Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TU BELUM LAGI BMF, FOREX HELICOPTER DLL

PATUT YANG LEBIH LAMA KASI SIANG DULU HMMMM, KENAPA AGAKNYA ? 

Isu 1MDB: Pemuda PAS tuntut PH mohon maaf

   
MUKTAMAR PAS | Pemuda PAS menggesa mana-mana individu - termasuk dalam kalangan menteri kerajaan persekutuan - memohon maaf secara terbuka kepada parti itu kerana "memfitnah" parti itu menerima dana daripada 1MDB.

-Pak Karamu-

Siapa dalam senarai saman pelucutan hak SPRM?

Malaysiakini  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
PANDUANKINI | Latheefa Koya mengambil langkah pertamanya sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam dengan mengumumkan bahawa suruhanjaya itu sedang berusaha mendapatkan semula RM270 juta aset yang berkaitan 1MDB.

Daripada 41 pihak yang didakwa telah menerima dana daripada akaun peribadi bekas perdana menteri Najib Razak, 15 adalah entiti politik.

Daripada senarai yang dikeluarkan SPRM itu, lapan bahagian Umno (termasuk dari wilayah persekutuan) didakwa terlibat iaitu dari negeri Selangor, Kedah, Johor, Sabah, Perak, Kelantan, Pahang dan Pekan (Pahang).

Latheefa berkata sebahagian besar daripada wang itu - iaitu RM212 juta (78.5 peratus) - akan dituntut daripada Umno.

Selain itu, turut didakwa menerima dana tersebut adalah BN Johor Bahru, Wanita MCA, MCA Pahang, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokrasi Liberal Sabah (LDP).

Umno berikrar untuk berdepan saman pelucutan hak itu di mahkamah.

Manakala MCA menjelaskan bahawa mereka tidak menyedari sumber dana yang diterima pada tahun 2013.

Dalam PANDUANKINI ini, Malaysiakini melihat lebih dekat beberapa individu, yayasan dan syarikat yang disebut dalam pelucutan hak sivil SPRM.

Senarai ini dibekalkan oleh SPRM dalam sidang media semalam.

Ibrahim Awang Ismail
Laporan berita sebelumnya telah menamakannya sebagai pengerusi biro pendidikan Umno Pekan. Dari tahun 2008 hingga 2013, dia adalah wakil rakyat Peramu Jaya, sebuah kawasan di bawah kerusi Parlimen Pekan.

Kasitah Gaddam
Seorang ahli politik Umno Sabah yang menjadi menteri pembangunan tanah dan koperasi dari tahun 1999 hingga 2004.

Ismail Abd Muttalib
Ahli Parlimen Maran selama empat tahun. Dia adalah timbalan menteri sumber manusia dari tahun 2013 hingga tahun lepas apabila BN kehilangan kuasa pada pilihan raya umum ke-14.

Hasan Malek
Bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah dan pernah menjadi menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan dari 2013 hingga 2015.

Sim Sai Hoon
Juga dikenali sebagai Rita Sim, dia adalah pengarah firma penyelidikan Centre for Strategic Engagement Sdn Bhd. Beliau pernah menjadi pengarah eksekutif Sin Chew Media Corp Bhd.

Seorang saksi dalam perbicaraan SRC International Najib yang kini sedang berjalan. Sebelum ini dia memberi keterangan bahawa dia menerima RM300,000 daripada bekas perdana menteri itu untuk menjalankan analisis harian akhbar Cina dari Disember 2014 hingga Januari 2015.

Abdul Manan Ismail
Pernah menjadi ahli parlimen Umno Paya Besar selama dua tahun, meninggal dunia pada Februari 2018. Allahyarham juga pernah menjadi ketua bahagian Umno Paya Besar.

Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia
Sebuah organisasi belia yang ditubuhkan pada tahun 2011 untuk menyokong kempen 1Malaysia yang diasaskan Najib.

Yayasan PBAKM
PBAKM bermaksud Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia, sebuah organisasi untuk bekas pekerja Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).

Yayasan itu bertujuan menjaga kebajikan bekas pegawai Kemas dan keluarga mereka.
Binsabi Sdn Bhd
Sebuah syarikat penganjur acara yang ditubuhkan pada tahun 2010 oleh Sabiamad Abdul Ahad.

Menurut laman webnya, senarai bekas kliennya termasuk Pejabat Perdana Menteri, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pelancongan Malaysia, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Umno.

Rayhar Travels Sdn Bhd
Sebuah agensi pelancongan yang menumpukan kepada ibadah umrah dan haji, mereka juga menawarkan pakej percutian halal ke tempat lain.

Syarikat itu memaklumkan bahawa pihaknya menerima bayaran tersebut dari seorang individu yang menaja rakyat kawasan Pekan bagi mengerjakan umrah pada tahun 2013.

