MUSA DAH INSAF ! DIA BETULKAN KEADAAN JEW !
Musa Hassan: 'Saya cuma nak betulkan keadaan'
5 Disember 2012
Sehubungan itu kata Musa, beliau tidak mahu niatnya disalahertikan oleh mana-mana pihak.
Bercakap kepada Sinar Harian Online, Musa berkata, campur tangan dalam urusan operasi polis oleh pihak atasan misalnya akan menyebabkan reputasi PDRM terjejas.
"Perkara ini saya nak dibetulkan, bukan saya sakit hati kepada sesiapa, nanti orang kata saya ini sebab sakit hati tidak sambung (kontrak), saya iri hati dengan orang...
"... saya sudah seronok pencen. Tapi saya tengok benda ini kalau tidak dibetulkan negara kita akan rosak.
"Saya bercakap ini bukan sebab saya nak hentam orang..., tidak... tetapi untuk betulkan keadaan. Keadaan sekarang makin teruk, makin teruk dan saya tidak mahu orang tidak percaya kepada polis," tegas beliau.
Musa diminta mengulas kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam yang menyelar pihak yang mempertikai dan mengkritik tugas yang dilaksanakan sambil memberi contoh seperti dakwaan yang dikenakan ke atas Menteri Dalam Negeri.
Menurut Musa, memang tidak menjadi kesalahan untuk Menteri Dalam Negeri mencampuri urusan polis seperti dalam hal-hal kenaikan pangkat atau disiplin anggota polis, tetapi tidaklah sampai ke tahap campur tangan dalam hal-hal berkaitan operasi polis yang berada di bawah bidang kuasa Ketua Polis Negara.
"Macam Bersih, itu IGP sahaja lah bagi arahan. Tak perlu nak bagi arahan. Kalau salah tindakan IGP, biar IGP sahaja yang kena tindakan. Janganlah atas arahan turun lagi. Orang di bawah pun pening kepala nak buat kerja.
"Campur tangan dari segi pentadbiran itu memang tanggungjawab dia, tetapi jangan lah campur tangan dalam hal-hal buat kerja polis. Campur tangan dalam operasi polislah, macam-macamlah. Operasi tak boleh (campur tangan), pentadbiran tidak apa sebab dia (Menteri Dalam Negeri) Pengerusi Suruhanjaya Polis," jelas beliau.
Ekoran kelantangannya mengkritik institusi polis negara selepas bersara, timbul spekulasi bahawa bekas Ketua Polis Negara itu berminat menceburi bidang politik.
Namun Musa menegaskan, beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik, meskipun ada menerima tawaran, tetapi akan terus lantang untuk menyumbang memperbaiki sistem pentadbiran negara.
Ditanya mengapa baru sekarang beliau mahu menyuarakan perkara ini dan sama ada baru sekarang berlakunya campur tangan dalam pentadbiran polis di negara ini, Musa berkata:
"Dulu tak kerap berlaku begini. Dulu tak ada saya rasa. Masa Menteri Dalam Negeri yang lama-lama kita tak pernah (dengar) jadi begini. Tapi yang baru-baru ni lah."
"Kalau IGP itu tak berani, ia berlakulah (campur tangan), kalau IGP berani, maka tak berlakulah. Saya merasakan kebanyakan IGP tak pernah akan mengikut apa kehendak menteri suruh buat kalau tak betul mengikut undang-undang lah," ujarnya lagi.
- Andik Silahhuddin · Subscribe · Top Commenter · 913 subscribersMungkin agak terlewat krn kuasa bukan lagi di tanganmu tapi buatlah yg kau rasa termampu...jgn bagaikan anjing nyalak gunung sudah...
- Razman Rashid · Top Commentermanusia akan terbit rase insaf bila dah tiada kuasa atau dalam kesusahan
Mula2 ingat nak cuba2 saja, tapi bila tengok duit masuk hari2 USD25, rasa syok la pulak. Join je terus dh dpt USD4.
