Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Serangan ke atas Kelantan Tidak Berkesan

Salam

Berbagai helah dan olah yang dilakukan oleh BN/UMNO dan agensi-agensinya terhadap Kelantan dan Menteri Besarnya tidak langsung berkesan malah mendapat sokongan penuh dari rakyat berbilang kaum di negara ini malah apabila kita berjumpa kaum tionghua dari MCA dan Gerakan yang kita cuka menyingkap pandangan mereka rata-rata mengatakan " Itu olang tua ha banyak baik lia selalu bikin tokong manyak kuat sapapun ha tak boleh lawan !

Kelantan di bedal dari segenap penjuru dari TV, Radio, Blogger-blogger UMNO/BN dan di kalangan mereka yang hendak menjatuhkan Kelantan nampaknya menemui kegagalan dan nampaknya Nik Aziz dan Kelantan bertambah kuat dan simpati rakyat bertambah-tambah, dalam peristiwa kaliamah Allah dan kebakaran gereja nampaknya Nik Aziz mendapat simpati yang besar dari rakyat, hampa lagi la nampaknya BN/UMNO macam melantunnya bola, bertambah banyak Kelantan dan Nik Aziz di serang maka bertambah pula sokongan yang di perolehi

الحمد لله رب العلمين

Salam

Al Fatihah ayat 1 bermaksud "Segala pujian hanya bagi Allah yang menjadikan sekalian alam"

Pada ayat ini Allah menjelaskan bahawa segala pujian hanya bagi Allah yang menajdikan sekalian alam, ertinya Allahlah yang menjadikan sekalian makhlunNya kerana 'alam itu maksudnya setiap apa yang dijadikan oleh Tuhan baik alam yang nyata ataupun 'alam yang ghaib, apabila Allah menetapkan demikian maka tiada shak lagi Tuhan yang bernama Allah itulah Tuhan bagi sekalian makhlukNya

Apabila Allah sudah memutuskan demikian maka yang menghairankan kita ada juga diantara makhlukNya yang menafikan Allah itu Tuhan bagi orang islam saja, orang lain sebutlah dengan nama yang lain mengikut bahasa suku kaum tersebut, tidak terfikirkah kita bahawa bahasa quran itu adalah bahasa arab yang wajib di gunakan oleh semua kaum di atas muka bumi ini ? Berapa lama umat yang mengaku islam terus membodohkan diri mereka ? Sesungguhnya mereka yang mengatakan kalimah Allah itu untuk orang islam sahaja adalah golongan jahiliyah

Orang islam membaca 17 kali sehari semalam ayat al fatihah akan tetapi tidak sedikitpun apa yang mereka baca itu mereka fahami, main bedal sajalah !

Operasi Juara Rakyat Oleh UMNO

Salam

UMNO/BN telah memulakan program JUARA RAKYAT bermula di BUKIT BERUNTUNG semperna dengan nama tempat tersebut maka JUARA RAKYAT akan memperoleh BERUNTUNG yang sangat banyak untuk semua lapisan masyarakat di negara ini, semua agency kerajaan akan di naikkan gaji atau elaun, pekerja swasta akan di gesa supaya majikan masing-masing naikkan gaji atau ujudkan elaun khas dan harga barang akan turun 2% menjelang pilihanraya

Semua menteri akan masuk kampung bersama wakil rakyat, dan wakil rakyat dari sekarang (tanpa tangguh) kena lapor pada menteri apa keperluan rakyat di tempatnya, mahu anak lembu ? Kambing ? Bela Ikan ? Ternak ayam ? Pinjaman amanah ikhtiar atau tambah pinjaman ? Semuanya akan di rangcang, semua jalan berlopak akan di tar, yang tak naik taraf akan di naik taraf. hasil kampung kelapa sawit, kelapa, getah, padi dan lainnya akan naik, kemudahan asas akan di beri

Buat masa sekarang harga gula dah naik dan akan naik lagi, harga minya akan naik, tol akan nak lagi, nanti apabila hampir pilihanraya maka semua itu akan turun balik, nah sekarang UMNO/BN benar-benar menjadi JUARA RAKYAT, kes Sabah tentang akhlak menterik tuk kamudian kirak, ituk masalah pribadik yang tak ada kenak mengenak dengan partik BN, duluk Malakak boleh bikin tak kan Sabah tak boleh bikin

Pilihanraya Sarawak

Salam

Melihatkan suasana sekarang ada kawan dari Sarawak bagitahu rakyat Sarawak akan buat perubahan secara drastik pada pilihanraya kali ini, jika benar ia akan menjangkit ke Sabah pula, ini sangat menakutkan UMNO/BN

Di Taping dan Miri Sarawak ada cubaan hendak membakar gereja

UMNO Bukan Parti Perkauman ?

