bahawa itu adalah fitnah yang jahat dari Dato, saya jangka tidak sampai 24 jam akan ada balasan jawapan dari Dato, nampaknya saya hampa.

Dilihat kepada rekod Dato, sangat cepat Dato menjawab semula apa jua jawapan dari pihak lain, bahkan nama seorang guru YIK pun dimasukkan dalam senarai akan disaman. Tapi kenapa tidak isu tuduhan ke atas Pemuda PAS Kelantan itu.


Ayuh, Dato orang hebat. Datangkan fakta dan data. Ada pula juak-juak yang mencabar supaya dibentangkan secara rasmi perbelanjaan program tersebut untuk mengesahkan bahawa ia adalah fitnah. Wah, dunia sudah terbalik. 


Sepatutnya yang menuduh membawa bukti bukannya yang dituduh. Jika demikian, bagaimana jika ada yang menyatakan bahawa Yayasan Dato mendapat dana sebanyak RM5 juta dari Kerajaan Pulau Pinang melalui peranan DAP? 

Ya, itu adalah satu fitnah, tetapi adakah Dato pula wajib membentangkan akaun Yayasan Dato pula atau kerajaan Pulau Pinang membentangkan akaun wang keluarnya?

Sudah tentu sekali tidak. Prinsip umum ialah yang menuduh datangkan fakta bukannya yang tertuduh. Datangkanlah minit mesyuarat parti atau keputusan mesyuarat Exco yang menyebut sebagaimana tuduhan Dato itu. Bukankah ini kemahiran Dato?


Atau jelas sekali tuduhan Dato ialah satu pembohongan. Barangkali lebat sekali sehari dua surat ditulis untuk menutup pembohongan itu?


Once you tell a lie, you need ten more lies to cover the lie.


Ada yang kata, samanlah kalau fitnah. Ya, boleh saman. Tapi buat masa sekarang, kami tidak tergamak menyaman seorang bekas pimpinan kami sendiri hanya kerana tersalah tulis. 


Cukuplah kami menafikan. Kami anak-anak muda hanya berdoa untuk berjuang pertahankan kerajaan sebagaimana Dato pernah berjuang. Banyak jasa Dato kepada kami dan kami tidak mahu calarkan ia dengan saman di mahkamah.

Adapun jika Dato tergerak hati mahu menyaman kerana saya menyatakan Dato menfitnah kami, silakankah. Kami tidak mencari musuh, tetapi bila berhadapan, Insya-Allah kami tidak akan lari.


Kami akan terus bekerja, pertahankan kerajaan Kelantan ini. Ia tidak sempurna sebagaimana dulu pun ia tidak sempurna, tapi kelemahan itu bukan untuk disebarluaskan. Selagi dasarnya tidak berubah, selagi asasnya tidak berganjak, selagi itu ia wajib dipertahankan biarpun siapa barisan exconya.


Saya hairan, katanya Dato, saluran dalaman telah habis digunakan, isu YIK bila digunakan saluran dalaman? Saya menganggotai Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan bermula tahun 2011, tetapi untuk bersua dengan Dato di dalam mesyuarat sangatlah sukar sekali.

Tahun 2013, saya memasuki Dewan Harian Perhubungan PAS Negeri. Mesyuaratnya seminggu sekali berselang-seli dengan Lajnah Politik, tetapi sayang, saya tidak melihat wajah Dato untuk mendengar hujah mantap dan panas bagi mengesahkan penggunaan saluran dalaman itu.


 Seingat saya sepanjang dua tahun, sekali Dato hadir Mesyuarat Harian dan sekali Dato hadir mesyuarat Lajnah Politik. Dua kali dalam masa dua tahun! Itu yang saya lihat, jika Dato hadir lebih dari itu, pohon maaf.

Jujur, saya juga bukannya hadir semua mesyuarat, tetapi saya bukannya jenis orang yang menghentam keputusan mesyuarat sedangkan boleh sahaja disebut di meja rundingan.


Saya menahan diri lama untuk menulis, sangat berhati-hati saya memilih bahasa dan tuturnya. Kerana saya tahu, 'tentera maya' siap sedia menggempur semula. Namun, kebenaran tetap kebenaran.

