SPR yakin BN, Pakatan panggil PRU serentak
5 Disember 2012
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melahirkan keyakinan Pilihan
Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak akan diadakan secara berasingan oleh
kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, isu mengadakan pilihan raya berasingan juga tidak lagi dibangkitkan oleh PR seperti yang didengar sebelum ini.
Menurutnya, oleh kerana waktu semakin suntuk, tidak mungkin pembangkang akan meneruskan rancangan seperti yang diuar-uarkan sebelum ini untuk mengadakan pilihan raya secara berasingan di peringkat negeri.
Bagaimanapun beliau berkata, waktu yang semakin suntuk akan menyebabkan Parlimen terbubar dengan sendiri dan tarikh pilihan raya akan ditetapkan pada tahun depan.
"Masa pun sudah suntuk, tidak sempat lagi nak buat pilihan raya berasingan.
"Parlimen akan terbubar dengan sendiri pada bulan Mac atau April nanti, jadi tarikh pilihan raya akan ditetapkan selepas itu.
"Tak timbul lagi sekarang isu nak buat pilihan raya berasingan, dia (PR) pun sudah batalkan rancangan kerana tahu akan pembaziran yang bakal dilakukan," katanya.
Menurut laporan semalam PR telah menyatakan isu menetapkan tarikh PRU13 berasingan tidak berbangkit lagi kerana masa semakin suntuk untuk berbuat demikian.
Bagaimanapun kepimpinan PR mengakui cadangan dibuat Ahli Parlimen Bebas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim agar kedua-dua perikatan itu dan BN mengadakan perbincangan bagi menetapkan tarikh PRU13 serentak satu perkembangan baik demi memperkukuh sistem pilihan raya di Malaysia.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali berkata, tarikh bagi PRU13 tidak menjadi perkara berbangkit lagi disebabkan faktor kekangan waktu.
Beliau berkata, jadi PR tidak memikirkan untuk mengadakan PRU13 secara berasingan jika Kerajaan Pusat memutuskan untuk membubarkan Parlimen lebih awal.

- Ben Karemo · Top Commenter · Malacca High Schoolbukan masalah tak nak buat berasingan..dah memang PRU dah nak sampai penamatnya..buat apa lagi nak berasingan....SPR ni macam tak faham pulak..
Peluang perniagaan hanya bermodalkan RM 150 , boleh menjana RM 500 dalam seminggu. Pulangan modal yang cepat .Daftar jika ingin mengetahui caranya. http://stiforp.asia/Mohdaidil/?SOURCE=Sinar
http://mohdaidil.stiforpmy.com/ ?SOURCE=Sinar - Razman Rashid · Top CommenterSPR selalu lambat buat ulasan. Datuk Stopa awal2 lagi dh ckp hal ni
Mula2 ingat nak cuba2 saja, tapi bila tengok duit masuk hari2 USD25, rasa syok la pulak. Join je terus dh dpt USD4.
Daftar FREE dulu disini:
http://www.stiforp.asia/wangmasuk - Nuriza Markisa · Universiti Teknologi MARAcepat2lah bagitahu tarikh mengundi..nak kelik kg ni..hohoho
- Nurul Izzati · Top Commenter · Works at Studentbersihkan senarai pengundi dulu baru dapat mengundi, skrg senarai pengundi amat meragukan.. 12 jan ni turun ramai2..
- Abu Abup · Top Commenter · Orang melayu perlu hapuskan Umno - Tunku Abdul RahmanBuat serentak lah senang untuk rakyat, rakyat dah tertunggu-tunggu. Kami mahu berhijrah kpd lebih baik.
- Sangkakala Ajal · Top Commenter · Supervisor at Tanah Perkuburanserentak la bongok dah xde masa dah nk buat brasingan....
bnda kecik buat2 x fhm plak - Rambo Shukur · Top CommenterSPR NIE MCM BG USUL LA PULAK....SPR DH NMPAK KESAN DARI PRU BERASINGAN,SBB TU DIA CADANGKAN MACAM TUH...DIA TAHU KLAU PRU BERASINGAN ALAMAT BUNGKUS LER...
- DzulSharif Dzul · Top Commenter · Works at Kuli-kuli sahajaSPR bercakap pun mengalahkan org politik umno pulak....
0 orang berkata:
Post a Comment