Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TIMBALAN PENDAKWA RAYA KES ANUAR DIGUGURKAN

Salam

DIGUGURKAN KERANA HUBUNGAN ROMANTIS DENGAN SAIFUL BUKHARI

Seorang timbalan pendakwa raya Farah Azlina Latif telah digugurkan daripada team pendakwaan kerana dia mempunyai hubungan intim (romantis) dengan Saiful Bukhari, Peguam mnegara menyatakan demikian melalui siaran TV malam tadi, dia turut digugurkan dari badan pendakwaan Jabatan Peguam Negara atas faktor yang sama, iaitu menjaga maruah jabatan peguam negara

Peguam negara berkata Azlina tidak bersalah apa-apa, pemecatannya hanya mengelakkan  dari sebarang persepsi (persangka) buruk daripada orang ramai terhadap jabatan peguam negara dan kes yang berkaitan, Pak Karamu nampak walaupun Azlina dikatakan tidak bersalah akan tetapi seseorang yang bertugas dimana-mana badan perundangan mereka hendaklah menghadkan pergaulan dengan orang ramai supaya tidak berlaku ketidak adilan dan rasuah

Rasanya Peguam Negara mengambil langkah yang selamat untuk menyelamatkan badan perundangan negara tersebut kerana untuk menjaga imejnya dan badan perundangan tersebut sekalipun tugas Azlina hanya sebagai pencatet kes yang tugasnya tidak melibatkan siasatan dan rahsia siasatan dalam kes Dato Sri Anuar Ibrahim namun dia adalah  disebut sebagai Timbalam pendakwa Raya dalam kumpulan pendakwaan, jadi ia tetap dilihat sebagai berjawatan penting

Mungkin orang ramai melihat peristiwa ini sebagai kegagalan badan pendakwaan jabatan peguam negara kerana tatatertib anggotanya dalam pergaulan sosial kurang dititik beratkan mengikut perjawatan penting pada badan perundangan tersebut, ini menunjukkan kegagalan tatatertib badan tersebut mungkin terjelas pada pandangan orang ramai


0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.