Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAKYAT TIDAK TAKUT HARAKAH DAN SUARA KEADILAN

Salam

HANYA UMNO DAN PUCUK PIMPINANNYA  SAHAJA YANG TAKUT HARAKAH DAN SUARA KEADILAN

Apa sangatlah bahayanya surat khabar Harakah dan Suara Keadilan kepada rakyat, andainya kedua-dua surat khabar itu tidak betul maka ambillah tindakan, menyekat rakyat daripada membaca Harakah dan Suara Keadilan bererti tiada kebebasan minda berdemokrasi itu otokrasi namanya

Kerajaan BN/UMNO tidak wajar membelenggu pemikiran rakyat di Negara ini, biarlah pemikiran rakyat bebas daripada dikongkong oleh suatu suara, lagipun rakyat tentunya dapat menilai akan kebenaran atau kepalsuan, rata-rata rakyat di Negara ini bijak memilih kepada siapa yang mereka mahu pilih

Menyekat suara rakyat bererti  demokrasi sudah mati sedangkan demokrasi itu dicanang juga kehulu dan kehilir tanpa segan dan silu namun otokrasi diamlakan juga, dengan sikap BN/UMNO yang sedemikian nanti rakyat akan melarikan diri daripada parti tersebut kerana rakyat nampak BN/UMNO sudah tidak mengamalkan demokrasi

Penyekatan kedua-dua akhbar tersebut menampakkan berita daripada akhbar tersebut benar dan tepat dan pada waktu yang sama rakyat akan menuduh bahawa BN/UMNO cuba hendak melindungi kebusukan mereka dan takut dengan parti pembangkang, ini bererti kerajaan BN/UMNO akan berakhir tidak lama lagi

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.