Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

M. RAJULI SAH KEMBALI KERAHMATULLAH JAM 10 MALAM INI , AL FATIHAH !

DUA DATO UMNO TERLIBAT ?

Salam

INI KES DATO-DATO PUNYA CERITA

MULA-MULA APABILA KES PEMBUNUHAN DATO SOSILAWATI DIUMUMKAN MAKA SUSPEK DIKATAKAN AHLI DAP BERGELAR DATO OLEH UMNO, TETIBA KELUAR PULA CERITA DUA DATO UMNO PULA YANG DIKAITKAN DENGAN URUSNIAGA PEMBELIAN TANAH YANG SAMA DI UTARA TANAH AIR DATO TERSEBUT DIKATAKAN ORANG KUAT KJ DAN DIKAITKAN PULA DENGAN RAHMAN PALIL DAN SUHAIMI IBRAHIM, KEPADA YANG TERLIBAT BERURUS NIAGA ITU TOLONGLAH NAFIKAN, NAMPAKNYA UMNO JUGA YANG KENA

House Of Perak dan Dunia Cacamerba

RALAT BERHUBUNG DENGAN M. RAJULI

Salam

M.Rajuli yang dikatakan telah meninggal dunia oleh Zuan Melodi TV3 sebenarnya dalam keadaan kritikal di hospital Ampang dan dia sedang diberikan bantuan pernafasan, mudah-mudahan dia segera sembuh

RAMAI JUGA DIKATAKAN ADUN UMNO TERLIBAT URUSNIAGA DENGAN DATUK PALSU YANG BUNUH SOSILAWATI, HMMMM APA LAGI NAFIKAN ATAU IA KAN

Sumber Dunia cacamarba

M. RAJULI KEMBALI KERAHMATULLAH

Salam

M. RAJULI PELAKUN POPULAR DRAMA TELAH MENINGGAL DUNIA, AL FATIHAH !!!

APA SUDAH JADI DENGAN LAPORAN POLIS ?

Salam

APA SUDAH JADI DENGAN LAPORAN POLIS YANG DIBUAT OLEH MAJLIS PEGUAM ?

Presiden majlis peguam telah membuat laporan polis terhadap peguam-peguan yang salah laku akan tetapi mengikutnya tiada tindakan yang diambil, menurutnya seramai 30 hingga 40 orang setiap tahun dilaporkan kepada polis akan tetapi tiada tindakan yang diambil, sambil menyatakan bahawa majlis Peguam sedia bekerjasama dengan polis diharap polis kenalah bertindak, kenyataan presiden majlis peguam ini adalah ekoran dari kenyataan Ali Rustam yang mahukan Majlis Peguan bertindak tegas  keatas peguam-peguam yang telah melakukan salah laku

Andainya laporan polis telah dilakukan dan tindakan polis masih tidak berjalan maka Ali Rustam kenalah gunakan pengaruhnya kepada saluran politik pula, jika mengikut Presiden Majlis Peguam kadar setahun antara 30 hingga 40 orang yang diambil tindakan dengan melaporkannya kepada polis maka jumlahnya tentulah sudah begitu ramai, orang ramaipun  hendak tahu juga siapakah mereka itu sebab setiap pengamal undang-undang sendiri yang melanggar undang-undang apa lagilah orang yang tidak arif dengan undang-undang, agaknya termasuklah speaker Perak

BAKARAN DI DUNIA DAN BAKARAN DI AKHIRAT

Salam

KENYATAAN JAHILIYAH YANG MENGATAKAN "NERAKAPUN TIDAK TERIMA PENJENAYAH YANG BUNUH SOSILAWATI ?