Pulanglah kembali Dato. Jalan masih terbuka luas. Kita bina semula kekuatan kerajaan ini. Tetapi bukan dengan cara yang Dato pilih pada hari ini.


Sejarah sedang melakar....

- Ahmad Fadhli Shaari, 29/10/2015

DEY TAMBI, LU TAK DA HAL MAU CAKAP KA ! CIIIT,

PANAS BERAPI! APA MASALAH SUBRAMANIAM SI MENTERI KESIHATAN DENGAN VAPE NI? #VAPE #vaporisor



Kepada Menteri kesihatan Dato Subramaniam, ingin aku ambil kesempatan ini untuk menyuruh beliau hentikan kegilaan nak haramkan vape ni. Tahukah kamu bahawa ramai dari kalangan anak muda kita yang menghisap Vape ni? Malah ramai juga orang yang dah berumur pun menghisap Vape?

Kenapa mereka hisap Vape? Sebab ada yang nak berhenti rokok dan ada yang rasa nak hisap rokok tapi mereka lebih cenderung nak hisap Vape. Baiklah sekiranya terbukti Vape boleh menyebabkan kesihatan si penghisap boleh mudarat maka wajib diharamkan tetapi hingga kini ianya masih belum ada kepastian.

Kenapa nak haramkan Vape Mr Subra? Tak cukup ka awak larang semua tempat perhentian di Highway PLUS untuk dihisap rokok dan sekarang nak haramkan Vape untuk selamatkan bisnes rokok? Apa ni anney? Aku consfuse la, you mau kasi haram Vape tapi rokok tak haram dan masih boleh dibeli dengan mudah oleh sesiapa pun?

Sudahlah dato Subra, sekarang bukan masa nak main gila, dikala rakyat tengah sakit mental dan tak keruan ni, jangan dibuat keputusan yang boleh memudaratkan kerajaan yang sedang memerintah, leave Vape alone ok brader.

Jangan kerana awak nanti orang benci kerajaan lagi, nanti orang kata kerajaan haramkan Vape sebab nak selamatkan rokok yang sangat lumayan cukainya. Cukup-cukup la nak buat stunt ok. Aku support para Vaporiser dan aku harap kerajaan takkan terburu-buru untuk buat keputusan yang merugikan.

MUHYIDDIN TAK TERGUGAT



‘Biar Perhimpunan Agung Umno penentu nasib TSMY’


Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
SHAH ALAM - Veteran Umno menegaskan bahawa sebarang usaha menyingkir atau menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden Umno adalah satu perbuatan yang  tidak mengikut Perlembagaan Umno.

 
Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, mengikut Fasal 9.12 Perlembagaan Umno jelas menyatakan: jawatan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi termasuk Presiden dan Timbalan Presiden boleh dilucutkan atau Majlis Tertinggi dibubarkan oleh Perhimpunan Agung Khas dengan undian tidak kurang daripada 2/3 daripada jumlah bilangan ahli yang berhak hadir.
 
" Justeru itu, sebarang cara selain Perhimpunan Agung Khas untuk menjatuh atau menggugurkan Muhyiddin adalah tidak sah," katanya kepada Sinar Online.
 
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Mohd Yunus yang mendakwa terdapat lebih 100 Ketua Bahagian Umno seluruh negara mengadakan perbincangan tertutup bagi menyingkirkan Muhyiddin daripada jawatannya kini.
 
 
Sementara itu, ketika mengulas dakwaan sebuah laman sosial Johor Bangkit mengenai terdapat 140 bahagian bersetuju menyingkirkan Muhyiddin, Mustapha berharap dakwaan itu tidak benar.
 
"Veteran Umno berharap dakwaan yang mengatakan 140 Ketua Umno Bahagian menggunakan telegram untuk menjatuhkan dan menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin tidak benar. Veteran yakin semua Ketua Bahagian faham maksud Fasal 9.12 Perlembagaan Umno," katanya.
 
Dalam pada itu, Mustapha berkata keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya sebarang tindakan yang diambil ke atas Muhyiddin tidak mengikut Perlembagaan Umno.
 
