PATUT YANG LEBIH LAMA KASI SIANG DULU HMMMM, KENAPA AGAKNYA ?
Isu 1MDB: Pemuda PAS tuntut PH mohon maaf
MUKTAMAR PAS |
Pemuda PAS menggesa mana-mana individu - termasuk dalam kalangan menteri
kerajaan persekutuan - memohon maaf secara terbuka kepada parti itu
kerana "memfitnah" parti itu menerima dana daripada 1MDB.
-Pak Karamu-
Siapa dalam senarai saman pelucutan hak SPRM?
PANDUANKINI | Latheefa Koya
mengambil langkah pertamanya sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam dengan mengumumkan bahawa suruhanjaya itu sedang berusaha mendapatkan semula RM270 juta aset yang berkaitan 1MDB.
Daripada
41 pihak yang didakwa telah menerima dana daripada akaun peribadi bekas
perdana menteri Najib Razak, 15 adalah entiti politik.
Daripada
senarai yang dikeluarkan SPRM itu, lapan bahagian Umno (termasuk dari
wilayah persekutuan) didakwa terlibat iaitu dari negeri Selangor, Kedah,
Johor, Sabah, Perak, Kelantan, Pahang dan Pekan (Pahang).
Latheefa berkata sebahagian besar daripada wang itu - iaitu RM212 juta (78.5 peratus) - akan dituntut daripada Umno.
Selain
itu, turut didakwa menerima dana tersebut adalah BN Johor Bahru, Wanita
MCA, MCA Pahang, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Parti Rakyat
Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokrasi Liberal Sabah (LDP).
Umno berikrar untuk berdepan saman pelucutan hak itu di mahkamah.
Manakala MCA menjelaskan bahawa mereka tidak menyedari sumber dana yang diterima pada tahun 2013.
Dalam PANDUANKINI ini, Malaysiakini melihat lebih dekat beberapa individu, yayasan dan syarikat yang disebut dalam pelucutan hak sivil SPRM.
Senarai ini dibekalkan oleh SPRM dalam sidang media semalam.
Ibrahim Awang Ismail
Laporan
berita sebelumnya telah menamakannya sebagai pengerusi biro pendidikan
Umno Pekan. Dari tahun 2008 hingga 2013, dia adalah wakil rakyat Peramu
Jaya, sebuah kawasan di bawah kerusi Parlimen Pekan.
Kasitah Gaddam
Seorang ahli politik Umno Sabah yang menjadi menteri pembangunan tanah dan koperasi dari tahun 1999 hingga 2004.
Ismail Abd Muttalib
Ahli
Parlimen Maran selama empat tahun. Dia adalah timbalan menteri sumber
manusia dari tahun 2013 hingga tahun lepas apabila BN kehilangan kuasa
pada pilihan raya umum ke-14.
Hasan Malek
Bekas
Ahli Parlimen Kuala Pilah dan pernah menjadi menteri perdagangan dalam
negeri, koperasi dan kepenggunaan dari 2013 hingga 2015.
Sim Sai Hoon
Juga
dikenali sebagai Rita Sim, dia adalah pengarah firma penyelidikan
Centre for Strategic Engagement Sdn Bhd. Beliau pernah menjadi pengarah
eksekutif Sin Chew Media Corp Bhd.
Seorang saksi dalam perbicaraan
SRC International Najib yang kini sedang berjalan. Sebelum ini dia
memberi keterangan bahawa dia menerima RM300,000 daripada bekas perdana
menteri itu untuk menjalankan analisis harian akhbar Cina dari Disember
2014 hingga Januari 2015.
Abdul Manan Ismail
Pernah
menjadi ahli parlimen Umno Paya Besar selama dua tahun, meninggal dunia
pada Februari 2018. Allahyarham juga pernah menjadi ketua bahagian Umno
Paya Besar.
Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia
Sebuah organisasi belia yang ditubuhkan pada tahun 2011 untuk menyokong kempen 1Malaysia yang diasaskan Najib.
Yayasan PBAKM
PBAKM
bermaksud Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia, sebuah organisasi
untuk bekas pekerja Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).
Yayasan itu bertujuan menjaga kebajikan bekas pegawai Kemas dan keluarga mereka.
Binsabi Sdn Bhd
Sebuah syarikat penganjur acara yang ditubuhkan pada tahun 2010 oleh Sabiamad Abdul Ahad.
Menurut
laman webnya, senarai bekas kliennya termasuk Pejabat Perdana Menteri,
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian Komunikasi dan
Multimedia, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pelancongan Malaysia,
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Umno.
Rayhar Travels Sdn Bhd
Sebuah
agensi pelancongan yang menumpukan kepada ibadah umrah dan haji, mereka
juga menawarkan pakej percutian halal ke tempat lain.