Apakah maksud Neraka ?
Dalam bahasa arab Neraka itu sisebut Nar iaitu satu tempat untuk menyiksa manusia yang melanggar perintah dan menderhaka kepadaNya, didalam Neraka terdapat berbagai-bagai 'azab yang pedih, ada binatang buas untuk menyiksa manusia, ada sungai yang tersedia bagi manusia yang jatuh kedalamnya dan lemas namun tidak mati, di Neraka disediakan berbagai-bagai alat penyiksaan daripada Allah yang tidak ada tolok bandingnya dengan penyiksaan di dunia ini, semua alat penyiksaan ini di perbuat dari api yang kekuatan panasnya ratusan kali ganda dari api dunia, orang kafir dan munafik akan kekal didalam Neraka tersebut

Demikian sifat Neraka yang Allah sediakan untuk manusia dan juga Jin, adapun Sosilawati yang telah di bunuh dan dibakar yang dilihat sebagai terlalu kejam sehinggakan nerakapun tidak terima penjenayah yang bunuh Sosilawati baru-baru ini adalah menunjukkan kelemahan Allah menyediakan tempat balasan untuk manusia yang melanggar dan menderhaka kepadaNya  sebagai balasan, kenyataan ini adalah kenyataan seolah-olah Allah kena sediakan tempat yang lebih 'azab daripada itu sedangkan manusia yang buat kenyataan tersebut belum lagi memahami dan merasakannya

Di dalam Neraka ada sungai daripada api, Ada haiwan ganas, ada alat untuk cangkok manusia untuk menghumban mereka kedalam tempat penyiksaan sementara Sosilawati dibunuh oleh manusia bertaraf binatang, kemudian dibakar, kemudian dicampak kedalam sungai, Adakah semua itu sama dengan sungai Neraka ? Adakah bakarannya sama dengan bakaran api Neraka ? Kenyataan yang Nerakapun tidak terima penjenayah yang bunuh Sosilawati itu eloklah belajar agama baik-baik jangan ikut sedap mulut hendak bercakap yang menunjukkan sifat Neraka Allah itu bersifat lemah


INGATAN KEPADA YANG HIDUP

Salam

MENILAI TAHAP PEMIKIRAN MANUSIA DALAM MENGHADAPI TKDIR TUHAN UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN

Apabila berlakunya sesuatu pembunuhan kejam terhadap manusia maka kebanyakan daripada kita menilai secara imosi masing-masing akan tetapi tidak ramai dikalangan manusia yang menilai fitrah takdir yang bersebab dari atas perbuatan sendiri yang mungkin daripadanya tertimpa segala takdir yang setimpal yang ditetapkan oleh Allah kerana setiap sesuatu itu datangnya daripada Allah belaka

Manusia ditetapkan oleh Allah dengan berbagai perangai yang baik ataupun yang buruk, dalam waktu yang sama manusia juga boleh mengubah perangai masing-masing dari yang buruk kepada yang baik dan daripada yang baik kepada yang buruk atas kesedaran masing-masing dengan memohon kepada Allah kejalan mana yang mereka hendak pilih, ada jalan yang Allah izin akan tetapi Dia tidak redha dan ada jalan yang Dia  izin akan tetapi Dia tidak redha

Segala perangai manusia datangnya daripada ransangan hawa kepada nafsunya dan hawa nafsu pula ada yang baik dan ada yang tidak baik, hawa nafsu ini berkawan baik pula dengan fungsi akal setiap manusia jika akal di isi dengan ilmu yang hak maka insyaAllah perangai manusia boleh menjadi baik akan tetapi jika akal di isi dengan ilmu yang batil maka manusia boleh menjadi jahat dan kejam sekalipun manusia itu kelihatan baik dan sopan

MENILAI PERISTIWA SOSILAWATI

Manusia yang melakukan pembunuhan itu sudah tentu mereka yang berhawa nafsukan SUBU'IYAH iaitu hawa nafsu kebinatangan buas yang sentiasa mengganas dan suka melakukan penginayaan terhadap orang ramai, golongan ini akan berbuat apa saja perbuatan yang luar biasa yang bersifat kejam yang diluar sifat peri kemanusiaan dan diluar jangka, golongan ini juga dikenali sebagai haiwanul natik (binatang yang pandai bercakap) Golongan ini juga tidak pandai merancang akan tetapi pandai bertindak secara kejam

Ada lagi satu jenis hawa nafsu yang dinamakan SYAITANIYAH iaitu mereka dari golongan yang sentiasa menggunakan kecerdikan dan keilmuan yang ada pada mereka untuk tujuan menipu dan memperdaya orang lain sehingga mereka berjumpa dengan mangsanya dan terus mengorbankan mereka tanpa ada perasaan belas kasihan demi untuk kepentingan diri mereka dan kumpulan mereka, kedua-dua jenis hawa nafsu diatas telah disebut oleh Allah untuk menjadi ingatan kepada umat manusia khususnya orang islam

