'Menangis Guan Eng kalau tahu 'rahsia' Muhyiddin'
KUALA LUMPUR - Umno Pulau Pinang membidas sikap bekas Timbalan Presiden
parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini dilihat sanggup menggadai
prinsipnya demi kepentingan politik peribadi.
Menurut Ketua Umno Bahagian Bagan, Datuk Ir Dr Shaikh Hussein Mydin,
'Muhyiddin yang dahulu bukanlah yang sekarang' kerana peribadinya kini
sangat berbeza.
"Waktu Muhyiddin jumpa kami dalam bilik untuk bincang mengenai pilihan raya (dulu), punyalah beliau rasis.
"Menangis Guan Eng kalau tahu," katanya ketika membahaskan ucapan dasar
presiden di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau turut mencabar Muhyiddin untuk mengulangi pendiriannya kini mengenai kata-katanya dahulu.
"Muhyiddin saya nak tanya adakah anda kini 'Malay first, atau Malaysia first'... hari ini dia siapa?
"Jawab balik," katanya. Sementara itu,katanya Umno Pulau Pinang akan terus memperjuangkan
kepentingan bangsa Melayu, walaupun berhadapan cabaran di negeri itu,
yang kini diperintah oleh pembangkang.
"Kita sanggup ke lokap kerana Melayu Islam," katanya lagi.
1 orang berkata:
Dia dah sedar kesilapan lampau
Eloklah drp tak sedar langsung sampai mati.
Post a Comment