Penganalisis: Sabotaj budaya lama Umno sukar dihakis
2 Disember 2012
SHAH ALAM - Budaya lama Umno yang masih memikirkan habuan dan imbuhan
yang bakal terlepas sekiranya tidak dipilih menjadi calon pilihan raya
merupakan salah satu punca kepada perbuatan sabotaj yang berlaku dalam
sesebuah parti.
Hal ini, menurut Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Prof Madya Dr Yusof Muhammad, masih berlaku dalam Umno - yang menjadi kerisauan Presidennya, Datuk Seri Najib Razak - masih berlaku dan terbukti berdasarkan pengalamannya sendiri.
"Masalah sekarang, ketua-ketua bahagian hendak bertanding. Kalau tak diberi tempat dia sabotaj... saya pun aktif di bahagian, bila sabotaj ini, jentera tak akan turun habis.
"Bila jadi ahli jawatankuasa bahagian ini, mereka fikir hendak dapat projek, jadi bila tidak dipilih ini, bila ramai-ramai ni (masa perhimpunan agung) semangatlah, tapi bila balik mula terfikir, apa yang saya dapat?" katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini.
Semalam Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional berkata, Barisan Nasional (BN) akan memperoleh kemenangan kerusi dua pertiga jika ahli Umno sendiri tidak sabotaj terhadap parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Saya percaya bahawa musuh tidak kuat, saya percaya bahawa orang ramai akan memihak kepada Umno dan Barisan Nasional, yang saya khuatir, sikit... apa itu?" katanya.
Kemudian sambung Najib "Sikit yang dikhuatiri itu, yang saya khuatir, soal kita, kita sesama kita (dalam parti)."
Najib kemudian mengemukakan satu soalan cepumas kepada ahli-ahli Umno menjelang pilihan raya yang paling genting ini.
Mengulas lanjut, Yusof berkata, budaya lama Umno ini perlu diperangi sekuat mungkin apatah lagi masa sudah suntuk kini.
"Jangan bagi amaran sahaja, jika ada bukti terus sahaja pecat. Kalau bagi amaran sahaja tak akan jadi apa dalam keadaan kita hendak berperang sekarang," katanya sambil menambah, "kalau tak ada sabotaj, insya-ALLAH, mudah untuk Umno-BN menang dengan majoriti."
Sehubungan itu, beliau menggesa seluruh ahli Umno mengambil iktibar daripada kejatuhan kerajaan-kerajaan terdahulu dan semangat juang di zaman Rasulullah s.a.w, di mana tidak semestinya ketua yang akan mengetuai bala tentera di dalam sesebuah perperangan seperti dalam kisah Khalid al Walid.
Meski dilucutkan kuasa, namun terus berjuang atas nama Islam.
Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, perkara paling penting kini ialah kebijaksanaan pemimpin tertinggi untuk meletakkan siapa 'winnable candidate' itu bagi mengelakkan daripada berlakunya sabotaj.
"Kalau kita lihat zaman (bekas Presiden Umno dan Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) dulu beliau amat bijak meletakkan calon, walaupun beliau meletakkan calon yang tidak dikenali di kawasan itu, beliau berjaya meyakinkan di peringkat bahagian. Ketua bahagian diberikan peranan lain," ujar beliau.
Mengakui tidak ada mana-mana parti yang seratus peratus sempurna, Shamsul berkata, penerapan budaya politik dalam Umno yang berubah mengikut peredaran zaman adalah resepi Umno kejayaan parti itu yang harus dikekalkan.
"Mengurus sebuah parti dengan keahlian lebih tiga juta, di mana-mana bahagian dalam dunia ini akan mengalami masalah tetapi Umno sehingga kini mampu mengendalikannnya.
"Jika budaya (mengutamakan parti) dapat dikekalkan, itulah sebenarnya transformasi baru dalam parti itu sendiri untuk bergerak ke hadapan. Kepentingan diri menjadi nombor dua dan parti diutamakan," kata Shamsul.
Beliau mengambil contoh bagaimana peralihan kuasa berlaku dari zaman Dr Mahathir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan seterusnya kepada Najib.
