RAJA MELAYU SIAPA PUNYA ? TENTULAH MELAYU PUNYA ! JIKA RAJA MALAYSIA TENTULAH MALAYSIA PUNYA !
Siapa sayang pada raja melayu ? Siapa patuh pada Raja Melayu ? Siapa nak buang Raja Melayu ? Siapa yang menderhaka pada Raja Melayu ? Siapa yang mengurangkan kuasa Raja Melayu ? Siapa yang nak jadikan Raja Melayu boneka bagi kepentingan politik ? Siapa yang disayangi oleh Raja Melayu ? Siapa yang diharapkan oleh Raja Melayu ? Adakah rakyat Malaysia tidak berbelah bagi menta'ati Raja-raja melayu ? Adakah Raja-raja melayu tidak berbelah bagi menyayangi rakyat Malaysia ? Semuanya ini mesti dijawab dengan ikhlas
Raja-raja melayu sepatutnya sedar bahawa ramai diantara rakyat di negara ini yang tidak berpuas hati dengan Raja-raja, begitu juga Raja-raja melayu sendiri ada yang mereka suka dan benci akan tetapi mereka-mereka ini tidak tunjukkan dengan jelas, kenapa ? al maklum saja untuk menjaga heharmonian dan tidak mahu kacau bilau dan dituduh sebagai derhaka dan demi menjaga ketelusan dimata rakyat ini jangan hendak dinafikan, yang benar itu adalah benar dan palsu itu tetaplah palsu cuma sejauh mana semua pehak mahu berlaku jujur dan ikhlas
Nampaknya kepentingan adalah mengatasi segala muslihat ta'at atau tidaknya kepada raja-raja dan demikian juga bagi pehak Raja-raja, kerana itulah berlaku berbagai-bagai kemelut didalan pemikiran masing-masing, dan segalanya kelihatan bersebab, maka dengan sebab itulah berlakulah serangan didalam pemikiran rakyat dan Raja-raja, yang jadi mangsa adalah rakyat yang tidak faham tentang sebab dan muslihat, kemudian akhirnya rakyat mengjadi bingung !
Rakyat sudah tentu tidak faham tentang aturan ta'at dan setia kerana segalanya itu terikat dengan perlembagaan dan undang-undang sedangkan undang-undang dan perlembagaan ada cara pembacaannya kadangkala yang boleh menjadi tidak boleh dan yang tidak bolih akan menjadi boleh pula jadi bila rakyat mahu faham dan mahu ta'at ? Lebih baik rakyat menjadi warga yang berkecuali, namun jika berkecualipun tidak juga boleh sebab nanti ada raja macam tidak beraja dan ada rakyat macam tidak berakyat
Apa yang jelas ialah apabila ada golongan yang berkepentingan mahu menjadi juara murahan dan mereka ini adalah golongan yang pandai berlakon kerana ada sebab dan sebab inilah yang selalunya membawa mangsa kepada rakyat, untuk menyelesaikan semua kemelut ini adalah diharapkan semua pehak wajib berlaku ikhlas dan adil akan tetapi mahukah golongan ini bertegas dan bersikap ikhlas serta adil ?
0 orang berkata:
Post a Comment