"Kalaupun mungkin untuk mensabitkan kesalahan Muhyiddin ialah sekiranya beliau melanggar tataetika parti. Sekiranya begitu, maka Jawatankuasa Disiplin Umno mesti bertindak terlebih dahulu dengan memanggil Muhyiddin untuk mendapatkan penjelasan atau menghantar surat tunjuk sebab.
 
"Jadi, sebarang usaha yang membelakangi peruntukan Perlembagaan Umno dan Tataetika Ahli Umno adalah satu tindakan yang terburu-buru dan boleh memburukkan lagi keadaan.
 
 "Veteran yakin sekiranya usaha itu diteruskan ianya akan menjadikan masalah dalaman Umno  akan lebih parah dan kedudukan Datuk Seri Najib akan lebih tertekan kerana umum akan menuduh pakatan itu mendapat restu beliau," ujarnya.
 
Tambahnya, Veteran berharap tindakan itu tidak akan diteruskan demi perpaduan Umno.
 
"Kita tidak mampu untuk berpecah lagi dalam suasana politik yang tidak menentu ini terutama dalam menghadapi PRU14 nanti. Biarlah Perhimpunan Agung Umno akan datang yang menentukan nasib Muhyiddin," katanya

RAYUAN ANUAR TIDAK BERASAS

Bersih 3.0: Mahkamah tolak rayuan Anwar

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim - Foto Bernama
 
PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tuduhan penglibatannya dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada April 2012 kerana mendapati rayuan beliau tidak mempunyai asas.

Panel tiga anggota dipengerusikan Hakim Datuk Abang Iskandar Abang Hashim berkata rayuan Anwar tidak dapat dipertahankan dan didapati tidak berasas berikutan keadaan yang wujud bagi tiga tuduhan yang dikenakan terhadap beliau di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA).

Beliau merujuk kepada fakta bahawa bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dibebaskan tetapi tidak dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen pada 10 Januari tahun lepas daripada kesemua tiga tuduhan berkaitan perhimpunan berkenaan yang diadakan di Kuala Lumpur pada 28 April 2012.

Menurut undang-undang, seseorang yang dibebaskan tetapi tidak dilepaskan, adalah tidak bebas sepenuhnya kerana dia boleh dikenakan semula pertuduhan.

Pada perbicaraan hari ini, peguam Ram Karpal Singh memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwa tidak meneruskan pertuduhan terhadap anak guamnya (Anwar) kerana perintah mahkamah yang menjadi asas bagi pertauduhan itu telah diketepikan.

Pada 26 April 2012, Mahkamah Majistret mengeluarkan perintah melarang perhimpinan itu diadakan di Dataran Merdeka. Bagaimanapun, perintah itu dibatalkan Mahkamah Rayuan pada 6 Jun tahun lepas setelah memutuskan bahawa perintah itu tidak sah.

Anwar, 68, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak rujukan yang dibuatnya terhadap kesahan Seksyen 4(1) (c) dan Seksyen (2) (c) APA, yang melarang diadakan protes jalanan dalam cubaan mengetepikan tuduhan yang dikenakan terhadapnya mengikut akta itu.

Pada 22 Mei 2012, Anwar dituduh bersama-sama Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali dan bekas ketua cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin menyertai satu protes jalanan pada 28 April 2012.

Mereka juga dikenakan pertuduhan kedua iaitu bersubahat dengan timbalan ketua PKR Rasah, Tangam Raju, peguam Rajesh Kumar Gejinder dan pemandu van, Farhan Ibrahim dengan menghasut mereka supaya mengalihkan besi pengadang di Jalan Raja, Kuala Lumpur pada hari sama.

Pada 2 Julai 2012, ketiga-tiga mereka dikenakan pertuduhan ketiga iaitu berkomplot dengan Tangam, Rajesh, Farhan dan lima penyokong lain Gabungan bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 3.0) untuk mengingkari perintah Mahkamah Majistret bertarikh 26 April 2012 yang melarang diadakan perhimpunan di Dataran Merdeka antara 28 April dan 1 Mei 2012.

