Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAYUAN ANUAR TIDAK BERASAS

Bersih 3.0: Mahkamah tolak rayuan Anwar

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim - Foto Bernama
 
PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tuduhan penglibatannya dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada April 2012 kerana mendapati rayuan beliau tidak mempunyai asas.

Panel tiga anggota dipengerusikan Hakim Datuk Abang Iskandar Abang Hashim berkata rayuan Anwar tidak dapat dipertahankan dan didapati tidak berasas berikutan keadaan yang wujud bagi tiga tuduhan yang dikenakan terhadap beliau di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA).

Beliau merujuk kepada fakta bahawa bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dibebaskan tetapi tidak dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen pada 10 Januari tahun lepas daripada kesemua tiga tuduhan berkaitan perhimpunan berkenaan yang diadakan di Kuala Lumpur pada 28 April 2012.

Menurut undang-undang, seseorang yang dibebaskan tetapi tidak dilepaskan, adalah tidak bebas sepenuhnya kerana dia boleh dikenakan semula pertuduhan.

Pada perbicaraan hari ini, peguam Ram Karpal Singh memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwa tidak meneruskan pertuduhan terhadap anak guamnya (Anwar) kerana perintah mahkamah yang menjadi asas bagi pertauduhan itu telah diketepikan.

Pada 26 April 2012, Mahkamah Majistret mengeluarkan perintah melarang perhimpinan itu diadakan di Dataran Merdeka. Bagaimanapun, perintah itu dibatalkan Mahkamah Rayuan pada 6 Jun tahun lepas setelah memutuskan bahawa perintah itu tidak sah.

Anwar, 68, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak rujukan yang dibuatnya terhadap kesahan Seksyen 4(1) (c) dan Seksyen (2) (c) APA, yang melarang diadakan protes jalanan dalam cubaan mengetepikan tuduhan yang dikenakan terhadapnya mengikut akta itu.

Pada 22 Mei 2012, Anwar dituduh bersama-sama Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali dan bekas ketua cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin menyertai satu protes jalanan pada 28 April 2012.

Mereka juga dikenakan pertuduhan kedua iaitu bersubahat dengan timbalan ketua PKR Rasah, Tangam Raju, peguam Rajesh Kumar Gejinder dan pemandu van, Farhan Ibrahim dengan menghasut mereka supaya mengalihkan besi pengadang di Jalan Raja, Kuala Lumpur pada hari sama.

Pada 2 Julai 2012, ketiga-tiga mereka dikenakan pertuduhan ketiga iaitu berkomplot dengan Tangam, Rajesh, Farhan dan lima penyokong lain Gabungan bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 3.0) untuk mengingkari perintah Mahkamah Majistret bertarikh 26 April 2012 yang melarang diadakan perhimpunan di Dataran Merdeka antara 28 April dan 1 Mei 2012.

Pada 10 Jan tahun lepas, Mahkamah Sesyen mengeluarkan perintah membebaskan tetapi tidak melepaskan Anwar, Mohamed Azmin, Badrul Hisham, Tangam, Rajesh dan Farhan setelah memutuskan bahawa tuduhan terhadap mereka adalah tidak berasas dan tidak lengkap berikutan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa perintah Mahkamah Majistret melarang perhimpunan itu diadakan adalah tidak sah.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun setelah rayuan akhirnya pada 10 Feb tahun ini untuk mengetepikan sabitan kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, ditolak.

Terdahulu, Ram Karpal memohon mahkamah mengambil langkah sewajarnya kerana kata beliau, perkara itu sudah sampai ke penghujungnya apabila Anwar dibebaskan tetapi tidak dilepaskan oleh Mahkamah Majistret.

"Oleh kerana tiada lagi tuduhan yang dikenakan di mahkamah dan perintah majistret sudah menjadi tidak sah, maka tiada apa lagi yang perlu kita hujahkan," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohamed Hanafiah Zakaria berkata perkara itu sudah bersifat akademik dan rayuan Anwar perlu diketepikan.

Anwar, yang memakai sut biru gelap, hadir di mahkamah dengan diiringi para pegawai penjara. Hadir sama, isteri beliau, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail serta anak dan cucu mereka. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.