Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MEMANG P.HALAPAN AKAN KALAH PRU 15

SEPATUTNYA TIADA MELAYU,CINA, IBAN, KADAZAN HINDU/MAMAK, YANG ADA HANYA MALAYSIAN IN MALAYSIA !

BARULAH TIADA HAPRAK.

-Pak Karamu-

Dr M: PH perlu nyatakan pendirian isu kaum bagi kalahkan Umno-PAS

Annabelle Lee  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Kerajaan PH perlu menyatakan pendirian tentang debat melibatkan kaum atau berdepan kemungkinan kalah dalam pilihan raya kepada Umno dan PAS yang menggunakan isu berkenaan, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Dalam sidang medianya hari ini, Dr Mahathir turut mempertahankan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

"Saya tak nampak apa-apa masalah dengan Maszlee, dia suruh tukar kasut warna hitam sahaja.

"Yang lain semua okay. Yelah, pasal dia cakap sedikit berkenaan kaum, bukan bermakna dia rasis.

"Dalam parti kita, banyak orang cakap pasal kaum juga, orang yang dari keturunan India dia cakap selalu berkenaan kaum India, orang yang dari parti DAP yang Cina cakap pasal Cina, yang Melayu cakap pasal Melayu, yang Iban cakap pasal Iban, yang Kadazan cakap pasal Kadazan.

"Tapi mereka semua rakyat Malaysia, anda tidak boleh mempersoalkan kerakyatan mereka. Isu kaum lain," kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengulas gesaan menyingkirkan Maszlee susulan kenyataannya berhubung kuota matrikulasi.

Pengerusi PH itu juga menegaskan bahawa PH perlu bersaing dengan Umno dan PAS dalam menarik sokongan orang Melayu.

"Anda perlu memenangi sokongan bumiputera.

"Terutamanya ketika ini Umno dan PAS bergabung dan menggunakan isu kaum dan agama untuk mendapatkan sokongan.

"Jika kita tidak menjelaskan pendirian kita tentang kaum, kita akan kalah dalam pilihan raya," katanya.

5 orang berkata:

Anonymous said...

pas boleh terus berangan bak tadbir negara, hadi boleh terus berangan nak jadi pm. kikiki

Anonymous said...

tajuk posting pak karam ni sebijik mcm sebelum pru 14 haritu. last2 pas tersungkur teruk. bertanding parlimen 158 tapi menang belas2 jer. kingmaker konon kahkahkah tapi ok la jugak.. dapat dedak byk, perut pun dah boyot. ok la tuu merasa la jugak daki dunia sebelum ajal jemput.

Anonymous said...

yang mana sempat baham dedak tu ok la. tapi kesian kat tar senik.. kantoi tak sempat baham fikah.

Anonymous said...

PESAN TOK GURU KAN MUDAH AMBIL SAJA
BERI DUIT BARANG PAKAIAN SAPU HANGUS
BERI UNDI NANTI JANGAN SESEKALI YAA
LAYAN PENIPU DENGAN MENIPU KAN BAGUS



muahhh aaa muahiii hihi..
layan penipu kena jadi penipu juga



miajalipahJR

Anonymous said...

Encik Daki kena jumpa Encik Clorox, baru bertemu buku ngan ruas sebab Encik Ajal benci nak jemput Encik Daki sebab kotor dn busuk sngt.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.