Dapatkan berita tepat berhubung PAS di media PAS
- Butiran
- Diterbitkan: 28 Oktober 2015
- Ditulis oleh HJ AHMAD AMZAD HASHIM
DAPATKAN BERITA TEPAT BERHUBUNG PAS DI MEDIA PAS
Sudah beberapa kali rakyat dikelirukan
dengan pelaporan tidak tepat tentang PAS dan kenyataan pemimpin pemimpin
PAS khususnya DS Presiden PAS.
Malah ada media yang sengaja memalsukan foto bagi memfitnah PAS.
Untuk berita berkait pendirian, ucapan,
peristiwa melibatkan PAS, cara yang betul adalah merujuk kepada media
rasmi PAS iaitulah Harakah sama ada Harakah Daily yang boleh di akses
online atau Harakah Elektronik yg mamaparkan imej Harakah versi cetak
yang perlu dilanggan.
Juga boleh dirujuk kenyataan rasmi pimpinan dan berita PAS setiap negeri menerusi medium media baru rasmi PAS Pusat iaitu:
- Laman web rasmi PAS Pusat (http://www.pas.org.my)
- Facebook (https://www.facebook.com/paspusat)
- Telegram (http://telegram.me/PASMalaysiabot)
- WebTV PAS (http://webtv.pas.org.my)
- Radio rasmi (www.hijau.fm)
- TVPAS (https://www.youtube.com/channel/UCpOaaeoYxFWMurcLoGeJukw)
Harakah Daily dikemaskini setiap hari manakala Harakah cetak diterbitkan 2 kali seminggu edisi Isnin dan Jumaat.
Saya menyeru semua ahli dan penyokong
PAS supaya jayakan kempen BELI, BACA DAN BERI Harakah sebagai medium
penerangan yang boleh memperjelaskan isu isu yang berbangkit. HARAKAH
sendiri kini telah banyak kemajuan pelaporan beritanya dan dengan adanya
sokongan semua akan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti
persembahannya.
Jika berita berkaitan PAS datang dari
media lain khususnya Malaysia Insider, Malaysiakini, kumpulan Berita
Harian dan Utusan, TV3, maka orang ramai perlu hati hati gaya penulisan
khususnya tajuk berita serta pilihan foto yang digunakan yang selalu
menimbulkan keliru dan persepsi buruk kepada pas.
Malang sungguh ada juga penyokong PAS yang menjadikan media berkenaan sebagai sumber berita mereka.
Lebih malang ada juga yang menggunakan posting media saraf UMNO sebagai bahan rujukan.
Saya ambil kesempatan untuk umumkan
adanya dikesan laman Parti Islam Semalaysia yang telah dipalsukan
seperti imej laman palsu yang disertakan. Ini pernah terjadi sebelum ini
di beberapa PAS Kawasan.
Sekian dengan hormatnya.
BELI, BACA DAN BERI LAH HARAKAH
ISTIQOMAH MENUJU KEMENANGAN
HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
28hb. Oktober 2015
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
28hb. Oktober 2015
5 orang berkata:
Entahnya terputar putar org cakap lain disimpulkan lain.nak menangkan diri sendiri sj tak kira fitnah ke apa.apa yg pasti kita boleh kenallah sapa tukang putar sekarang.tgok sj la permainan putar mereka tu sama mcm najib juga
Nak tanya...yg dato pas kelantan rasuah hal balak tu betul ker tak betul? Nak rujuk kat mana?
Betul ker duit cikgu yik dah kena potong gaji tapi duit pitongan tak bayar hutang mereka lagi. Kalau rujuk kat tv pas ada tak? Saya nak buat tesis degree saya la.
Betul ke mb ahmad yaakob ada cakap kat mana2 bhwa dia nak letak jawatan kalau hudud tak terlaksana di kelantan tahun 2015 ini. Boleh ke kita dapat maklumat tu kat harakah daily?
PENGAKUAN SAYA BERSAMA KELUARGAKU INI BUKAN CERITA ATAU PUN REKAYASA BENER-BENER TERBUKTI SAMA SAYA.
Terima kasih sebesar-besarnya yang kami ucapkan kepada mbah warjoh yang telah memberikan keberhasilan dan keberuntungan bagi keluarga saya.berkat bantuan beliau saya sekarang sudah hidup tenang karena suamiku sudah punya usaha tambak yang luasnya sekitar 5 hektar kurang lebih. begitupun juga saya dirumah buka warung sembakau dan sekarang pun saya sekeluarga tidak di kejar-kejar hutang lagi. mulanya keluarga Kami di berikan angka gaib hasil ritual dari mbah warjoh yang sangat Jitu 100% dijamin tembus.sehingga keluarga saya sekarang merasa tenang lagi.sekali lagi terima kasih mbah jasamu dikeluarga saya tidak akan terlupakan.Jika anda butuh angka gaib hasil ritual mbah warjoh silahkan Tanyakan aja Pada mbah dinomer hp beliau di: 0851 4534 4218 atau silahkan KLIK DISINI Terima kasih
Post a Comment