Pada 10 Jan tahun lepas, Mahkamah Sesyen mengeluarkan perintah membebaskan tetapi tidak melepaskan Anwar, Mohamed Azmin, Badrul Hisham, Tangam, Rajesh dan Farhan setelah memutuskan bahawa tuduhan terhadap mereka adalah tidak berasas dan tidak lengkap berikutan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa perintah Mahkamah Majistret melarang perhimpunan itu diadakan adalah tidak sah.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun setelah rayuan akhirnya pada 10 Feb tahun ini untuk mengetepikan sabitan kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, ditolak.

Terdahulu, Ram Karpal memohon mahkamah mengambil langkah sewajarnya kerana kata beliau, perkara itu sudah sampai ke penghujungnya apabila Anwar dibebaskan tetapi tidak dilepaskan oleh Mahkamah Majistret.

"Oleh kerana tiada lagi tuduhan yang dikenakan di mahkamah dan perintah majistret sudah menjadi tidak sah, maka tiada apa lagi yang perlu kita hujahkan," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohamed Hanafiah Zakaria berkata perkara itu sudah bersifat akademik dan rayuan Anwar perlu diketepikan.

Anwar, yang memakai sut biru gelap, hadir di mahkamah dengan diiringi para pegawai penjara. Hadir sama, isteri beliau, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail serta anak dan cucu mereka. - Bernama

Buletin Sinar Rabu 28 Oktober 2015


DAH MULA HEBOH CERITA NI, EXPRESS NI BOLEH SAMPAI KOT






BN terima sesiapa mahu kerjasama termasuk Pas

Annuar Musa
Annuar Musa
KUALA LUMPUR - Beberapa ahli Parlimen BN menyifatkan kesediaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bekerjasama dengan kerajaan BN adalah tindakan proaktif dan harus dipuji demi kepentingan rakyat.

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, pelbagai agenda pembangunan dan kemajuan untuk kehidupan rakyat boleh dimantapkan sekiranya Pas serius dengan pendirian kerjasama itu.

"BN terima sesiapa mahu kerjasama kerana sebelum ini pun mana-mana negeri yang tidak diperintah Kerajaan Pusat sentiasa membuka pintu kepada sebarang bentuk kerjasama.

"Kita yakin Pas parti yang mempunyai akar umbi kukuh tidak seperti parti pembangkang lain yang wujud hanya atas keperluan tertentu," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Abdul Hadi menyatakan kesediaan parti itu untuk menjalin kerjasama dengan semua pihak termasuk BN dalam perkara-perkara yang memberi keuntungan kepada rakyat.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pas tetap kekal jadi pembangkang, kata Hadi]

Sementara itu, Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) pula berkata, Pas dan BN sepatutnya bekerjasama sejak sekian lama, mengambil kira faktor usia dan kestabilan kedua-dua parti politik itu.

Beliau berpendapat, langkah perpaduan antara kedua-dua parti itu perlu dibentuk meskipun berbeza fahaman politik demi kesejahteraan masyarakat Melayu dan Islam.

"Perpaduan orang Melayu membolehkan kita menggerakkan banyak lagi agenda berkaitan agama dan bangsa secara bersama.

"Kita berharap kenyataan Abdul Hadi itu diterjemah dalam bentuk tindakan dan disambut pemimpin lain di semua peringkat parti itu termasuk akar umbi," katanya.

Turut senada, Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) yang berkata pendirian disuarakan Presiden Pas itu adalah tepat atas faktor kepentingan kesejahteraan rakyat pelbagai latar belakang di negara ini.- Bernama

1MDB LAGI

1MDB: Lagi soalan untuk Najib

1MDB: Lagi soalan untuk Najib
Wong Chen
 
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen hari ini meminta maklum balas Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak  sama ada kementeriannya akan memfailkan aduan rasmi terhadap syarikat DuSable Capital Management LLC (DuSable) sekiranya memang tiada kerjasama terjalin antara 1MDB dengan firma itu.