Pak Karamu tidak mahu menyentuh soal apa yang sedang diushakan oleh pehak polis dalam menjalankan tugas mereka bagi menyiasat kejadian pembunuhan kejam dari dua golongan manusia yang berhawa nafsukan diatas, biarkan mereka menjalankan tugas mereka dengan kepakaran yang ada cuma apa yang Pak Karamu nak sebut disini ialah sikap manusia berhawa nafsu diatas perlu diperhatikan setiap masa untuk dijadikan panduan supaya manusia sentiasa berhati-hati

ADUUUYAI PENING !

Salam

NERAKAPUN TAK TERIMA PENJENAYAH YANG BUNUH SOSILAWATI ?

Aduh peningnya kepala nak fahamkan kata-kata luahan menteri wanita Sahrizad, sepening orang yang kepalanya dipukul, cari punya cari dari dunia hinggalah keakhirat tak jumpa nahu ilmu neraka yang tak mahu terima orang yang bunuh kejam Sosilawati tuh

Apa yang manusia tahu sepedih-pedih hukuman Tuhan ialah memasukkan orang yang engkar kedalam bakaran api neraka akan tetapi jika orang yang bunuh Sosilawati dilihat sebagai terlalu kejam sampai api nerakapun tidak mahu terima mereka masuk kedalamnya nak hantar mereka kat mana ?

Orang munafik akan dimasukkan kedalam neraka Allah yang paling bawah dari neraka orang-orang kafir, mungkin yang bunuh Sosilawati itu orang kafir, tidak payah bunuhpun mereka akan masuk juga kedalam api neraka, akan tetapi apabila mereka membunuh secara yang paling kejam tetiba neraka tak mahu terima mereka, aduuuyai nak sumbat mereka kat mana ni

Itulah pasal umat islam memang disuruh menutup aurat barulah betul cakap, jika pakai tudung kepala tapi masih jambul keluar maka akibatnya akan tidak diterima pula oleh neraka jadi hangpa nak tinggal kat mana ? Tu la sebab jika nak bercakap pasal agama belajarlah baik-baik jangan belajar sekerat-sekerat nanti neraka tak terima, lainlah jika neraka tak terima maka akan masuk kedalam syurga


PARTI PERKASA ?

Salam

ANDAINYA PERKASA DIDAFTARKAN SEBAGAI SEBUAH PARTI POLITIK ?

Ibrahim Ali sebelum menubuhkan PERKASA   mungkin telah mencongak kedudukan  orang melayu didalam UMNO yang dilihatnya semakin menjauhkan diri  daripada parti tersebut lalu ia menubuhkan PERKASA sebagai ganti untuk meneruskan perjuangan bangsa melayu setelah UMNO  gagal membela bangsa melayu secara keseluruhannya mengikut perlembagaan negara lalu ia menubuhkan NGO PERKASA sebagai tindakan beradab terhadap UMNO namun lama kelamaan PERKASA nampak bahawa UMNO terus juga gagal lalu mereka berura-ura untuk mendaftarkan PERKASA sebagai sebuah parti politik untuk menyaingi UMNO yang dianggap sudah tidak relevan kepada bangsa melayu

Tengku Razaligh Hamzah telahpun maklum terhadap PERKASA yang berura-ura untuk menubuhkan badan NGO ini kepada pertubuhan politik akan tetapi atas kajiannya ia tidak akan mendatangkan keuntungan kepada orang melayu malah akan memecahbelahkan bangsa melayu sendiri namun mungkin Ibrahim Ali ada bcaannya sendiri, andainya PERKASA benar-benar didaftarkan sebagai sebuah parti politik mungkin UMNO akan bertambah layu kerana halatuju parti itu sudah berubah daripada semangat kebangsaan kepada semangat 1 Malaysia, jadi untuk menyelamatkan semangat bangsa maka terpaksalah PERKASA didaftarkan sebagai sebuah badan politik kemudian mereka akan menyertai BN kemudiannya

