Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAHADHIR PERLU TINGGAL 2 PENGGAL


RAKYAT SUKA ATAU TIDAK , MAHADHIR PERLU JADI PM DUA PENGGAL.

HARAP SUPAYA BILA DIA TINGGALKAN KERAJAAN BIARLAH DALAM KEADAAN BERSIH.

JIKA TIDAK ?

SIA-SIALAH MAHADHIR MEMBUANG MASA,TEGNAGA YANG DICURAHKANNYA DALAM USIA YANG SENJA.

DIHARAPKAN JUGA PADA PM YANG KESEMBILAN BIARLAH PM TAJAAN MAHADIR YANG KEKAL BERSIH.

PILIHANNYA MUNGKIN AZMIN ALI ATAU MUHIDDIN YASSIN.

-Pak Karamu- 

 

'Suka atau tidak, saya perlu percaya Anwar'

Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Sebelum PRU ke-14, dua individu ini melakukan sesuatu yang sukar dibayangkan - berdamai dan membentuk kerjasama.

Mengikut perancangan, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyerahkan kepimpinan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa dua tahun menjadi perdana menteri.

Tempoh masa itu bagaimanapun sering berubah-ubah sejak itu.

Anwar, 70, berulangkali menyebut beliau tidak tergesa-gesa. Kali terakhir beliau dikatakan tidak sabar untuk menggantikan Mahathir, bekas timbalan perdana menteri itu berakhir di penjara, dengan mata lebam.

Timbul juga spekulasi bahawa masa depan Anwar sebagai perdana menteri masih tidak menentu dan ada kumpulan dalam lingkaran Mahathir yang tidak mempercayainya.

Dan Mahathir sendiri nampaknya ada masalah kepercayaan terhadap bekas musuhnya yang kini kembali menjadi bakal penggantinya.

"Dalam wawancara bersama CNN, pemimpin berusia 93 tahun itu berkata: "Saya perlu percayakannya - sama ada saya suka atau tidak. saya tidak boleh berada di sini pada setiap masa."

Ditanya berhubung tempoh masa untuk Anwar menggantikannya, beliau menjawab: "Jika syarat untuk kami (beliau dan Anwar) berkerja bersama adalah saya menjadi perdana menteri untuk dua atau tiga tahun, bagi saya itu tidak penting."

"Saya akan patuh kepada kehendak rakyat," katanya lagi.

Namun Mahathir juga berkata jika rakyat mahu beliau berkhidmat lebih daripada tempoh yang dipersetujui Pakatan Harapan, beliau akan berbuat demikian.

Sementara itu, pengerusi HARAPAN itu mendakwa beliau mewarisi kerajaan yang penuh dengan rasuah dan pegawai yang tidak boleh dipercayai.

"Kita sudah lihat kerosakan dari luar, tetapi tidak pernah menjangka ia begitu teruk. Kebanyakan peringkat tertinggi dalam kerajaan korup," katanya.

Mahathir juga berkata beliau perlu berkerja dengan mereka yang disyakinya.

"Ia kerja sukar, jika anda tidak berkerja dengan orang yang anda percaya, anda tidak tahu tahu sama ada apa yang anda mahu mereka lakukan akan terlaksana atau tidak," katanya lagi.

6 orang berkata:

Anonymous said...

hadi perlu kekal sebagai presiden pas. suka atau tidak, hadi perlu kekal jadi presiden supaya pas terus mundur dan terus jadi pembangkang sampai kiamat. amiin.

Anonymous said...

Xde masalah. Yang nak amik tau pasal pm apa hal?
Hang patut pikir nak undi umno atau tak?
Kenapa pas diketepikan di sg kandis dan balakong? Siapa umno tu!
Respect lah skit kat pas.

Unknown said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [9148] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI? bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI DARSA,,di no (((085-333-222-717)))
insya allah anda bisa seperti saya?menang NOMOR 654 JUTA ,

PESUGIHAN DANA GAIB

PESUGIHAN UANG BALIK

DAN PESUGIHAN TUYUL

Anonymous said...

Pak karamu. Kau harus memikirkan perkara yang lebih penting iaitu sama ada mahu mengundi umno atau tidak turun mengundi. Hal PM biarlah PM yang selesaikan dan ia tidak berkaitan langsung dengan hadi awang atau nik amar.

Anonymous said...

Pakaramu umur berapa ye? Dah tua nak mampoos, kubor panggil mari, rumah halau pergi pun masih nak jadi batu api.

Anonymous said...

DSAI kena patuk ular dua kali dari lubang yang sama.. lubang katalala..

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.