‘Biar Perhimpunan Agung Umno penentu nasib TSMY’
Muhyiddin Yassin
SHAH ALAM - Veteran Umno menegaskan bahawa sebarang usaha menyingkir
atau menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden
Umno adalah satu perbuatan yang tidak mengikut Perlembagaan Umno.
Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, mengikut Fasal 9.12
Perlembagaan Umno jelas menyatakan: jawatan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi
termasuk Presiden dan Timbalan Presiden boleh dilucutkan atau Majlis
Tertinggi dibubarkan oleh Perhimpunan Agung Khas dengan undian tidak
kurang daripada 2/3 daripada jumlah bilangan ahli yang berhak hadir.
" Justeru itu, sebarang cara selain Perhimpunan Agung Khas untuk
menjatuh atau menggugurkan Muhyiddin adalah tidak sah," katanya kepada
Sinar Online.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Umno Bahagian
Sungai Besar, Datuk Jamal Mohd Yunus yang mendakwa terdapat lebih 100
Ketua Bahagian Umno seluruh negara mengadakan perbincangan tertutup bagi
menyingkirkan Muhyiddin daripada jawatannya kini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Sah wujud gerakan singkir Muhyiddin]
Sementara itu, ketika mengulas dakwaan sebuah laman sosial Johor
Bangkit mengenai terdapat 140 bahagian bersetuju menyingkirkan
Muhyiddin, Mustapha berharap dakwaan itu tidak benar.
"Veteran Umno berharap dakwaan yang mengatakan 140 Ketua Umno Bahagian
menggunakan telegram untuk menjatuhkan dan menyingkirkan Tan Sri
Muhyiddin tidak benar. Veteran yakin semua Ketua Bahagian faham maksud
Fasal 9.12 Perlembagaan Umno," katanya.
Dalam pada itu, Mustapha berkata keadaan akan menjadi lebih buruk
sekiranya sebarang tindakan yang diambil ke atas Muhyiddin tidak
mengikut Perlembagaan Umno.
"Kalaupun mungkin untuk mensabitkan kesalahan Muhyiddin ialah sekiranya
beliau melanggar tataetika parti. Sekiranya begitu, maka Jawatankuasa
Disiplin Umno mesti bertindak terlebih dahulu dengan memanggil Muhyiddin
untuk mendapatkan penjelasan atau menghantar surat tunjuk sebab.
"Jadi, sebarang usaha yang membelakangi peruntukan Perlembagaan Umno
dan Tataetika Ahli Umno adalah satu tindakan yang terburu-buru dan boleh
memburukkan lagi keadaan.
"Veteran yakin sekiranya usaha itu diteruskan ianya akan menjadikan
masalah dalaman Umno akan lebih parah dan kedudukan Datuk Seri Najib
akan lebih tertekan kerana umum akan menuduh pakatan itu mendapat restu
beliau," ujarnya.
Tambahnya, Veteran berharap tindakan itu tidak akan diteruskan demi perpaduan Umno.
"Kita tidak mampu untuk berpecah lagi dalam suasana politik yang tidak
menentu ini terutama dalam menghadapi PRU14 nanti. Biarlah Perhimpunan
Agung Umno akan datang yang menentukan nasib Muhyiddin," katanya
2 orang berkata:
PENGAKUAN SAYA BERSAMA KELUARGAKU INI BUKAN CERITA ATAU PUN REKAYASA BENER-BENER TERBUKTI SAMA SAYA.
Terima kasih sebesar-besarnya yang kami ucapkan kepada mbah warjoh yang telah memberikan keberhasilan dan keberuntungan bagi keluarga saya.berkat bantuan beliau saya sekarang sudah hidup tenang karena suamiku sudah punya usaha tambak yang luasnya sekitar 5 hektar kurang lebih. begitupun juga saya dirumah buka warung sembakau dan sekarang pun saya sekeluarga tidak di kejar-kejar hutang lagi. mulanya keluarga Kami di berikan angka gaib hasil ritual dari mbah warjoh yang sangat Jitu 100% dijamin tembus.sehingga keluarga saya sekarang merasa tenang lagi.sekali lagi terima kasih mbah jasamu dikeluarga saya tidak akan terlupakan.Jika anda butuh angka gaib hasil ritual mbah warjoh silahkan Tanyakan aja Pada mbah dinomer hp beliau di: 0851 4534 4218 atau silahkan KLIK DISINI Terima kasih
Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.
Post a Comment