Menurutnya, berdasarkan laporan media antarabangsa, Bloomberg, DuSable telah mengesahkan kepada Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS) bahawa syarikat itu telah menjalin kerjasama dengan 1MDB bagi membangun, memberi dana dan membina loji tenaga solar dengan kapasiti 50 megawat (mw) di Malaysia.

"Kita semua tahu projek loji tenaga 50mw di Malaysia itu di Kedah. Jadi, berdasarkan laman web Jabatan Keadilan AS, tiada kemaskini terbaharu sehingga hari ini mengenai status 1MDB dengan DuSable.

"Jawapan yang saya dapat semalam sangat pendek dan jika begitu, saya pasti PM menyatakan kebenaran...saya ada dua lagi soalan untuk beliau," katanya pada sidang media di lobi Dewan Rakyat, hari ini.

Semalam menjawab soalan Wong Chen, Najib menafikan wujudnya sebarang kerjasama antara 1MDB dengan DuSable di Kedah dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat.

"Tuan Yang Dipertua, 1MDB tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian usahama dengan syarikat DuSable Capital Management LLC di Kedah," katanya.

Dalam sidang media sama, Wong Chen membangkitkan soal kesediaan Najib untuk mendedahkan sebarang urusan 1MDB dengan DuSable sebelum 26 September 2013.

"Dan berapa jumlah pelaburan yang 1MDB rancang pada awalnya dipertimbangkan untuk dilabur kepada DuSable? Adakah nilainya seperti yang dilaporkan Bloomberg iaitu antara AS$500 juta hingga AS$1 bilion iaitu nilai yang dicari DuSable?

"Jika tiada sebarang kerjasama antara DuSable dan 1MDB, adakah menteri akan failkan aduan kepada Jabatan Keadilan AS terhadap DuSable?" soalnya lagi.

Sebelum ini, Bloomberg melaporkan pada 10 Oktober 2013 firma ekuiti swasta itu sedang mencari dana sebanyak AS$500 juta hingga AS$1 bilion untuk pelaburan bagi projek tenaga.

Pada 26 September 2013 pula, DuSable mengeluarkan kenyataan kepada Jabatan Keadilan AS bahawa firma itu akan menjadi penasihat pelaburan kepada dana ekuiti swasta di mana 1MDB menjadi rakan kongsi terhad.

"Ini bermakna 1MDB akan menjadi pelabur kepada projek DuSable," kata Wong Chen.

Kemudian pada 23 April tahun lalu, DuSable mengeluarkan satu lagi kenyataan untuk menjelaskan bahawa 1MDB bukan pelabur kepada firma itu sebaliknya telah menjalin kerjasama bagi membangun, memberi dana dan membina loji tenaga suria 50mw di Malaysia.

SATU TUHAN PUNYA, SATU LAGI HOLOGRAM PUNYA

Penampakkan dua matahari di Amerika Utara?
Penampakaan dua matahari di Amerika Utara?
Foto dua matahari yang menjadi viral di apkliasi WhatsApp.
SHAH ALAM - "Itu hanya ilusi optik," demikian penjelasan Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Dr Noordin Ahmad ketika ditanya mengenai kesahihan beberapa keping gambar yang viral di media sosial berkenaan penampakan dua matahari yang kononya berlaku di Amerika Utara.

Beberapa hari lalu, tersebar di WhatsApp, beberapa keping gambar yang menunjukkan seoalah-olah terdapat dua matahari timbul, yang mana ada sesetengah pihak berkata fenomena itu berlaku di Kanada dan ada juga yang mengatakan bahawa ia berlaku di Manhattan dan New York.


Noordin berkata dalam isu ini, ramai pihak yang cuba mengaitkan ia dengan fenomena angkasa dengan aspek fantasi dan misteri, namun ujarnya sebagai manusia yang diberi akal fikiran,  kita perlu mendapatkan bukti yang sahih, dengan cara merujuk terlebih dahulu kepada mereka yang pakar.


"Ada juga yang ingin meletakkan fenomena sebegini seiring dengan hadith dan tanda kiamat. Ilmu Islam itu menyokong sains jadi fenomena yang berlaku perlu dikaji dengan fakta dan secara menyeluruh dan bukan sekadar agakan pemikiran.


