Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UNTUK MANTAPKAN AKIDAH

PPNJ: Seminar hanya untuk memantapkan Islam, bukan tentang ancaman agama lain

March 29, 2012
 
KUALA LUMPUR, 29 Mac - Jabatan Pelajaran Johor menegaskan seminar berkaitan "ancaman Kristianisasi" yang bakal berlangsung Sabtu ini hanyalah untuk tujuan pendidikan dan pemantapan akidah Islam umatnya, bukan ancaman kepada penganut agama lain termasuk penganut Kristian.

Pengarahnya, Mohd Nor A Ghani yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, seminar berkenaan dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Jabatan Pelajaran dan Jabatan Mufti Johor untuk memantapkan akidah guru dan juga pelajar.
"Akidah umat Islam mungkin tergugat kerana gejala Pluralisme dan Liberalisme, malah turut berlaku gejala Kristianisasi dalam kalangan umat Islam.

"Program seminar ini adalah untuk memantapkan akidah Islam dalam kalangan guru-guru dan pelajar, bukannya ancaman kepada agama lain termasuk Kristian," jelasnya.

Tegasnya, tiada kompromi untuk perkara berkaitan akidah, dan setiap individu yang dilahirkan sebagai Muslim, perlu kekal sebagai Muslim sehingga akhir hayatnya.

"Tiada kompromi. Jika dia Islam, maka sampai meninggal dunia dia perlu kekal sebagai umat Islam," katanya menjelaskan tajuk seminar itu sendiri merujuk ancaman kepada umat Islam, dan bukannya ancaman kepada agama lain.

Guru-guru agama di sekolah kebangsaan seluruh negeri Johor akan menghadiri satu seminar Sabtu ini berkaitan “ancaman Kristianisasi”, dan perkara itu telah menimbulkan perasaan kurang senang komuniti Kristian di negara ini.

Seminar anjuran Jabatan Pelajaran Johor dan Jabatan Mufti Johor itu bertajuk “Pemantapan Aqidah, Bahaya Liberalisme dan Pluralism Serta Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam. Apa Peranan Guru?” menetapkan kehadiran dua guru agama daripada 55 sekolah kebangsaan di Johor.

Moderator Belia Majlis Gereja Malaysia (CCM), Chrisanne Chin, sebelum ini berkata penganjuran seminar itu akan turut membuatkan masyarakat percaya terdapatnya ancaman terhadap Islam dan akan menimbulkan perasaan curiga dalam komuniti, dan bertentangan dengan konsep 1 Malaysia yang dilaungkan kerajaan.

Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) bagaimanapun membidas kenyataan Chin agar tidak mengaitkan 1 Malaysia dengan akidah dan kesucian Islam.

Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali turut mempersoalkan tindakan Chin yang cemas terhadap seminar berkenaan, kerana menurutnya, hanya pihak yang bertanggungjawab memurtadkan umat Islam akan merasa cemas dengan pelaksanaan seminar berkenaan, malah Perkasa jelasnya menyokong penuh usaha sedemikian.

Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir turut menyuarakan pendapat sama dan menjelaskan Jabatan Agama Johor tidak seharusnya mengemukakan permohonan maaf berikutan penganjuran seminar berkenaan kerana itu merupakan tugas pihak berkuasa agama.

Beliau turut menjelaskan “kewujudan” mubaligh Kristian secara “agresif” sejak sekian lama telah cuba untuk memurtadkan umat Islam melalui kaedah secara langsung mahupun tidak langsung dan pihak jabatan agama hanya menjalankan “tugas” mereka dengan penganjuran seminar berkenaan.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.