Resort Jamal disita sebab beroperasi tanpa lesen
SABAK BERNAM - Tindakan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menyita Sekin
Fisherman Village Hotel & Resort dibuat mengikut prosedur operasi
standard (SOP) yang ditetapkan memandangkan resort itu menjalankan
aktiviti tanpa lesen.
Yang Dipertuanya, Azlinda Azman berkata, perintah penutupan itu
mengikut UUK38 Undang-Undang Kecil Hotel (Majlis Daerah Sabak Bernam)
2013.
Menurut beliau, sebelum ini, MDSB telah beberapa kali mengeluarkan notis tetapi tidak dipatuhi pemilik resort berkenaan.
"Secara pentadbirannya, kita telah mengeluarkan arahan supaya pemilik
resort mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mendapatkan Sijil
Penyiapan dan Pematuhan (CCC) secara sah.
" Kita tidak mempunyai apa-apa masalah kepada mana-mana pihak yang
ingin menjalankan perniagaan di daerah Sabak Bernam, malah sangat-sangat
digalakkan tetapi hendaklah mengikuti undang-undang dan ikutlah
prosedur-prosedur yang telah ditetapkan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas
Program Hi-Tea bersama Media dan Atlet Sukan Malaysia (Sukma) serta
Majlis Apresiasi MDSB di Dewan Seri Bernam, hari ini.
Azlinda berkata, MDSB sebenarnya telah banyak membantu premis itu sejak
resort milik Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos
beroperasi pada 2011.
"Kita telah bantu banyak premis ini iaitu daripada tak tukar syarat
kita bantu kepada bagaimana tukar syarat... daripada kawasan pertanian
kepada bangunan perniagaan dan bagaimana nak buat seterusnya tetapi ada
syarat yang kita tetapkan, namun sehingga kini tidak dipatuhi," katanya.
Ditanya tentang dakwaan berhubung campur tangan kerajaan negeri yang
mengarahkan MDSB mengambil tindakan penyitaan resort terbabit, Azlinda
menafikan perkara itu memandangkan sudah beberapa kali tindakan kompaun
diambil terhadap premis berkenaan.
"Secara asasnya, walaupun sudah dinasihatkan tidak beroperasi atas
faktor keselamatan, tetapi resort ini tetap beroperasi secara tidak sah.
" Seandainya berlaku sesuatu, kita tidak bertanggungjawab kerana mereka
tidak mendapatkan pengesahan daripada arkitek yang berdaftar dan
bertauliah," katanya.
Jelasnya, pihaknya turut mengeluarkan kompaun sebanyak RM125,000 pada 8 Disember lalu terhadap premis terbabit.
"Mereka sepatutnya menjelaskan kompaun tersebut dalam tempoh dua
minggu...kita lihat, salah satu cara untuk kita memastikan keadaan ini
tidak berlanjutan adalah dengan penutupan premis," katanya.
Sementara itu, Jamal dalam kenyataannya sebelum ini menganggap tindakan
MDSB menyita resortnya di Sekinchan adalah atas arahan kerajaan negeri
yang tidak berpuas hati dengan tindakannya yang memprotes berkaitan isu
gangguan bekalan air di negeri ini.
Jamal yang juga Pengerusi Gerakan Baju Merah berkata, perbuatan itu
jelas bermotifkan politik semata-mata dan menyifatkan kerajaan negeri
menyalahgunakan kuasa mereka untuk melaksanakan tindakan berkenaan.
9 orang berkata:
Patut la.
Hotel harammm
Bila tak ada permit, sapa2 duduk situ, tiba2 runtuh, kira mati katak la.....
Sebelum runtuh dan ada org mati katak, elok runtuhkan dulu hotel tu
Kalu ditakdirkan terbakar hotel yg x ada permit tu, kira mati katak laaa
Klu x ada air bole tumpang mandi kat hotel ni.....
Klu nak buat hotel pun, ikutlah semua persatuan yg telah ditetapkan. Ini untuk melindungi pemilik dan pelanggan hotel.
Klu ada permit dan beroperasi ikut SOP, tak ada sapa boleh ganggu.
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [5290] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI DARSA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 770 JUTA , wassalam.
Lebai...bg sotong sekati
Post a Comment