Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PEMBANGKANG MALAYSIA PILIH PIEM NYANYUK ?

MAHADHIR MUNGABE MALAYSIA ?

 SETELAH RAMAI YANG TAHU SIAPA MAHDIR MAKA DIANTARA PIMPINAN PAKATAN HARAPAN AKAN TENTUKAN MAHADHIR KALAH DALAM PRI 14 NANTI.

MEREKA SEBENARNYA FAHAM YANG MAHADHIR AKAN CALONKAN ANAKNYA MENJADI PIEM MALAYSIA.

YANG PALING ANEH PADA PANDANGAN RAKYAT IALAH APABILA PARTI BERSATU YANG BARU SAHAJA DIDAFTARKAN 

TETIBA 

 MENJADI PARTI MENGEPALAI PAKATAN HARAPAN DENGAN MENGUTARAKAN PIMPINAN DAN JUMLAH KERUSI YANG BANYAK DALAM PRU 14 NANTI.

BERSATU MEMANG TAK DE RAMAI AHLI SEBAB ITU MEREKA DIKATAKAN GAGAL BUAT MESYUARAT CAWANGAN DAN BAHAGIAN.

BERSATU SAMALAH DENGAN PAN YANG AHLINYA BOLEH DIKIRA DENGAN JARI TETIBA MENGETUAI PAKATAN HARAPAN, PATUTNYA DAP DAN PKRLAH YANG MENGEPALAI PAKATAN HARAPAN.

PANDANGAN RAKYAT MENUNJUKKAN PAKATAN HARAPAN TIDAK DIYAKINI RAKYAT UNTUK MEMERINTAH SEKALIPUN RAKYAT SUDAH BOSAN DENGAN BN

-Pak Karamu-

Mahathir jadi PM ‘drama’ Harapan

AddThis Sharing Buttons

Mahathir
Mahathir . - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
(Ubah saiz teks) 
 
PEMILIHAN Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri oleh Pakatan Harapan (Harapan) membuktikan pembangkang mengakui pemerintahan BN sehingga kini  adalah cemerlang di sebalik  dakwaan mereka, menurut penganalisis politik.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, keputusan itu turut membuktikan pihak pembangkang adalah ‘raja drama’ dan isu-isu ditimbulkan sewaktu Dr Mahathir menjadi perdana menteri hanya direka untuk peroleh undi rakyat.

“Kalau pada era Dr Mahathir, beribu isu mereka boleh timbulkan, dan hari ini dia mereka angkat jadi calon perdana menteri, saya percaya isu-isu mereka timbulkan ke atas (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak juga hanya sandiwara, dan akan hilang sekiranya Najib memihak kepada mereka, ” katanya.

Md Shukri menyifatkan pembangkang sebagai 'neo-Zimbabwe' atau 'neo-Mugabelism' kerana menamakan bekas perdana menteri paling lama memerintah Malaysia itu sebagai perdana menteri sekali lagi di usianya menjangkau 90-an.

“Di Zimbabwe mereka tolak presidennya, Robert Mugabe kerana faktor usia dan kurangnya kepekaannya  terhadap perubahan semasa. Kini seolah-olah Malaysia mahu pergi ke arah negara mereka pula. Takkan mereka tak ada calon lebih muda untuk ditampilkan sebagai perdana menteri?,” soalnya.

Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata, pembangkang berdepan situasi bahaya apabila memutuskan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri mereka.

“Pakatan sepatutnya sedar tujuan Dr Mahathir bergabung dengan pembangkang… sekarang dia setuju Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon timbalan perdana menteri.

“Tapi itu cerita dan janji sekarang… dia belum jadi perdana menteri lagi dia setujulah dengan semua syarat. Sebaik sahaja Dr Mahathir berkuasa nanti Pakatan itu sendiri yang mula-mula dihancurkan,” katanya.

Abdul Halim berkata, perjanjian menaikkan Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang jalani hukuman penjara sebagai calon perdana menteri ke-8 juga merupakan bayangan yang samar dan sukar direalisasikan.

