31 March 2012
NAJIB PUCAT GIGI : KES BAKAL DIBICARAKAN DI PERANCIS, PRU 13 DITANGGUHKAN?

Saman sivil NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) terhadap gergasi pertahanan tentera laut Perancis DCNS kerana didakwa membayar komisen kepada pemimpin di Malaysia mula menunjukkan perkembangan memberangsangkan.Pada Khamis, peguam Suaram di Perancis memberitahu NGO itu, mereka sudah mendapat akses kepada kertas mahkamah berkaitan kes melibatkan pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM77.3 bilion.Pengarah Suaram Cynthia Gabriel berkata, barisan peguam mereka kini boleh mengkaji dokumen dan menasihat tindakan se;anjutnya."Kami bagaimanapun tidak dapat mempamerkan dokumen itu. Kami hanya boleh akses, mengkaji dan membuat rujukan terhadapnya, tetapi tidak boleh diumumkan menurut undang-undang Perancis," katanya kepada Malaysiakini."Ini memang cabaran besar kepada tetapi kami berbesar hati kerana kes itu bergerak ke arah yang betul dan memberi momentum," tambahnya.
0 orang berkata:
Post a Comment