Zaharudin: Kalau ada cuba simpan bawah karpet, saya lawan
Menantu presiden PAS, Zaharudin Muhammad menyambut baik langkah parti
itu yang mengarahkan agar ahli parti tidak membincangkan isu dalaman
parti secara terbuka.
Bagaimanapun, Zaharudin yang mendedahkan
berhubung kewujudan "kartel dedak" dalam PAS menegaskan bahawa dia akan
melawan sekiranya ada usaha pihak tertentu untuk menyembunyikan isu
berbangkit tanpa sebarang tindakan.
"Alhamdulillah...Paling kurang kes ini dapat bawa ke jawatankuasa tatatertib dan disiplin.
"Semoga
dapat diselesaikan secara tertutup. Tetapi jika ada usaha untuk simpan
bawah karpet, Insya-Allah saya akan lawan," tulisnya di Facebook, petang
tadi sambil memuat naik salinan arahan dikeluar parti itu.
PAS
hari ini mengeluarkan perintah larangan terhadap semua ahlinya daripada
membawa, membincang dan membahasakan sebarang isu membabitkan urusan
parti di media mahupun media sosial.
Setiausaha Agung PAS,
Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan mengingatkan ahli partinya agar
menyampaikan sebarang pandangan, pendapat, cadangan mahupun kritikan
melalui saluran parti pelbagai peringkat.
Takiyuddin berkata perintah larangan itu berkuat kuasa serta merta.
Sebelum
ini, Zaharudin membangkitkan isu "kartel dedak", yang dipercayai
merujuk kepada kumpulan dalam PAS yang didakwa menerima wang daripada
pihak tertentu.
Tanpa menyebutkan nama sebenar, Zaharudin turut mendedahkan lima ahli dalam kumpulan berkenaan.
Zaharudin mendakwa pendedahannya berhubung isu dedak mendapat restu Abdul Hadi Awang.
Bagaimanapun Abdul Hadi ketika ditemui media semalam, menafikan dakwaan menantunya itu.
9 orang berkata:
Kih3. Bangkai gajah boleh sembunyi ker bro?
Boleh....boh dlm peti ais.
bangkai gajah boleh simpan dalam jubah. alaa.. ulamak sekarang ramai yg gendut dan perut boyot. org tak perasan pun bawah jubah tu bangkai gajah atau perut boyot. porsche cayman pun boleh simpan dalam jubah jugak. kalau tak cukup, dlm serban dan bawah sejadah pun boleh simpan.
Encik Ularmak Gendut Perut Boyot mmng jenis kuat mkn dn kuat menipu.
Ini dah akhir zaman, Encik2 dn Cik2 Bangkai Gajah tak lgi boleh bersembunyi melainkan berkubur itu pun kalau Encik Kubur mau mengubur, kalau tak baunya ttp terhidu dn jasadnya ttp kelihatan. Ngeh ngeh ngeh
syukur alhamdulillah masih ada yg bermaruah dlm pas mcm din ayam. kalau ramai pemimpin mcm ni insyaallah pru15 pas akan bangkit semula selepas kalah teruk dlm pru14 haritu. ni pemimpin harapan masa depan pas. bukanmcm nik beduh. anak derhaka, kaki sakau dedak, kaki bohong, lepas tu heret arwah bapak dia sekali kononnya kuat makan dedak.
Bangkai nak sembunyikan bau bangkai.
Pak karamu, janganlah kau menghina din ayam. Kau tak tahukah dia tu sapa? Mertuanya adalah seorang presiden tau!!!
TAK SALAH PAKAI PORCHE SEKELIAN
BUKAN RUGI MINTA DI BAILOUT LAGI
BUKAN ANAKCUCU KRONI DIUTAMAKAN
ASAL JANGAN JADI KEPALA PEROMPAK INI
ALAHAIIII...!!
KIKIKIKI....
Post a Comment