“Perlu  ingat… sebaik sahaja Dr Mahathir memerintah negara dia boleh lantik sesiapa sahaja yang dia mahu, tiada siapa mampu menghalangnya. Selama 22 tahun dia jadi perdana menteri, dia memang penuh dengan helah licik,” katanya.

Katanya, keadaan Pakatan Harapan ketika ini adalah goyah dan kucar-kacir walaupun mereka kelihatan ‘sepakat’ tetapi hakikatnya mereka hanya terpaksa duduk bersama-sama.

“Kesepakatan mereka tunjukkan ketika ini hanyalah syarat… mereka mesyuarat ini pun bukan bukti mereka bersatu tetapi untuk penuhi syarat RoS, kalau tidak masing-masing dalam pakatan itu tidak boleh bertanding,” katanya.

Sementara itu, jurucakap publisiti MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker menyifatkan pengumuman itu sebagai pengkhianatan nyata DAP terhadap anggota dan penyokongnya.

Katanya, DAP mungkin sengaja memilih melupakan prinsip dan janji dibuat kepada rakyat khususnya komuniti Cina akibat  ketamakan mereka untuk berkuasa dan menguasai Putrajaya, tetapi mereka tidak sepatutnya melayani penyokong dan mereka yang bersimpati dengannya seperti ‘mayat hidup politik”.

Lian Ker berkata, pemimpin DAP sebelum ini mendakwa, Dr Mahathir telah mengkhianati dan memperdayakan masyarakat Cina dengan menyetujui tuntutan SUQIU (Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya  Persatuan-Persatuan  Cina Malaysia) bagi Keharmonian Nasional sebelum pilihan raya umum 1999 dan selepas beliau menang, beliau berpaling tadah dan mengecap mereka yang mendesak dan menyokong SUQIU sebagai komunis, ekstremis dan tidak tahu berterima kasih.

Senada dengan pandangan Lian Ker, Ketua Pemuda MIC, Datuk Sivaraajh Chandran berpendapat kembalinya  Dr Mahathir sebagai perdana menteri pastinya merupakan berita buruk buat kaum India kerana mereka yang paling terjejas oleh dasar-dasar berasaskan kaum yang diamalkan Dr Mahathir semasa menjadi perdana menteri.

Sivaraajh berkata, kaum India perlu ingat bahawa dasar-dasar ditetapkan oleh Dr Mahathir semasa mentadbir negara selama 22 tahun telah secara beransur-ansur menghakis hak kaum India dalam perkongsian ekonomi negara ini.

“Beliau  berjanji lakukan lebih baik kali ini, tetapi jika beliau gagal menjamin bantuan dan peruntukan sampai kepada kaum India sedangkan ketika itu parti kaum India sebahagian komponen BN diterajuinya, bagaimana beliau dapat melakukannya apabila menerajui barisan Harapan yang tidak mempunyai satu parti pun mewakili kepentingan kaum India,” tegasnya. - Bernama

7 orang berkata:

Anonymous said...

Siapa dia shukri shuib ni,diani hebst sangat ke?tlg bagi tau kat saya mana mana tempat kat utara nu yg saya bolih mai jumpa .saya nak bagi kenal kat hang Dr.M ,cakap tang mana ,bila bila masa, o.k ?

Hidup UMNO said...

daripada ada pm kaki rembat duit rakyat

Anonymous said...

Aku ingat sapa yg cakap tu. Rupanya kangkong. Kangkong ni yg tergagap2 kena belasah sirafizi masa forum satu masa dulu tu kan?

Anonymous said...

Sukri uum ker? Kipas kuat ni

IrWrWs said...

Betul tu.. pm dan calon pm sekaligus..

IrWrWs said...

Rafizi belasah dgn apa? Dengan buku 90 mukasurat? Dah mintak maaf belum kpd TSKI si rapiji ni?

Anonymous said...

Dapat pemimpin anti Hudud..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.