"Dalam pada itu, telah ada banyak fenomena angkasa pelik yang tersebar sebelum ini seperti bumi bergelap, cuaca angkasa yang ganggu telefon bimbit dan matahari makin dekat dengan bumi. Elok masyarakat menghubungi Angkasa agar tidak mudah menyebarkan berita palsu yang boleh membuat negara gelisah," katanya.

BILA HATI BUTA, AKHIRNYA JADI BEBUDAK

Plakad: Bukan itu saja cara bantah, kata Pas

Di Mana RM2.6 Bilion
Di Mana RM2.6 Bilion
 
KUALA LUMPUR – “Jangan ikat kita dengan satu cara bantah sahaja,” demikian reaksi Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan ketika diminta mengulas isu mengangkat plakad 'Mana RM2.6b' di Parlimen ketika Bajet 2016 dibentangkan, Jumaat lalu.

Menurutnya, hal itu tidak menjadi isu susulan perkara berkaitan RM2.6 bilion itu telah dibangkitkan Pas berulang kali sebelum ini.

"Tidak ada isu sebenarnya. Saya dah kata, itu (angkat plakad) cara mereka membantah. Isu RM2.6 bilion itu lama dah kita bangkitkan. Berkali-kali kita keluarkan kenyataan, tanya ke mana perginya wang tersebut.

"Cara nak bantah bukan hanya satu cara. Angkat plakad itu satu cara. Cara lain banyak lagi. Jangan ikat kita dengan satu cara sahaja. Saya tidak setuju untuk salahkan orang itu, orang ini," katanya.

Jumaat lalu, barisan pembangkang bangun memegang plakad 'Mana RM2.6b?' di Parlimen selepas Najib selesai membentangkan Bajet 2016.
 
[ARTIKEL BERKAITAN: Mana RM2.6b?: Kenapa saya tak bangun?]
Namun, beberapa ahli Parlimen Pas menarik perhatian apabila dilihat tidak bangun sama.

Mengulas dakwaan ahli Parlimen Pas kurang menonjol di Dewan Rakyat, Nasrudin berkata, beliau datang ke dewan untuk bersuara demi rakyat.

"Saya datang ini untuk bersuara untuk rakyat. Kita ada ruang-ruang yang kita ambil (untu bersuara)," katanya.

Sementara Naib Presiden Pas, Idris Ahmad menolak dakwaan tersebut.

"Mungkin yang bercakap itu tak tengok kami berbahas di Parlimen. Apabila sesi soal jawab pun kami bangun.

"Itu semua tak betul...fitnah. Yang bercakap itu mungkin buta mata...buta hati," katanya.

MERDEKA !

MP Sabah: Dah berapa tahun kita merdeka?
Datuk Abdul Ghapur Salleh
Datuk Abdul Ghapur Salleh
 
KUALA LUMPUR - "Sudah berapa puluh tahun kita merdeka, jalan di Sabah masih teruk, berlubang-lubang!" bidas Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan).

Beliau berkata demikian ketika membahas usul yang dibentang pada sidang Dewan Rakyat di Parlimen, di sini, hari ini.

"Bila kerajaan umum lebuh raya (Lebuhraya Pan Borneo) di Sabah tidak ada tol, semua orang puji, semua orang kata kerajaan kita ini bagus.

Memanglah (lebuh raya itu) tidak ada tol kerana jalan yang kita ada di sana (dari Arau ke Lahad Datu, ke Semporna, ke Kota Kinabalu melalui Sandakan) Nauzubillah... Dia punya jalan.. Jalan satu hala yang berlubang-lubang itulah yang digunakan oleh penduduk Sabah!" bidas ahli Parlimen Sabah itu.

Menurutnya lagi, keadaan jalan yang sangat teruk itu juga menjadi punca banyak kemalangan yang menyumbang sejumlah angka kematian.

"Jadi kita minta, kalau boleh, kerajaan binalah lebih banyak jalan raya di Sabah khususnya di Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Sandakan.

"Sudah berapa tahun kita merdeka? Sudah berapa lama kita merdeka? Tak kan bikin (bina) jalan pun tak boleh?" sindirnya lagi.