Salam

UMNO (United Malay Nasional Org ) ATAU Pekembar ( Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) di katakan sebuah parti bukan perkauman walaupun nama parti sahaja sudah mnunjukkan parti itu adalah sebuah parti perkauman dan dasar partipun sudah memperjelaskan lagi hala tuju parti tersebut iaitu 'SEMANGAT KEBANGSAAN" Melayu

Hanya baru-baru ini sahaja pucuk pimpinan parti memperkenalkan dasar pejuangan kebangsaan 1Malaysia terhadap negara ini akan tetapi itu bukan dasar kepada UMNO tetapi kepada negara UMNO tetap juga dengan dasar kebangsaannya kerana itu ramai orang bijak pandai dan para pensyarah mengatakan "AGINDA MELAYU TETAP AKAN DI TERUSKAN "

Pemimpin negara cakap lain orang bijak dalam UMNO cakap lain termasuklah ahli koperat, mereka ini terpaksa berkelakuan MUNAFIK sebab rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap mereka sebab itu di depan mereka cakap lain akan tetapi di belakang mereka bercakap lain dan rakyat semua sudah faham dan tahu perangai mereka dan hasilnya mereka akan di adili rakyat pada pilihanraya umum ke 13 nanti


SURAU DI LEMPAR BATU DAN NAJIS

Di samping itu dalam peristiwa bakar gereja kita belum lagi tahu angkara siapa yang memulakannya dan dari punca apa, akan tetapi apa yang kita ramalkan telahpun berlaku, yang mana sebuah surau sudah di baling dengan batu yang memecahkan cermin dan air najis di lepar masuk ke dalam kawasan surau

Sana Sini Bakar Akhirnya ?

Salam

Mula-mula bakar semangat ! lepas tu bakar gereja, lepas tu hang tunggu polis tangkap hang, lepas tu hang akan di bakar ! ketua polis negara kata jangan tunjuk perasaan ! tapi hangpa tak peduli, depa kata alah ! takkan la polis nak kacau sebab kami bukan nak kacau, tapi kami hanya nak tunjuk perasaan je dan kami bukan parti pembangkang macam hangpa

Itulah keistimewaan orang sebelah sana, ternyata betoi ! tapi si pembakar gereja tu walau apapun mesti di tangkap dan hukumnya mestilah juga di bakar, ikat dia di simpang jalan kemudian di lempar dengan moltop juga sebab dia memulakan pembakaran semangat membakar yang mungkin akan melarat pula ke masjid-masjid orang islam

Sebelum bakar dapatkan maklumat dulu ! apa sebab kamu bakar gereja ? Siapa suruh bakar gereja ? Di mana kamu dapat duit beli alat buat moltop ? Adakah kamu terlibat dengan tunjuk perasaan ? Siapa memulakan tunjuk perasaan ? Apa pasai hang ikut ? Depa tu dari kumpulan mana ? Semua tu kena tanya

Mantan Menteri Besar Perak Kemalangan ...

Salam

NIZAR KEMALANGAN JALAN RAYA

Mantan Menteri Baesar Perak terlibat dalam kemalangan jalan raya di Ipoh jam 9.30 padi tadi, beliau yang mendapat cedera ringan setelah ke empat-tayar keretanya menadah langit, beliau kini berada di Hospital Ipoh

Nik Aziz Lakukan Rasuah ?

Salam

BERITA PANAS !

DALAM BLOG ABANG TUAH SIARKAN NIK AZIZ RASUAH !

