Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADA UBI ADA BATAS ADA BUDI BOLEH DIBALAS

Resort Jamal disita sebab beroperasi tanpa lesen
Azlinda Azman
Azlinda Azman

SABAK BERNAM - Tindakan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menyita Sekin Fisherman Village Hotel & Resort dibuat mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan memandangkan resort itu menjalankan aktiviti tanpa lesen.

Yang Dipertuanya, Azlinda Azman berkata, perintah penutupan itu mengikut UUK38 Undang-Undang Kecil Hotel (Majlis Daerah Sabak Bernam) 2013.

Menurut beliau, sebelum ini, MDSB telah beberapa kali mengeluarkan notis tetapi tidak dipatuhi pemilik resort berkenaan.

"Secara pentadbirannya, kita telah mengeluarkan arahan supaya pemilik resort mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mendapatkan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) secara sah.

" Kita tidak mempunyai apa-apa masalah kepada mana-mana pihak yang ingin menjalankan perniagaan di daerah Sabak Bernam, malah sangat-sangat digalakkan tetapi hendaklah mengikuti undang-undang dan ikutlah prosedur-prosedur yang telah ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas Program Hi-Tea bersama Media dan Atlet Sukan Malaysia (Sukma) serta Majlis Apresiasi MDSB di Dewan Seri Bernam, hari ini.

Azlinda berkata, MDSB sebenarnya telah banyak membantu premis itu sejak resort milik Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos beroperasi pada 2011.

"Kita telah bantu banyak premis ini iaitu daripada tak tukar syarat kita bantu kepada bagaimana tukar syarat... daripada kawasan pertanian kepada bangunan perniagaan dan bagaimana nak buat seterusnya tetapi ada syarat yang kita tetapkan, namun sehingga kini tidak dipatuhi," katanya.

Ditanya tentang dakwaan berhubung campur tangan kerajaan negeri yang mengarahkan MDSB mengambil tindakan penyitaan resort terbabit, Azlinda menafikan perkara itu memandangkan sudah beberapa kali tindakan kompaun diambil terhadap premis berkenaan.

"Secara asasnya, walaupun sudah dinasihatkan tidak beroperasi atas faktor keselamatan, tetapi resort ini tetap beroperasi secara tidak sah.

" Seandainya berlaku sesuatu, kita tidak bertanggungjawab kerana mereka tidak mendapatkan pengesahan daripada arkitek yang berdaftar dan bertauliah," katanya.

Jelasnya, pihaknya turut mengeluarkan kompaun sebanyak RM125,000 pada 8 Disember lalu terhadap premis terbabit.

"Mereka sepatutnya menjelaskan kompaun tersebut dalam tempoh dua minggu...kita lihat, salah satu cara untuk kita memastikan keadaan ini tidak berlanjutan adalah dengan penutupan premis," katanya.

Sementara itu, Jamal dalam kenyataannya sebelum ini menganggap tindakan MDSB menyita resortnya di Sekinchan adalah atas arahan kerajaan negeri yang tidak berpuas hati dengan tindakannya yang memprotes berkaitan isu gangguan bekalan air di negeri ini.

Jamal yang juga Pengerusi Gerakan Baju Merah berkata, perbuatan itu jelas bermotifkan politik semata-mata dan menyifatkan kerajaan negeri menyalahgunakan kuasa mereka untuk melaksanakan tindakan berkenaan.

9 orang berkata:

Anonymous said...

Patut la.
Hotel harammm

Anonymous said...

Bila tak ada permit, sapa2 duduk situ, tiba2 runtuh, kira mati katak la.....

Anonymous said...

Sebelum runtuh dan ada org mati katak, elok runtuhkan dulu hotel tu

Anonymous said...

Kalu ditakdirkan terbakar hotel yg x ada permit tu, kira mati katak laaa

Anonymous said...

Klu x ada air bole tumpang mandi kat hotel ni.....

Anonymous said...

Klu nak buat hotel pun, ikutlah semua persatuan yg telah ditetapkan. Ini untuk melindungi pemilik dan pelanggan hotel.

Anonymous said...

Klu ada permit dan beroperasi ikut SOP, tak ada sapa boleh ganggu.

MBAH JAYA WARSITO said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [5290] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI DARSA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 770 JUTA , wassalam.

Anonymous said...

Lebai...bg sotong sekati

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.