KM simpati kes tembakan rambang
GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng melahirkan rasa simpatinya
terhadap mangsa yang terlibat dalam kejadian tembakan rambang di susur
masuk ke Jambatan Pulau Pinang, Lebuh Tun Dr Lim Chong Eu semalam.
Beliau yang ditemui media selepas melawat mangsa tembakan di Hospital Pulau Pinang (HPP) pagi tadi.
Guan Eng berkata, kehadirannya itu bagi menyatakan simpati dan sokongan kepada mangsa.
"Saya amat bersimpati dengan mangsa dan sebentar tadi, saya ada berbual
dengan Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Pulau Pinang berhubung
kejadian ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Suspek kes tembak ada masalah mental]
"Kejadian ini amat serius kerana mengorbankan nyawa selain mencederakan
orang awam. Saya harap mangsa yang cedera cepat sembuh," katanya.
Guan Eng turut meminta agar suspek yang sudah ditahan disiasat dengan terperinci selain dikenakan undang-undang yang setimpal.
Dalam kejadian malam tadi, seorang pengusaha sebuah pusat hiburan
bergelar Datuk dan dua orang awam mati ditembak seorang pengawal
peribadi di susur masuk Jambatan Pulau Pinang, Lebuh Raya Tun Dr Lim
Chong Eu.
Suspek yang sudah ditahan adalah pengawal peribadi (bodyguard) yang dipercayai mempunyai penyakit mental.
0 orang berkata:
Post a Comment