Jika benar sebagai di kata maka Pak karamu minta Nik Aziz bersihkan namanya bersama Exco yang di tuduh, walau apapun nama Nik Aziz sudah di cemar namanya dengan kerja terkutuk oleh blog ini, harapkan ianya tak benar dan para blogger di minta bertanggungjawab tentang sumber daripada mana ianya di petik

Ulasan Akhir Kalimah Allah

Salam

ORANG CERDIK DALAM AGAMA ADALAH ORANG YANG MENJAGA AKIDAH

ALLAH adalah nama Tuhan Yang Maha Esa yang pengertiannya meliputi seluruh pengertian yang terkandung dalan seluruh nama-namaNya yang mempunyai maksud segala sifat kesempurnaan bagi DiriNya, nama ALLAH adalah mengatasi segala nama-namaNya kerana ia meliputi ilmu yang merangkumi ZatNya, AsmakNya,SifatNya dan juga Af'alNya

Dialah ALLAH tiada Tuhan melainkan Dia yang wajib di sembah, di patuhi, di sanjung dan juga di puji oleh segala makhluk ciptaanNya, Dialah ALLAH yang Rabbul 'Alamin ! (Yang menjadikan sekalian makhlukNya) tiada Dia beranak dan di peranakan dan tiada sekutu bagiNya dengan yang lain dan Dialah yang menamakan DiriNya ALLAH dan Dialah yang memerintahkan sekalian makhluk ciptaanNya dengan panggilan ALLAH

Apakah maksud ZatNya AsmakNya, SifatNya dan Juga Af'alNya ? Yang ini kena belajar dengar guru yang arif dalam ilmuNya rengkasnya bolehlah Pak Karamu terangkan begini, Zat bagi diriNya ialah Diri Tuhan itu, Asmak bagi Tuhan itu ialah Nama-namaNya yang menunjukkan sifat kebesaranNya, sifat bagi Tuhan itu menunjukkan makhluk ciptaanNya dan Af'al bagi diriNya adalah tengkah lakuNya ertinya kalimah ALLAH itu merangkumi ilmu Rububiyah dan Uluhiyah yang meliputu seluruh alam

Manusia kena belajar apa itu tauhidul Zat, tauhidul Asmak, tauhidul sifat dan juga tauhidul Af'al, di sinilah nanti kita akan mengetahui mana satu kerja Tuhan dan mana satu kerja kamu yang kamu dakwa selama ini, ertinya manusia sentiasa melakukan syirik kepada ALLAH setiap hari selagi mereka tidak mengetahui ilmu tauhidul Zat,Asmak,Sifat dan juga Af'alNya, itu sebab orang tua-tua dulu suruh belajar sifat 20, namun sayang ilmu itu sudah di tanam oleh fahaman sekular dan fahaman Wahabi

Pak Karamu dari awal lagi mempertahankan kalimah ini boleh di gunakan oleh sekalian makhluk Allah bukan setakat manusia tapi segala makhluk ciptaan ALLAH walaupun ada di antara yang bergelar ulama menyanggahnya yang tidak ulama tambah lagilah ! maka selamatlah orang yang mendiamkan dirinya dulu kerana tak tahu sebagaimana yang Pak Karamu sarankan dalan posting yang lepas

Ilmu sifat 20 adalah ilmu yang merangkumi ilmu tamadun manusia yang menjurus kepada ilmu ketuhanan,kehambaan yang membawa kepada cabang ilmu sain dan teknologi yang semuanya membawa kepada akhlak kepada Tuhan dan sesama manusia, segala ilmunya merangkumi kalimah LA ILLAHA ILLALLAH MUHAMMADARRASULLULLAH dalam kontek kehidupan dan peribadatan kepada ALLAH yang maha Esa

Apabila kita memahami maksud kalimah ini maka berhaklah kita mempertahankan kalimah ALLAH ini dari di cemari oleh sesiapa juga di antara makhlukNya terutama manusia umpamanya jika ada nanti orang berkata bahawa ALLAH mempunyai anak,emak ataupun bapa maka berhaklah kita berjihad untuk mempertahankannya sekalipun nyawa sebagai gantinya inilah kerja hamba kepada ALLAH yang sebenarnya


Wahai Orang Yang Sesat ...