TIADA JAMINAN KESELAMATAN

Adu diekori, polis jawab 'kami bukan superman'

Adu diekori, polis jawab 'kami bukan superman'
Sedutan video yang dirakam seorang pelayar yang mendakwa diganggu.
 
 
SEORANG pelayar bertindak berkongsi kekecewaannya apabila didakwa diberi jawapan yang mengecewakan oleh seorang anggota polis selepas mengadu diganggu sekumpulan mat motor.

Dalam perkongsian semalam, pelayar wanita berkenaan mendakwa diganggu tiga penunggang motosikal yang bertindak mengacah dan menyimbah cecair ke cermin kereta yang dipandu ketika melalui daerah Kahang, Johor.

Walaupun sudah menelefon polis, mangsa terpaksa meneruskan perjalanan sambil diganggu dan akhirnya berjaya singgah di Balai Polis Kahang.

Pelayar berkenaan juga berkongsi dialog perbualan yang didakwa berlaku antara mangsa dengan seorang pegawai polis yang dikatakan berpangkat Inspektor.

Mangsa: Jadi, pihak tuan tidak dapat pergi cari suspek itu sekarang, memandangkan kita ada no plat salah seorangnya, jadi kita boleh kesan alamatnya? Saya risau kalau mereka tidak ditahan sekarang, mereka mungkin mengekori saya lagi sekejap lagi. Keselamatan kami sekeluarga dalam ancaman.

Polis: Saya tahu apa yang saya kena buat puan.

Mangsa: Tapi adakah tuan akan ambil tindakan segera?

Polis: Saya tahu apa yang saya kena buat puan.

Mangsa: Tapi kalau tuan tidak dapat beri kepastian bahawa tuan akan mencari suspek, saya masih risau tentang keselamatan kami.

Polis: Keselamatan puan saya tak boleh jamin. Puan bawalah apa-apa senjata dalam kereta.

Mangsa:  ??????. Tuan, saya telefon 999 dan datang buat aduan kerena saya takut dan mengharapkan ada bantuan atau penyelesaian dari pihak tuan. Kalau inilah caranya, saya rasa tak ada guna saya datang minta bantuan polis.

Polis: Oh, kalau puan nak bantuan, puan boleh telefon bomba atau ambulan.

Mangsa: (speechless). Tuan, kalau lah pihak tuan respons segera masa saya telefon 999 tadi, rasanya tak sempat mereka rosakkan kereta saya. Mereka pun mungkin dah boleh diberkas sekarang.

Polis: Eh puan. Kami bukan superman. Bila dipanggil terus ada.

Mangsa: Baiklah.

Selain daripada perkongsian perbualan tersebut, mangsa juga memuatnaik sebuah rakaman video yang menunjukkan tiga buah motor yang dinaiki oleh empat individu yang didakwa mengganggu mangsa.

Perkongsian tersebut menarik perhatian dan dikongsi oleh lebih 10,000 pelayar lain.

BUAT SAHAJA LAPORAN KEPADA SPRM, TAK GUNA BISING

Rasuah RM5 juta: Kelantan tak akan lindungi Adun

Ahmad Yakob
Gambar hiasan
 
KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah bernilai lebih RM5 juta terhadap seorang Adun yang mempunyai hubung kait dengan kegiatan pembalakan di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, sejak pemerintahan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (bekas Menteri Besar Kelantan), Kelantan begitu terbuka dalam setiap isu yang dibangkitkan.

“Kalau sudah bawa kepada SPRM kita serah pada SPRM, kerajaan Kelantan terbuka, sejak dari zaman Tok Guru (bekas Menteri Besar, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) kita sentiasa terbuka.

“Kita akan memberikan kerjasama dan tidak akan melindungi mana-mana pihak sekiranya didapati terlibat, kerajaan negeri penuh integriti,” katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Sebelum ini satu aduan rasmi berkaitan dakwaan rasuah bernilai lebih RM5 juta terhadap Adun itu telah difailkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama wakil pengundi muda luar Kelantan.