Ditanya mengenai keyakinan Najib bahawa Umno-Barisan Nasional akan menang majoriti dua pertiga dalam PRU13 nanti, Shamsul berkata, "jika tidak ada sabotaj, Umno-BN akan memperoleh kemenangan berganda."

- Abdullah Yew · Top Commenter · Universiti Teknologi MalaysiaBenda ni bukan sahaja ada dalam UMNO, dalam PAS pun kuat jugak. Kita memang la tengok macam takde dalam PAS, tapi benda ni lagi teruk dalam PAS. Kalau korang perasan, dalam PAS pun ada balaci2 yang dok ikut ADUN2 dia secara rapat. tapi kita tanya dia, korang kerja apa? diorang takde kerja, kerja mengikut je, harap2 dapat durian runtuh sana sini sikit2.
Macam ada satu kes di Sg Buloh, dia ni ikut bos dia(ahli majlis PAS), tunggu punya tunggu dapat asap je. bos makin kaya, dia dok tahap tu jugak. Bila PAS menang, mangkuk ni amik satu lagi bini dengan harapan dia dapat tempias bos dia. Hidup makin susah, nafsu kuat, anak makin banyak. Last2, malam2 kol 2 pagi datang kedai bos, curi perabot bos dia. Tapi bos tak sedar, sebab kedai perabot nak cover je projek2 lain yang dapat dari DUN, dia tak jaga pun.
Ni la silap politik Malaysia...See More- Razman Rashid · Top Commenterpandai la ko mat dolah sembap. merapu meraban dah ko ni mat sembap
Mula2 ingat nak cuba2 saja, tapi bila tengok duit masuk hari2 USD25, rasa syok la pulak. Join je terus dh dpt USD4.
Daftar FREE dulu disini:
http://www.simplebisnes.com/ wangmasuk - Seterik Farick · Top Commenter · Kuching, Malaysia
- Muhaimin RoslinaApo hg ni merapu... Terbukti yg dlm umno byk cantas mencantas/ sabotaj...ko crite pasal pas ni plak pe kes? Dh xleh trime keburukkan org umno ke? Pertahankanla o perbaikila umno yg tradisiny kuat sabotaj tu.. Tula akibat perjuangan nasionalisme.. Pas sekurang2nya memperjuangkan Islam.. Tgk perbezaan muktamar Pas vc perhimpunan agung umno pn dh dpt bezakn.. Perbhasan ahli Pas berhujah dgn nas al Quran.. Tp umno dgn lagu ntah apa2.. Hrapkn muhyidin, fathul bari je yg bleh bc ayt Quran kelmarin.. Yg lain xde pn..
- Mohd Jihad · Top CommenterTerbaek PM Najib.. Mengakui kelemahan sendiri & berazam utk perbetulkan.. Ketahuilah Jihad yg utama adalah melawan hawa nafsu.. Teruskan Transformasi ke arah kebaikan.. Jgn risau Manik Urai tanda2 kekalahan PR pd PRU13 ini.. teruskan usaha gigih anda..
- Love Umno · Top Commenter · Kampung Hulu International UniversityEnough is enough.Dah terlalu banyak kerosakan selama lebih setengah abad mereka memerintahi. Tahun 1960an Malaysia setaraf Korea, sekarang nak banding dgn kemajuan Singapura pun dah jauh api dari panggang. Beri peluang lima tahun lagi nanti nak banding dgn kemajuan Indonesia pun dah tak boleh. Enough is enough. Jangan tambah kerosakan lagi. Kasihanilah anak cucu kita...