Syarikat
itu memaklumkan bahawa pihaknya menerima bayaran tersebut dari seorang
individu yang menaja rakyat kawasan Pekan bagi mengerjakan umrah pada
tahun 2013.
K & Z Enterprise Sdn Bhd
Pengilang
pakaian yang berpusat di Johor. Menurut laman webnya, mereka mempunyai
kilang di Kemboja dan eksport ke UK, Amerika Syarikat (AS) dan
Australia.
IPG Mediabrands Sdn Bhd
Sebuah agensi pemasaran antarabangsa, pejabatnya di Petaling Jaya, Selangor.
Media Edge CIA (M) Sdn Bhd
Syraikat media antarabangsa di bawah kumpulan syarikat GroupM, pejabat mereka di Damansara, Kuala Lumpur.
Hattatex Trading
Kedai tekstil terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman di Kuala Lumpur.
Jakel Trading & Jakel Trading Sdn Bhd
Pemborong
dan pengedar tekstil yang terkenal. Menurut laman webnya, antara lain
mereka menyediakan "pakaian untuk pekerja sektor kerajaan".
Selain itu Jakel mempunyai kepentingan perniagaan dalam pembangunan hartanah dan pusat membeli-belah.
Perano Sdn Bhd
Anak syarikat Jakel Trading Sdn Bhd yang memiliki kedai Galeri tudung dan selendang, jenama Hajra .
AGA Touch (M) Sdn Bhd
Berpusat
di Kota Kemuning, Selangor, mereka memperkenalkan diri sebagai
"platform penyelesaian pelbagai perniagaan" berkaitan data besar (big
data).
Menurut laman webnya, beberapa pelanggan yang pernah
menggunakan khidmat mereka termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna dan agensi kerajaan seperti Perbadanan
Pembangunan Multimedia (MDEC).
Habib Jewels Sdn Bhd
Syarikat menjual emas terkenal tempatan yang beribu pejabat di Ampang, Selangor.
Habib berkata semua transaksi syarikat mereka dilakukan dengan telus dan mempunyai rekod.
Naza Quest Auto Sdn Bhd
Naza
Group merupakan pengedar General Motors dari AS yang merupakan
pengeluar kereta jenama Chevrolet. Syarikat itu melepaskan hak
pengedaran Nov lalu.
Naza Group berkata pihaknya sudah menerima
notis yang memaklumkan SPRM memfailkan permohonan melucutkan wang
bernilai RM269,662 daripada Naza Quest Sdn Bhd berhubung dengan
pembelian empat kereta Chevrolet.
Bustari Yusof
Beliau
digambarkan sebagai "orang kanan" Najib, ahli perniagaan Sarawak yang
mempunyai kepentingan dalam pelbagai sektor termasuk ladang, penjagaan
kesihatan, pembinaan serta minyak dan gas.
Dia adalah pemegang saham utama dalam kumpulan minyak dan gas Petra Energy Bhd.
Dia juga merupakan saudara kepada bekas menteri kerja raya BN Fadillah Yusof.
Yayasan Penyelidikan Transformasi (Fort)
Yayasan yang ditujukan untuk menyelidik "transformasi", diketuai oleh penasihatdan pembantu khas Najib, Khairil Annas Jusoh.
Pada 2016, Najib telah merasmikan buku 467 muka surat oleh Fort yang meraikan 40 tahun bekas perdana menteri itu dalam politik.
Yayasan Rahah
Dinamakan
sempena nama ibu Najib, Rahah Mohammad Noah, program tersebut
berasaskan kebajikan dan pendidikan untuk kanak-kanak dan Orang Asli.
Yayasan ini juga dikatakan menawarkan biasiswa kepada universiti tempatan.
5 orang berkata:
takpa kita tunggu tipah koya siasat kartel dedak nanti. ntah2 din ayam tu saja buat cerita sebab nak perhatian dari pak mentua dia. kurang kasih sayang dari mentua kot.
Siasatan terpilih drpd sprm. Siasatan bermotif dendam,,bukan keadilan. Siasat sama kes kerugian bnm 36 billion forex,,kes mbf 2 billion,,yg mahataik adalah bertanggunghawab. Siasat kekayaan 44 billion usd mahataik dan anak2 dia,,siasat kes pwrwaja,,kerajaan rugi berbillion2 ,,ini semua kerja mahataik...
cepat..cepat pi repot polis kes forex, perwaja, mbf bla bla bla. repot kat blog karamu apa apa? karamu bukan polis.
.. anang hirau...
.. nanti cai cai..
.. senaraikan 10 orang PAS..
.. penerima dana haram 1MDB...
Idup cai..
.. pandai lah dak tipah koya..
.. ngalih isu..
.. lupa rakyat malaysia..
.. pasal isu video tulen vs jantan tak tulen..
.. semburit dah dilupa orang...
Tahniah tipah koya...
Tepukkk tepukkk tepukkk..
Post a Comment