Wakil pengundi muda luar, Mohd Afiq Ayob dipetik sebagai berkata, beliau yakin SPRM dapat menjalankan siasatan dengan bantuan 50 helaian dokumen yang menjadi bukti untuk menyelesaikan hampir separuh daripada kes ini.

"Dokumen yang saya serahkan terkandung atau menyatakan dengan jelas wujudnya transaksi melibatkan pembayaran wang kepada seorang Adun Kerajaan Negeri, 'sumbangan' kenderaan Toyota Fortuner termasuk salinan perjanjian jual belinya, dan pembayaran perbelanjaan ke luar negara seorang exco negeri Kelantan.

"Dokumen tersebut turut mendedahkan mengenai 'sumbangan' RM32,000 berbentuk lembu korban ke kawasan seorang Adun kerajaan negeri, ‘sumbangan’ ‘tiles’ untuk lantai bagi ubah suai bernilai RM34,544.80 termasuk invoice penghantaran yang mana bilnya dibayar oleh sebuah syarikat yang terlibat pembalakan dan mendedahkan pembayaran melalui peguam bernilai RM1 juta. Dokumen berbentuk resit dan salinan cek disertakan.

"Selain itu, dokumen tersebut turut mendedahkan mengenai satu dokumen pembayaran tunai atas nama anak syarikat kerajaan negeri kepada seorang yang berpangkat Datuk yang menggunakan alamat Istana Negara bernilai RM150,000 yang tercatat baki bernilai RM4,850,000 (RM4.85 juta). Salinan cek pembayaran kepada seorang yang berpangkat Datuk bernilai RM1juta.

DISAMPING DAPATKAN BERITA TEPAT, PAS PERLU TANGKIS CEPAT

Dapatkan berita tepat berhubung PAS di media PAS

DAPATKAN BERITA TEPAT BERHUBUNG PAS DI MEDIA PAS

Sudah beberapa kali rakyat dikelirukan dengan pelaporan tidak tepat tentang PAS dan kenyataan pemimpin pemimpin PAS khususnya DS Presiden PAS.

Malah ada media yang sengaja memalsukan foto bagi memfitnah PAS.

Untuk berita berkait pendirian, ucapan, peristiwa melibatkan PAS, cara yang betul adalah merujuk kepada media rasmi PAS iaitulah Harakah sama ada Harakah Daily yang boleh di akses online atau Harakah Elektronik yg mamaparkan imej Harakah versi cetak yang perlu dilanggan.

Juga boleh dirujuk kenyataan rasmi pimpinan dan berita PAS setiap negeri menerusi medium media baru rasmi PAS Pusat iaitu:
Harakah Daily dikemaskini setiap hari manakala Harakah cetak diterbitkan 2 kali seminggu edisi Isnin dan Jumaat.

Saya menyeru semua ahli dan penyokong PAS supaya jayakan kempen BELI, BACA DAN BERI Harakah sebagai medium penerangan yang boleh memperjelaskan isu isu yang berbangkit. HARAKAH sendiri kini telah banyak kemajuan pelaporan beritanya dan dengan adanya sokongan semua akan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti persembahannya.

Jika berita berkaitan PAS datang dari media lain khususnya Malaysia Insider, Malaysiakini, kumpulan Berita Harian dan Utusan, TV3, maka orang ramai perlu hati hati gaya penulisan khususnya tajuk berita serta pilihan foto yang digunakan yang selalu menimbulkan keliru dan persepsi buruk kepada pas.

Malang sungguh ada juga penyokong PAS yang menjadikan media berkenaan sebagai sumber berita mereka.

Lebih malang ada juga yang menggunakan posting media saraf UMNO sebagai bahan rujukan.

Saya ambil kesempatan untuk umumkan adanya dikesan laman Parti Islam Semalaysia yang telah dipalsukan seperti imej laman palsu yang disertakan. Ini pernah terjadi sebelum ini di beberapa PAS Kawasan.

Sekian dengan hormatnya.

BELI, BACA DAN BERI LAH HARAKAH
ISTIQOMAH MENUJU KEMENANGAN
HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
28hb. Oktober 2015
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.