- ~lu sembang nanti wa sengat ! ~pas jgn hrp la nk mtk maaf dgn org laen .. bajet perfect ! tgk ni http://bit.ly/RhQSp5 :IReply · · 7 hours ago
- A'an Shaff · Top CommenterBelajar dari kesilapan adaalah jalan terbaik untuk memperbaiki sesuatu kesalahan...UMNO tidak menunding jari kepada pihak lain apabila mengalami kekalahan, tetapi sering bermuhasabah dalam mencari kemenangan&kebenaran....ti
dak seperti PAS, kalau kalah semuanya salah UMNO/SPR/Kerajaan...pakai serban 24jam tapi tidak pernah bermuhasabah dan bertawakal kepada Allah dlm perjuangan....PAS menganggap UMNO/SPR/Kerajaan adalah pemegang qada&qadha apabila mereka kalah, dan percaya Allah yg menentukan qada&qadha apabila mereka menang.....itulah beza pegangan agama diantara UMNO dan PAS.....pakaian mengikut sunah, tapi lidah dan hati setan yg control....pejuang Islam apekebenda????...... - A'an Shaff · Top CommenterMuhaimin Roslina - Dalam perniagaan atau pentadbiran/pengurusan politik, SWOT analysis memainkan peranan yg penting...mustahil dalam menilai kelemahan dan kekuatan sendiri tidak mengambil kira faktor2 luaran....hang ingat UMNO mcm PAS ke???....usung Tin Milo hari2 menipu orang kampung.....UMNO menilai dari semua aspek utk menang termasuk kekuatan/kelemahan sendiri, kekuatan/kelemahan lawan, bukannya terjerit terlalak tengah padang berdoa akan kehancuran pihak yg ditentang.... tapi kena sergah sikit dgn ulamak PR karpal singh terus menikus....emmmm
- Nurliza Abdullah · Top Commenter
- Kebijaksanaanmenjanjikan Kejayaandankebahagiaan Tetapijikadisalahgunakanakan Mewujudkanpenderitaan · Top Commenter · Works at Tidur Lepak Dan Makan (TLDM)Sudah diketahui umum memang budaya cantas mengcantas dalam umno tidak dapat disembunyikan lagi sehinnga PM sdiri bercakap secara rasmi dalam perhimpunan agung umno.apakah maskud presiden itu sehingga media tv3 beberapa kali ulang? adakah petanda UMNO bakal berkubur PRU nanti?apakah najib sudah tahu bahawa sabotaj dalam umno kini amat merisaukan beliau? kalau dalam umno sdiri tak suka pada PM apatah laghi kami bukan dari umno dan geng atas pagar?
- Ahmad Shahrir Qarysmabengal · UPNMUMNO perlu anjakan paradigma. Memerlukan seorang pemimpin yang tegas dan amanah untuk tujuan ini. Secara peribadi, saya rasa budaya ini bermula pada zaman Tun Mahathir....untuk menghakisnya sangat susah..tapi ia perlu sekiranya UMNO ingin mendapat support yang padu dikalangan orang melayu
- Seterik Farick · Top Commenter · Kuching, MalaysiaDlm pati, sekiranya colon itu tangkap-muat memang ahli marah. U bayangkan, Si A dah beberapa tahun jadi ketua cawangan, tiba-tiba yang jadi calon belum pun isi borang jadi ahli pati. Mana adil. Makanya sabotaj pun terjadi. Lantaran itu, colon yang dicadangkan bertanding perlu diumumkan awal. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sabotaj.
- Yang Reti Base · Top CommenterPerjuangan orang PAS ikhlas kerana Allah semata-mata. Mereka rela berkorban segala-galanya. Mereka tiada kepentingan diri. Jihad mereka perjuangan suci demi menegak dan menegapkan perintah Allah di muka bumi Malaysia. Allahuakbar.
- Hakam Adli · Top Commenter · UKMmana ada pas mcm tu, ahli umno biasa dgn poket b'isi..bila rsa poket akn kosong mula bt onar laa. tengok MB umno kalah 2008 nmpak mcm sasau, sebulan x keluar kt TV..Perasan tk? PAS BIASA SSH..KALAH BIASA..hadir ceramah blh bg derma lg. duduk ats rumput sj .umno mna ada mcm ni?
- Mohd Jihad · Top Commenter
- Warkah Sts · Top Commenter · Works at The IndependentSudah menjadi budaya Umno gemar sabotaj baik kawan atau lawan....adakah ini yang dikatakan transformasi? minda x dapat nak ubah...kerana masing2 jaga tembolok diri sendiri.