K & Z Enterprise Sdn Bhd
Pengilang pakaian yang berpusat di Johor. Menurut laman webnya, mereka mempunyai kilang di Kemboja dan eksport ke UK, Amerika Syarikat (AS) dan Australia.

IPG Mediabrands Sdn Bhd
Sebuah agensi pemasaran antarabangsa, pejabatnya di Petaling Jaya, Selangor.

Media Edge CIA (M) Sdn Bhd
Syraikat media antarabangsa di bawah kumpulan syarikat GroupM, pejabat mereka di Damansara, Kuala Lumpur.

Hattatex Trading
Kedai tekstil terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman di Kuala Lumpur.
Jakel Trading & Jakel Trading Sdn Bhd
Pemborong dan pengedar tekstil yang terkenal. Menurut laman webnya, antara lain mereka menyediakan "pakaian untuk pekerja sektor kerajaan". 
 Selain itu Jakel mempunyai kepentingan perniagaan dalam pembangunan hartanah dan pusat membeli-belah.

Perano Sdn Bhd
Anak syarikat Jakel Trading Sdn Bhd yang memiliki kedai Galeri tudung dan selendang, jenama Hajra .

AGA Touch (M) Sdn Bhd
Berpusat di Kota Kemuning, Selangor, mereka memperkenalkan diri sebagai "platform penyelesaian pelbagai perniagaan" berkaitan data besar (big data).

Menurut laman webnya, beberapa pelanggan yang pernah menggunakan khidmat mereka termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan agensi kerajaan seperti Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC).

Habib Jewels Sdn Bhd
Syarikat menjual emas terkenal tempatan yang beribu pejabat di Ampang, Selangor.
Habib berkata semua transaksi syarikat mereka dilakukan dengan telus dan mempunyai rekod.

Naza Quest Auto Sdn Bhd
Naza Group merupakan pengedar General Motors dari AS yang merupakan pengeluar kereta jenama Chevrolet. Syarikat itu melepaskan hak pengedaran Nov lalu.

Naza Group berkata pihaknya sudah menerima notis yang memaklumkan SPRM memfailkan permohonan melucutkan wang bernilai RM269,662 daripada Naza Quest Sdn Bhd berhubung dengan pembelian empat kereta Chevrolet.

Bustari Yusof
Beliau digambarkan sebagai "orang kanan" Najib, ahli perniagaan Sarawak yang mempunyai kepentingan dalam pelbagai sektor termasuk ladang, penjagaan kesihatan, pembinaan serta minyak dan gas. 

Dia adalah pemegang saham utama dalam kumpulan minyak dan gas Petra Energy Bhd.
Dia juga merupakan saudara kepada bekas menteri kerja raya BN Fadillah Yusof.
Yayasan Penyelidikan Transformasi (Fort)
Yayasan yang ditujukan untuk menyelidik "transformasi", diketuai oleh penasihatdan pembantu khas Najib, Khairil Annas Jusoh.

Pada 2016, Najib telah merasmikan buku 467 muka surat oleh Fort yang meraikan 40 tahun bekas perdana menteri itu dalam politik.
Yayasan Rahah
Dinamakan sempena nama ibu Najib, Rahah Mohammad Noah, program tersebut berasaskan kebajikan dan pendidikan untuk kanak-kanak dan Orang Asli.

Yayasan ini juga dikatakan menawarkan biasiswa kepada universiti tempatan.

5 orang berkata:

Anonymous said...

takpa kita tunggu tipah koya siasat kartel dedak nanti. ntah2 din ayam tu saja buat cerita sebab nak perhatian dari pak mentua dia. kurang kasih sayang dari mentua kot.

Anonymous said...

Siasatan terpilih drpd sprm. Siasatan bermotif dendam,,bukan keadilan. Siasat sama kes kerugian bnm 36 billion forex,,kes mbf 2 billion,,yg mahataik adalah bertanggunghawab. Siasat kekayaan 44 billion usd mahataik dan anak2 dia,,siasat kes pwrwaja,,kerajaan rugi berbillion2 ,,ini semua kerja mahataik...

Anonymous said...

cepat..cepat pi repot polis kes forex, perwaja, mbf bla bla bla. repot kat blog karamu apa apa? karamu bukan polis.

Anonymous said...

.. anang hirau...
.. nanti cai cai..
.. senaraikan 10 orang PAS..
.. penerima dana haram 1MDB...

Idup cai..

Anonymous said...

.. pandai lah dak tipah koya..
.. ngalih isu..
.. lupa rakyat malaysia..
.. pasal isu video tulen vs jantan tak tulen..
.. semburit dah dilupa orang...

Tahniah tipah koya...
Tepukkk tepukkk tepukkk..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.