Salam

وماكان لموءمن ولآموءمنة أذا قضى الله ورسوله امرا أن يكون لهم الخيرة من امرهم ومن يعص الله ورسوله فقد ضل ضللا مبينا

Maksudnya: Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah dan Rasulnya telah menetapkan keputusan bagi sesuatu perkara, maka mereka pula ada pilihan yang sendiri untuk urusan mereka, dan sesiapa yang tidak ta'at kepada hukum Allah dan rasulNya, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata
( Al Ahzab 36)

الم يعلمواأنه من يحاددالله ورسوله فأن له نار جهنم خلدافيها

Maksudnya: Tidakkah mereka mengetahui bahawa sesiapa yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya maka sesungguhnya adalah baginya neraka Jhannam, serta ia kekal di dalamnya, balasan yang demikian ialah kehinaan yang besar
(At Taubah 63)

Hangpa ulama kan ! la ni hangpa jawab la atau lawan la firman Allah nih ! ALLAH mahu semua manusia panggil Dia ALLAH, kemudian kita pulak kata Daaaak ! depa tak boleh panggil ALLAH depa kena panggil God,Taw,Ratu Adil,Tuhan,Son of God, Mother of God, Father of God dan sebagainya, nampaknya kita ni lebih bijak dari ALLAH Yang Maha Esa

Kemudian Hadis qudsi pula sebut:

أني اناالله لآاله الاانا

Maksudnya: Akulah ALLAH tiada Tuhan sebenarnya melainkan Aku

Berhubung dengan kerja khianat puak-puak tu jika mereka berniat tak baik dengan menggunakan kalimah ALLAH maka masa nilah kita gunakan berbagai akta yang ada dalam negara kita, bukan menidakkan apa yang telah di tetapkan oleh Allah


Bertambah Hebat Isu ALLAH

Salam

Bertambah hebat Isu ALLAH ini sampai ada ulama keluarkan fatwa pujangga, katanya jika sokong orang keritian guna perkataan Allah boleh Syirik atau kufur, ini bererti di Malaysia ada dua majlis fatwa satu majlis fatwa kebangsaan dan satu lagi Haron Din, Pak Karamu bukan nak sanggah mereka tapi mengapa majlis fatwa membisu sehingga Haron Din keluarkan fatwa ? Apakah mereka nanti akan bertemu dengan ayat al quran yang membolehkan orang bukan islam boleh gunakan perkataan ALLAH ?

Memang orang yang beragama islam ada asas kokoh takutkan akhbar itu memutarbelitkan kalimah ALLAH untuk tujuan mensabotaj agama islam seperti Indonesia, atau memburuk-burukkan agama islam dengan penggunaan kalimah ALLAH tersebut akan tetapi jika berlaku demikian adakah umat islam sanggup berpelok tubuh saja ? Apakah mereka tak sanggup membakar segala yang mencacatkan agama islam ? Mengapa begitu rapuh iman umat islam jika hanya di pengaruhi hanya dengan kalimah ALLA yang Allah benarkan untuk mereka ?

Pak Karamu nampak para ulama sebenarnya telah gagal membimbing orang melayu islam ke jalan akidah di negara ini yang sepatutnya ini semua kerja mereka, Apakah mereka nak lepas tangan lalu mereka terpaksa akor dengan sesitiviti UMNO ? Bukankah di negara ini ada akta mesin cetak untuk bertindak ? Apakah takut dengan bayang-bayang ATAU ada motif yang lain ? Ayohhhh ! kita hapuskan mereka jika mereka cuba gunakan kalimah ALLAH untuk melemahkan atau mensabotaj agama islam

Persoalannya hujah Pak Karamu berpandukan al Quran, jika kita nak tolak ketentuan Allah lagilah boleh jadi kafir yang nyata

Orang Kuat Umno Bagitahu ....

Salam

PERKATAAN ALLAH ADALAH ISU POLITIK MEMERANGKAP ORANG PAS YANG BODOH

Setelah berbagai risikan gagal, setelah kerajaan perpaduan gagal, namun UMNO tak putus asa nak bagi boleh bagaimana nak cangkok PAS bersatu dalam UMNO atau bersatu dalam BN ini kerana UMNO tak mahu PAS bersama-sama dengan DAP dan KEADILAN, UMNO lihat dengan kemasukan PAS dalam UMNO atau BN maka BN atau UMNO jadi kuat dan sihat dan setakat ini nampaknya PAS masih waras kerana Nik Aziz suruh UMNO keluar BN dan masuk PAS pula

