Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ulasan Akhir Kalimah Allah

Salam

ORANG CERDIK DALAM AGAMA ADALAH ORANG YANG MENJAGA AKIDAH

ALLAH adalah nama Tuhan Yang Maha Esa yang pengertiannya meliputi seluruh pengertian yang terkandung dalan seluruh nama-namaNya yang mempunyai maksud segala sifat kesempurnaan bagi DiriNya, nama ALLAH adalah mengatasi segala nama-namaNya kerana ia meliputi ilmu yang merangkumi ZatNya, AsmakNya,SifatNya dan juga Af'alNya

Dialah ALLAH tiada Tuhan melainkan Dia yang wajib di sembah, di patuhi, di sanjung dan juga di puji oleh segala makhluk ciptaanNya, Dialah ALLAH yang Rabbul 'Alamin ! (Yang menjadikan sekalian makhlukNya) tiada Dia beranak dan di peranakan dan tiada sekutu bagiNya dengan yang lain dan Dialah yang menamakan DiriNya ALLAH dan Dialah yang memerintahkan sekalian makhluk ciptaanNya dengan panggilan ALLAH

Apakah maksud ZatNya AsmakNya, SifatNya dan Juga Af'alNya ? Yang ini kena belajar dengar guru yang arif dalam ilmuNya rengkasnya bolehlah Pak Karamu terangkan begini, Zat bagi diriNya ialah Diri Tuhan itu, Asmak bagi Tuhan itu ialah Nama-namaNya yang menunjukkan sifat kebesaranNya, sifat bagi Tuhan itu menunjukkan makhluk ciptaanNya dan Af'al bagi diriNya adalah tengkah lakuNya ertinya kalimah ALLAH itu merangkumi ilmu Rububiyah dan Uluhiyah yang meliputu seluruh alam

Manusia kena belajar apa itu tauhidul Zat, tauhidul Asmak, tauhidul sifat dan juga tauhidul Af'al, di sinilah nanti kita akan mengetahui mana satu kerja Tuhan dan mana satu kerja kamu yang kamu dakwa selama ini, ertinya manusia sentiasa melakukan syirik kepada ALLAH setiap hari selagi mereka tidak mengetahui ilmu tauhidul Zat,Asmak,Sifat dan juga Af'alNya, itu sebab orang tua-tua dulu suruh belajar sifat 20, namun sayang ilmu itu sudah di tanam oleh fahaman sekular dan fahaman Wahabi

Pak Karamu dari awal lagi mempertahankan kalimah ini boleh di gunakan oleh sekalian makhluk Allah bukan setakat manusia tapi segala makhluk ciptaan ALLAH walaupun ada di antara yang bergelar ulama menyanggahnya yang tidak ulama tambah lagilah ! maka selamatlah orang yang mendiamkan dirinya dulu kerana tak tahu sebagaimana yang Pak Karamu sarankan dalan posting yang lepas

Ilmu sifat 20 adalah ilmu yang merangkumi ilmu tamadun manusia yang menjurus kepada ilmu ketuhanan,kehambaan yang membawa kepada cabang ilmu sain dan teknologi yang semuanya membawa kepada akhlak kepada Tuhan dan sesama manusia, segala ilmunya merangkumi kalimah LA ILLAHA ILLALLAH MUHAMMADARRASULLULLAH dalam kontek kehidupan dan peribadatan kepada ALLAH yang maha Esa

Apabila kita memahami maksud kalimah ini maka berhaklah kita mempertahankan kalimah ALLAH ini dari di cemari oleh sesiapa juga di antara makhlukNya terutama manusia umpamanya jika ada nanti orang berkata bahawa ALLAH mempunyai anak,emak ataupun bapa maka berhaklah kita berjihad untuk mempertahankannya sekalipun nyawa sebagai gantinya inilah kerja hamba kepada ALLAH yang sebenarnya


9 orang berkata:

Anne Lyken-Garner said...

Thank you so much for visiting my blog.
Have a wonderful year and success and happiness in all you do.

boyanis sos cili said...

kat sekolah sekarangni mane nak ajar bab sifat 2o deangan pemaknaanya yang mendalam..pasalkalau rakyat paham akan sdfat 20 ni alamat umno tak dapat carik makan wuuhuhhuuu

~PakKaramu~ said...

Salam

Thank you for visiting my blog

Kepada Briged MP kalau semua dah faham ALLAH maka orang tak takut siapapun wa imma pemimpin dan orang akan takut Allah saja, maka kesannya nanti pilihanraya kalah pulakkkk !

Sinta Nisfuanna said...

sharingnnya sangat bermanfaat...makasih pak karamu

ISA said...

Salam Pak Karamu,

Selamat kembali dari Tanah Suci.

Keduanya, saya memohon Pak Karamu tarik balik komen dari blog Harimau Menaip.

Tidak perlu merendahkan taraf diri sebagai anjing dengan orang yang tak faham agama.

Kerana kita manusia semulia2 kejadian.

~PakKaramu~ said...

Salam ISA saya akan tarik

Unknown said...

Happy new year for you too!!

Dr. Abdul Wahab Arbain said...

Salam PakKaramu,
Hajjun Mabrur wahai PakKaramu. Alhamdulillah.

Unknown said...

insya allah smoga kita smua mjadi org yg cerdik mjaga akidh amin :)

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.