- Bro Otai · Top Commenter · Sepang New Village, Negeri Sembilan, Malaysiabiarkan pengampu2 umno mengutuk pas dan pembangkang yang lain nya biar dia leka dengan menceritakan kelemahan orang lain atau lawan politiknya dengan itu dia akan terlupa dan akan terus lalai dari tugas serta tanggungjawab kepada partinya sendiri dan mereka tidak akan dapat memfokuskan kepada tugas serta tanggung jawabnya bagi membetulkan segala kepincangan yang dilakukan olih ahli serta pemimpin2 tertingginya itulah kelemahan dirinya sendiri itulah pula peluang yang kita tunggu2 dan nanti2kan bagi menjatuhkan bn/umno dalam pru13 ni nanti.
- Jamaliah Ariff · Top Commenterbanyak dalam UMNo Be End WineAble candidate........ lepas pekena cakap pun merapau....
- Jari Kelingking · Top Commenter · Selangor, Selangor, MalaysiaSifat Manusia yg Meninggalkan Agama Demi Politik.kalo Politik Seiring Dgn Agama xdelah buday Buruk tu.Lain kali AgamaBersama Politik barulah ade batas-batsan perlakuan Buruk dpt dibendung.Pilih Pemimpin Benar2 Beriman Kpd Allah.Berilmu Pengetahuan.kan dlm Islam tu mcam tulah.Pemilihan Pemimpin Berdasarkan Kelayakan Zahir dan Bathin.Bukan main tangkap muat je.Pilih2 haPemimpin Kaki Tipu,Pengkhianat seperti Pemimpin UMNO yg Ade Sekarang nih.Lpas tu Merayu Minta Maaf Kpd Rakyat.Rakyat pun xFikir Panjang,maafkanlah...Lpas PRU Menang Buat lagi ..Sedarlah Apekah Persediaan UTK Rakyat Akan Datang.Orang Melayu Hidup Terpinggir DiBumi Sendiri Gara2 Pemimpin UMNO YG Badab.Reply · · 6 hours ago
- Rauf Hasim · Top Commenter · Works at RDA Harris Internationalpk cmne pn aku gagal nk digest parti yg lbih kmaruk wang drpd umno..dier mcm otomatik je..sebut umno=duit,korup..mcm sebut api=panas/bakar, air=sejukReply · · 7 hours ago
- Ranimat Mat · Top Commenter · UITMMacam mana tak sabotaj......tak di calunkan....tak adalah projek, macam mana nak bergerak,nanti syoru miss lah.Reply · · 6 hours ago
- ~lu sembang nanti wa sengat ! ~dlm pakatan pom same daaa .. 2x5 ajer ... oh anak kecil ain api .. tgk ni http://bit.ly/RhQSp5 :IReply · · 7 hours ago
- Isud Mpsabotaj lawannye bersatu...
- Ishak Hock Abdullah · Open University MalaysiaSesiapa yang tanding pru13, klu menang boleh wakili masyarakat, klu kalah balik kampung tanam padi mkn sendiri, dan wakil kerajaan pesekutuan pun sama telibat, kerana ada ada pihak main peranan untuk ketua bahagian boleh dapat project itu dan dapat komission. Bila ada peminpin untuk pentingan diri nk menang pru13 lagu mana. Sepatut DS NAJIB umun selamat berapa pengal pru yang kalah tu undur diri, bo lah cemar kws itu.
Klu tidak bersih yang buruk itu, yang baik itu tidqk akan naik. Yang buruk itu kerana dh dapat project lama duit pun byk ingat boleh beli jwt segara. Itulah kerana umno kalah peminpin tidak mesra dgn rakyat.Reply · · 6 hours ago - Mulut Berkata Mulutkata · Pulau PinangSABOTAS.... kerja lama umno yg susah hendak dibuang.Reply · · 8 hours ago
- Tun Perak · Top Commenter · Tukang komen at Sendiripoh dah. umno tak relevan lagi buat org melayu. memang budaya umno utk minta hadir ceramah, himpunan mesti disogokkan dgn wang. takde wang pergi mampuslah. budaya yg dicernakan sdri oleh umno sejak sekian lama sehingga melayubjadi alpa dr perjuangan yg sebenar.Reply · · 44 minutes ago
- Rozak Zaki · Top Commenter · Design Engineer at Electro-Mechanical Engineering TechnologyNampaknya barulah Umno mula hendak sedar yang penyakit Umno itu adalah satu penyakit dalaman yang telah berlaku dengan jelas dalam pilihan raya yang lalu dan juga yang akan datang. Jawatankuasa itu akan diketuai oleh Tengku Ahmad Rithauddin dan seorang wakil dari setiap Bahagian yang akan membuat lapuran online kepada jawatankuasa secara terus.
