Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERTERUS TERANG ADALAH YANG TERBAIK

Salam

ADA WAKIL RAKYAT DARI PAKATAN RAKYAT DI SELANGOR YANG SUDAH TIDAK BOLEH TAHAN DENGAN KERENAH KERAJAAN PUSAT

Sesungguhnya memang terdapat wakil rakyat di negri  Selamgor yang sudah tidak boleh tahan dengan mainan politik UMNO. kerenah demi kerenah terpaksa dihadapi oleh kerajaan Selangor sekarang datang bagaikan anak panah semasa peperangan, semua ini terpaksa dihadapi dengan tenang tapi kena tegas, inilah resiko yang terpaksa diterima, ingat !!! tiada perjuangan yang tidak ada resiko, jika tugas memerintah tiada resiko maka itu bukan perjuangan namanya

Nabi dan Rasul dulu tiada seorangpun yang tidak diuji oleh Allah semuanya menghadapi cobaan dan dugaan untuk membena kekuatan diri masing-masing, ingatlah bagaimana syaitan memohon izin kepada Allah untuk memusnahkan manusia dengan mendatangkan ujian terhadap manusia dari segenap sudut, disamping itu Tuhan juga telah mengingatkan kepada manusia bahawa syaitan akan menyesatkan mereka, sesiapa yang mengikut petunjuk dari Allah maka tiada kuasa bagi syaitan menyesatkan mereka

Kerajaan Selangor sedang menghadapi serangan ini, anggaplah serangan ini dari musuh syaitan dari jenis manusia yang sentiasa menunggu manusia terlena dan leka, kita jangan tunggu syaitan menyerang untuk memusnahkan kita, apa yang penting ialah Kerajaan Selangor perlu membena benteng sebelum musuh menyerang, yang inilah yang kurang diperhatikan oleh kerajaan Selangor kerana mereka beranggapan bahawa apabila rakyat memberikan mandat kepada mereka maka mereka rasa mereka telah berjaya besar tanpa memikirkan resiko yang akan mendatang

Syaitan sentiasa berada disekeliling manusia untuk menyesatkan mereka dan kerajaan Selangor juga sentiasa dikelilingi oleh syaitan dari jenis manusia ini, andainya ADUN-ADUN di negeri Selangor ada yang sudah merasa tidah boleh tahan dengan kerenah syaitan ini maka mereka perlu memikirkan bahawa tugas mewakili rakyat yang dipikul oleh mereka bukanlah suatu pekerjaan yang rengan, mereka perlu menyedari bahawa diri mereka itu adalah pemimpin yang memimpin orang ramai, mereka perlu ada ketahanan yang kukuh dan bijak pula ketika membuat sebarang keputusan

Di Selangor sekarang boleh dikatakan sedang bergolak dengan kes perlantikan setiausha kerajaan negeri yang pengetahuan itu tidak dirunding dengan kerajaan negeri terlebih dahulu sekalipun jawatan ini untuk kerajaan negeri, ini menunjukkan bahawa helah muslihat ini terang menunjukkan suatu helah politik membelakangkan kerajaan negeri yang terdapat aginda buruk dibelakangnya, sepatutnya kerajaan negeri perlu bertegas dalam masalah ini sekalipun terpaksa menghadapi  berbagai resiko

Apa yang penting ialah ketua kerajaan negeri jangan lagi banyak bertolak ansur dengan sesiapa juga apabila  kerajaan negeri nampak ada yang tidak kena dalam masalah perlantikan setiausha kerajaan negeri ini, mereka perlu bertegas, hitam adalah hitam dan putih adalah putih dan jangan jadikan ia menjadi kelabu, disinilah rakyat akan menilai sama ada ketua sebuah kerajaan tersebut mampu atau tidaknya ia menjalankan tugas memimpin negeri, itu baru negeri belum lagi memimpin negara

Menjadi seorang pemimpin yang dikelilingi oleh syaitan-syaitan jenis manusia memerlukan kekuatan kerohanian yang tinggi, pemimpin akan menolak apa saja cadangan yang dikira ada racun didalamnya sekalipun ia terpaksa membelakangkan orang yang ia hormati kerana kadangkala orang yang dihormati tidak dapat membantu kita kerana mereka juga dalam keadaan tersepit sama sekalipun mereka ada nama yang harum bak sundal malam, mereka boleh kata Ya dan tidak

Apa yang patutnya dilakukan oleh ADUN-ADUN yang sudah tidak boleh taham di negeri Selangor ialah memohon kepada Tuhan melalui solat hajat dan banyak-banyak mengadu kepada Tuhan selagi aduan itu benar dan betul, pokoknya berikhtiar, apa yang menjadi masalahnya ialah kita mengadu kerana tidak boleh tahan ketika mana kita tersepit baru nak mengadu dengan Tuhan, ketika mana kita merasakan agak selesa maka kita melupakan Tuhan, di negeri Selangor perlu melakukan solat hajat perdana jika boleh setiap hujung minggu, biat terlungkup semua syaitan-syaitan tersebut

Negeri Selangor adalah negeri lubuk emas dalam negara Malaysia, semua orang mahukannya, semua manusia dan syaitan mahukannya mereka mengidam dengannya, setiap malam syaitan dan manusia bermimpikannya, Apakah ADUN-ADUN Pakatan Rakyat tidak tahu tentangnya ?

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.