MAHADHIR MUNGABE MALAYSIA ?
SETELAH RAMAI YANG TAHU SIAPA MAHDIR MAKA DIANTARA PIMPINAN PAKATAN HARAPAN AKAN TENTUKAN MAHADHIR KALAH DALAM PRI 14 NANTI.
MEREKA SEBENARNYA FAHAM YANG MAHADHIR AKAN CALONKAN ANAKNYA MENJADI PIEM MALAYSIA.
YANG PALING ANEH PADA PANDANGAN RAKYAT IALAH APABILA PARTI BERSATU YANG BARU SAHAJA DIDAFTARKAN
TETIBA
MENJADI PARTI MENGEPALAI PAKATAN HARAPAN DENGAN MENGUTARAKAN PIMPINAN DAN JUMLAH KERUSI YANG BANYAK DALAM PRU 14 NANTI.
BERSATU MEMANG TAK DE RAMAI AHLI SEBAB ITU MEREKA DIKATAKAN GAGAL BUAT MESYUARAT CAWANGAN DAN BAHAGIAN.
BERSATU SAMALAH DENGAN PAN YANG AHLINYA BOLEH DIKIRA DENGAN JARI TETIBA MENGETUAI PAKATAN HARAPAN, PATUTNYA DAP DAN PKRLAH YANG MENGEPALAI PAKATAN HARAPAN.
PANDANGAN RAKYAT MENUNJUKKAN PAKATAN HARAPAN TIDAK DIYAKINI RAKYAT UNTUK MEMERINTAH SEKALIPUN RAKYAT SUDAH BOSAN DENGAN BN
-Pak Karamu-
Mahathir jadi PM ‘drama’ Harapan
(Ubah saiz teks)
PEMILIHAN Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana
menteri oleh Pakatan Harapan (Harapan) membuktikan pembangkang mengakui
pemerintahan BN sehingga kini adalah cemerlang di sebalik dakwaan
mereka, menurut penganalisis politik.
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Universiti Utara
Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, keputusan itu turut membuktikan
pihak pembangkang adalah ‘raja drama’ dan isu-isu ditimbulkan sewaktu
Dr Mahathir menjadi perdana menteri hanya direka untuk peroleh undi
rakyat.
“Kalau pada era Dr Mahathir, beribu isu mereka boleh timbulkan, dan
hari ini dia mereka angkat jadi calon perdana menteri, saya percaya
isu-isu mereka timbulkan ke atas (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun
Razak juga hanya sandiwara, dan akan hilang sekiranya Najib memihak
kepada mereka, ” katanya.
Md Shukri menyifatkan pembangkang sebagai 'neo-Zimbabwe' atau
'neo-Mugabelism' kerana menamakan bekas perdana menteri paling lama
memerintah Malaysia itu sebagai perdana menteri sekali lagi di usianya
menjangkau 90-an.
“Di Zimbabwe mereka tolak presidennya, Robert Mugabe kerana faktor usia
dan kurangnya kepekaannya terhadap perubahan semasa. Kini seolah-olah
Malaysia mahu pergi ke arah negara mereka pula. Takkan mereka tak ada
calon lebih muda untuk ditampilkan sebagai perdana menteri?,” soalnya.
Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa Majlis
Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata,
pembangkang berdepan situasi bahaya apabila memutuskan Dr Mahathir
sebagai calon perdana menteri mereka.
“Pakatan sepatutnya sedar tujuan Dr Mahathir bergabung dengan
pembangkang… sekarang dia setuju Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail sebagai calon timbalan perdana menteri.
“Tapi itu cerita dan janji sekarang… dia belum jadi perdana menteri
lagi dia setujulah dengan semua syarat. Sebaik sahaja Dr Mahathir
berkuasa nanti Pakatan itu sendiri yang mula-mula dihancurkan,” katanya.
Abdul Halim berkata, perjanjian menaikkan Ketua Umum Pakatan Harapan,
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang jalani hukuman penjara sebagai
calon perdana menteri ke-8 juga merupakan bayangan yang samar dan sukar
direalisasikan.