Ahli-ahli Umno terutamanya di bawah-bawah itu sudah sedar yang mereka hanya dijadikan sebagai kerbau-kerbau untuk membajak sawah. Padinya dibaham oleh tikus-tikus dikepuk padi. Ahli-ahli Umno pun tidak mahu mereka di kerbaukan oleh pemimpin mereka.
Jika sudah sampai untuk orang Melayu berhijrah, dan jika ia digerakkan oleh kehendak yang Maha Esa itu, tidak ada sesiapa pun boleh menahannya, waimma dengan meletakkan muncung senapang di tengkok ahli-ahli Umno oleh pimpinan mereka.
Reply · · 4 hours ago - Haji Mohd Yusof Muda · Top CommenterParti UMNO parti kebendaan, parti wang ringgit...ramai masuk menjadi ahli kerana mengejar habuan dunia...berebut menjadi pemimpin kerana habuan dunia...itu sebab apabila tidak terpilih mereka merajuk dan sabotaj parti...lain dengan parti Pas pemimpin-pemimpin mereka sentiasa ditarbiah...sekarang tiada lagi ADUN atau MP Pas melompat parti...mereka tidak terlalu mengejar pangkat...mereka yakin pangkat merupakan amanah yang berat dan kalau tidak memegang jawatan...laluan ke syurga menjadi lebih mudah...Reply · · 6 hours ago
- Sulong Awang · Top Commenter · Kuala Terengganumaklum sajalah, mana-mana calon yang menang dah pasti dapat durian runtuh, siapa tak dengki, asyik-asyik orang sama juga jadi calon, habis sepenggal lagi sepenggal, nepotisma, kronisma........kalau berlaku sabotaj memang dah patut.....tak perlu hairan.Reply · · 3 hours ago
- Ruslani Mohd Hassan · Top Commenter · SC/MCEMacam mana hendak dihakiskan kerana telah menjadi darah daging. Kerana mereka semua hendak menongkat langit, tidak langsung memberi peluang kepada orang lain. Maklumlah pendapatan lumayan.Reply · · 3 hours ago
- Mohamed Farid Abd Karim · Top Commenter · Works at FELCRA BERHADjgn duk salahkan ketua bahagian jer, dah yg kat atas pun kuat bedalnya, yg bawah apa lagi. setakat rm250juta pun takde halReply · · 3 hours ago
- Rosmaiza Daud · Top CommenterUDAH MEMANG PERANGAI UMNO SUKE SABOTAJ PARTI.MAHATHIR SABOTAJ TUNKUReply · · 2 hours ago
- Young Lion · Top Commenter · Shah Alam, MalaysiaSiapa x nk jadi calon b end cos sepenggal dah boleh jadi jutawan segeraReply · · 4 hours ago
- Rosmaiza Daud · Top CommenterMAHATHIR SABOTAJ PAK LAH TAK INGAT LAGI KE.WAHAI NAJIBReply · · 2 hours ago
- Khairuddin Jaafar · Top Commenter · Batu CavesMaknanya kamu tidak yakin UMNO-BN akan menang 2/3. Janganlah bohong pada diri sendiri. Itu hipokrit namanya...
Reply · · 6 hours ago- Ranimat Mat · Top Commenter · UITMmemang diakui dalam UMNO-BN ramai ahli-ahli hipokrit.... tak dapat nak dinafikan.Reply · · 6 hours ago
1 orang berkata:
hugo boss outlet
nike shoes
air jordan 4
kate spade sale
jordan 4
ray ban sunglasses
nike outlet
green bay packers jerseys
baltimore ravens jerseys
skechers shoes
Post a Comment