UMNO sentiasa cari jalan bagaimana nak satukan melayu atau nak satukan islam tapi tak jumpa sehinggalah kes mahkamah bagi laluan dengan majalah kristian gunakan perkataan ALLAH, nah ! di sinilah peluang UMNO nak bakar semangat melayu dan islam supaya bersatu tapi bagi Pak Karamu isu ALLAH ni tersangat kecil kerana jika kita perlu bersatu dengan isu kecl maka bersatu itu tak penting kerana ianya bukan sebab agama tapi sebab politik saja

Dalam PAS memang ada pemimpin yang telah terperangkap dengan semangat yang di tiupkan oleh orang UMNO tapi mereka ini di anggap orang yang tidak penting sekalipun mereka ini ada jawatan tinggi dalam parti kerana kenyataan mereka bercanggah dengan kehendak Allah dalam quran dan mereka ini eloklah keluar saja dari PAS dan masuk UMNO sekurang-kurangnya mereka ini dapat di jadikan oleh UMNO ulama mereka yang masih kosong

Orang UMNO sentiasa mencari sebab untuk menyatukan orang melayu atau orang islam bagi mengokohkan parti mereka yang di ibaratkan bagaikan kayu yang telah di makan anai-anai yang menunggu rebah ke bumi

Orang UMNO marah Orang PAS Tak Marah

Salam

HANGAT TERKINI DI MALAYSIA

SURUH MENGAJI TAK MAHU LEPAS TU BERLAGAK MACAM ORANG PANDAI HU HU HU

Orang UMNO marah orang kristian guna perkataan ALLAH orang PAS Tak Marah sebab orang PAS takut kepada ALLAH yang menyatakan bahawa orang Yahudi menyatakan 'Uzair Ibnullah dan Al Masikh ibnullah ertinya dua agama ini iaitu Yahudi dan Nasrani telah mengenal Tuhan mereka ialah ALLAH, ini zaman nabi Muhammad belum lagi ada dan kitapun belum lagi ada

Tetiba orang melayu dan cengkadak-cengkadak UMNO nak marah pula orang beragama kristian menggunakan perkataan ALLAH boleh kah ? Atau cakap orang sekarang relavankah ? ai ! Tuhan dah kata lagu tu kita pula nak tahan apa kita lebih pandai dari Tuhan ? hangpa baca la At Taubah ayat 30 tu sebab tu saya slalu kata rajin-rajin la berwirid dengan quran, jangan islam mahu tapi quran tak mahu

Di mana silapnya hangpa nih ! Tuhan sendiri hangpa nak tempelak kedua undang-undang negara yang di kendalikan oleh hakim yang hangpa pilih sendiri hangpa nak langgar, di mana kedaulatan undang-undang kalau keputusan mahkamahpun hangpa nak lawan, tu pasai la orang suruh balik pada islam hangpa tak mau, tetiba macam la hangpa ni pejuang islam hu hu hu

Persoalannya apa ? Bagi Pak Karamu persoalannya ialah orang melayu takut orang kristian berdakwah mempengaruhi orang melayu masuk kristian kan begitu ? sebenarnya itulah yang di takuti oleh orang melayu, jika demikian mengapa kerajaan yang ada tidak asuh ilmu akidah pada orang melayu, salah siapa ? tanggungjawab siapa ? Jawapannya salah pemerintah yang hangpa pilih kerana tak peka dengan ilmu akidah dan la ni ilmu akidah sudah di kuburkan, tu yang tak kenai diri dan Tuhan

Orang kristian nampak mereka memang boleh pengaruhi orang melayu, tapi orang islam mungkin sukar sikit, sebab orang kristian banyak wang untuk membeli orang melayu macam yang terjadi di Indonesia dan macam di negara ini juga ada wang semua boleh jadi, nak memerintah lamapun ok tak ada masalah, persoalannya banyak wang hu hu hu ! boleh beli orang macam zaman firaun

ATAU kita buangkan sajalah ayat al quran yang Allah menyatakan orang Yahudi dan Nasrani mmaggil Dia ALLAH, oleh itu orang melayu lawanlah firman tu dulu lepas tu kita lawan keputusan mahkamah pulakkkkkk ! namun pada orang islam hangpa dok diam dulu no !


free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.