“Perlu ingat… sebaik sahaja Dr Mahathir memerintah negara dia boleh
lantik sesiapa sahaja yang dia mahu, tiada siapa mampu menghalangnya.
Selama 22 tahun dia jadi perdana menteri, dia memang penuh dengan helah
licik,” katanya.
Katanya, keadaan Pakatan Harapan ketika ini adalah goyah dan
kucar-kacir walaupun mereka kelihatan ‘sepakat’ tetapi hakikatnya mereka
hanya terpaksa duduk bersama-sama.
“Kesepakatan mereka tunjukkan ketika ini hanyalah syarat… mereka
mesyuarat ini pun bukan bukti mereka bersatu tetapi untuk penuhi syarat
RoS, kalau tidak masing-masing dalam pakatan itu tidak boleh
bertanding,” katanya.
Sementara itu, jurucakap publisiti MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker
menyifatkan pengumuman itu sebagai pengkhianatan nyata DAP terhadap
anggota dan penyokongnya.
Katanya, DAP mungkin sengaja memilih melupakan prinsip dan janji dibuat
kepada rakyat khususnya komuniti Cina akibat ketamakan mereka untuk
berkuasa dan menguasai Putrajaya, tetapi mereka tidak sepatutnya
melayani penyokong dan mereka yang bersimpati dengannya seperti ‘mayat
hidup politik”.
Lian Ker berkata, pemimpin DAP sebelum ini mendakwa, Dr Mahathir telah
mengkhianati dan memperdayakan masyarakat Cina dengan menyetujui
tuntutan SUQIU (Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Persatuan-Persatuan
Cina Malaysia) bagi Keharmonian Nasional sebelum pilihan raya umum 1999
dan selepas beliau menang, beliau berpaling tadah dan mengecap mereka
yang mendesak dan menyokong SUQIU sebagai komunis, ekstremis dan tidak
tahu berterima kasih.
Senada dengan pandangan Lian Ker, Ketua Pemuda MIC, Datuk Sivaraajh
Chandran berpendapat kembalinya Dr Mahathir sebagai perdana menteri
pastinya merupakan berita buruk buat kaum India kerana mereka yang
paling terjejas oleh dasar-dasar berasaskan kaum yang diamalkan Dr
Mahathir semasa menjadi perdana menteri.
Sivaraajh berkata, kaum India perlu ingat bahawa dasar-dasar ditetapkan
oleh Dr Mahathir semasa mentadbir negara selama 22 tahun telah secara
beransur-ansur menghakis hak kaum India dalam perkongsian ekonomi negara
ini.
“Beliau berjanji lakukan lebih baik kali ini, tetapi jika beliau gagal
menjamin bantuan dan peruntukan sampai kepada kaum India sedangkan
ketika itu parti kaum India sebahagian komponen BN diterajuinya,
bagaimana beliau dapat melakukannya apabila menerajui barisan Harapan
yang tidak mempunyai satu parti pun mewakili kepentingan kaum India,”
tegasnya. - Bernama
7 orang berkata:
Siapa dia shukri shuib ni,diani hebst sangat ke?tlg bagi tau kat saya mana mana tempat kat utara nu yg saya bolih mai jumpa .saya nak bagi kenal kat hang Dr.M ,cakap tang mana ,bila bila masa, o.k ?
daripada ada pm kaki rembat duit rakyat
Aku ingat sapa yg cakap tu. Rupanya kangkong. Kangkong ni yg tergagap2 kena belasah sirafizi masa forum satu masa dulu tu kan?
Sukri uum ker? Kipas kuat ni
Betul tu.. pm dan calon pm sekaligus..
Rafizi belasah dgn apa? Dengan buku 90 mukasurat? Dah mintak maaf belum kpd TSKI si rapiji ni?
Dapat pemimpin anti Hudud..
Post a Comment