Daftar FREE dulu disini:
http://www.stiforp.asia/wangmasuk
- Firdaus Bin Omar · Top Commenter · Kuala Lumpur, MalaysiaIni sinonim macam kes Tokdet dengan Pak Lah. Pak Lah tu Tokdet yang lantik untuk ganti Anwar.Anwar pandai sangat Tokdet tak suka. Pak Lah dilihat lembik senang Tokdet nak kontrol bila dah tak jadi PM. Mana tau Pak Lah boleh jadi macam tu? Habis projek Tokdet dia kacau.
Musa Haanpun cam tu jugalah. Dia tengok Mail ni lembik dia ingat dia boleh kontrl bila dia dah pencen? Mana tau Mail boleh lembik macam tu sekali dan tak pedulikan bos lama dia lagi. Tu yang mengamuk tu...Hehe
Padanlarrr muka semua-semua ni... - Samao Oamas · Top Commenter · SEK MEN KHIR JOHARI SG SUMUNSepatutnya kalau nak memperbetulkan apa yang tidak betul hendaklah dibuat semasa anda berkuasa dulu, bukan selepas pencen baru nak kondem jabatan ataupun pemimpin atasan kita. Orang seperti ini adalah pengecut namanya..
- Rizwan Ibra · Top Commenter · IT Support at MBSBtemanku.comTerima kasih Tan Sri ..sekurang kurangnya anda berani bercakap bila periuk nasik sudah tidak dikawal ..
- Arai Zdin · Top Commenter · Sultan alam shah islamic collegesudah la dulu tak kerap konon..mcm ko je IGP yg bagus...tp aku hargai la pendedahan ko..
- Celah Gelegar · Top Commenter · Universiti Putra Malaysiamasa dalam polis tak bercakap, dah bersara orang dah tak pakai dah
- Nurliza Abdullah · Top Commenter
- Ikan Kelah Mas · Top Commenter · UPM Serdangmasa isu bersih dulu.hisyamudin x ngaku dia beri arahan supaya guna kekerasan utk menyuraikan himpunan..skrg TAN SRI dh dedahkan..tq tan sri..bygkn berapa ramai yg kna gas pemedih mata menyumpah kt hisyamudin..ank2 n keluarga saudara burhanudin yg meninggal semasa perhimpunan bersih 2.0 dulu menyumpah kt ko...harap hishamudin tun husin onn ada jawapan di akhirat kelak.
- Mohd Bustamam Md Husin · Sek. Men. Sultan Tajul Ariffin, Manong, PerakMemang jadi lumrah alam,bila dah tak pegang jawatan,macam2 nak dipebetulkan.Masa pegang jawatan dulu ngapa tak diperbetulkan?.Sama ler Jika seseorang Jenderal atau Panglima ATM yg bersara,itu tak betul ini tak betul, masa berhidmat dulu jadi pak turut aje..maklum lah nak jaga periuk nasi masing masing.
- Ben Karemo · Top Commenter · Malacca High SchoolCakap salah..tak cakap pun salah...susah betul macam nie..
Sesiapa yang ingin mencari perniagaan yang rendah modalnya dan mudah difahami , inilah tempatnya http://stiforp.asia/Mohdaidil/?SOURCE=Sinar atau http:// mohdaidil.stiforpmy.com/ ?SOURCE=Sinar . Sila daftar untuk maklumat lanjut atau PM email dan nama - AAs Sidek · Top Commenter · Sekolah men sultan ibrahim 2, johor bahruSemuga ada pembaharuan yg lebih baik,yg kekurangan dibetulkan,ambil pendekatan yg baik demi mantapkan urusan polis..kerjaya mereka mulia tp bahaya semuga polis tidak dipandang remeh..
- Semangkuk Seligi · University of LiverpoolTERIMA KASIH TAN SRI...KERNA PENJELASAN DIATAS...benda yg tak berapa nak jelas sebelum ni..
- Nazmim Sv · Top Commenter · Batu Pahathishamuddin ker? menteri amaran dalam negeri tue? hehe.. bikin malu kampeni je la..
1 orang berkata:
coach outlet
fitflops outlet
ralph lauren
michael kors factory outlet
nike outlet
michael kors outlet stores
cartier outlet
rolex watches
swarovski crystal
michael kors outlet clearance
chanyuan2017.03.20
Post a Comment