Orang UMNO mungkin melihat percaturan hendak memperkokohkan bangsa melayu ini ada baiknya PERKASA menceburkan badan NGO ini kepada badan politik namun Apakah dengan adanya Partai PERKASA maka politik orang melayu akan bertambah kuat sedangkan kebanyakan ahli PERKASA adalah juga ahli UMNO jadi dimana untungnya  dan dimana kuatnya, tambahan pula jika hendak menempatkan calon bagi merebut kerusi parlimen ataupun DUN tidak dapat tidak mereka akan  bergaduh sudahnya kerana kerusi UMNO mungkin akan berkurangan

Seperkara lagi andainya parti PERKASA didaftarkan sebagai sebuah parti politik dan mereka menyertai BN tentunya diantara ahli parti komponen ada yang tidak berpuas hati terutama dari MCA yang sememangnya tidak bersetuju dengan PERKASA kerana dasar extremnya yang dianggap melampau batas kerukuman dalam keharmonian kaum dan mungkin juga MCA akan memikirkan kembali kedudukannya didalam BN yang akhirnya kewujudan PERKASA tidak langsung menguntungkan malah bertambah rugi

DR SYED HUSAIN ALI TIDAK BERTANDING

Salam

SENATOR DR SYED HUSAIN ALI MENGESAHKAN TIDAK MEMPERTAHANKAN JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN PKR

Timbalan presiden parti Pkr Senator Dr Syed  Husain Ali mengesahkan bahawa dia tidak akan mempertahankan jawatan timbalan Presiden PKR kerana mahu menumpukan kepada penulisan dan keluarga tambahan pula umurnya telah meningkat 71 tahun dan memberikan kepada orang yang lebih muda dan bertenaga

Pada mulanya dia berhasrat untuk memegang jawatan tersebut selama dua penggal namun hasratnya tidak kesampaian dan dia bersifat terbuka untuk tidak lagi mempertahankan jawatannya itu, dia semacam keciwapun ada namun dia tidak dapat menafikan keupayaannya sudah tidak lagi sesuai dengan keadaan umurnya yang ada

NAJIB TERTEKAN

Salam

Najib tentunya merasa tertekan apabila dua pandangan yang salah satunya terpaksa diikut, jika Najib mengikut nasihat Tun Mahadzir supaya berbaik dengan PERKASA nanti MCA pula akan merasa keciwa kerana MCA memang anti PERKASA dan ada kemungkinan MCA akan lari dari menyokong  UMNO, jika Najib menyokong dan mengikut nasihat MCA maka melayu yang telah tawar hati dengan UMNO akan terus lari tidak mahu menyokong UMNO pula sebaliknya akan menyokong Pakatan Rakyat jadi apa pilihan yang akan diambil oleh Najib dan rakannya daripada UMNO ?

Sekarang Umno sudah ujud dua musuh dalaman iaitu orang melayu dan MCA selain daripada Pakatan rakyat jadi apakah usha yang bakal akan diambil untuk menstabilkan UMNO khasnya dan BN/UMNO amnya bagi menghadapi PRU 13 nanti ?

APA MAHADZIR MAU DAN MCA MAU ?

Salam

MAHADZIR MAU UMNO BERBAIK DENGAN PERKASA, MCA MAHU UMNO JAUHKAN DIRI DARI PERKASA, UMNO BOLEH PILIH SENDIRI

Apa yang  UMNO mahu ialah semua orang melayu kembali kepada UMNO bagi memperjuangkan nasib orang melayu yang dikatakan telah jauh ketinggalan kebelakang, tidak pula disebut kebelakang sejauh mana jika dibandingkan dengan bangsa yang lain, soalnya bolehkah lagi diharapkan kepada UMNO untuk memperjuangkan nasib orang melayu setelah pucuk pimpinannya beralih kepada gagasan 1 Mlaysia 

Tun Mahadzir bekas perdana menteri nampak UMNO tidak boleh pinggirkan PERKASA setelah ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin nampak PERKASA tidak memberi untung kepada UMNO malah menambah parahkan  sokongan melayu kepada UMNO, nada Khairy ini mirip dengan pandangan MCA yang mahukan UMNO jangan berbaik dengan PERKASA kerana dikatakan merugikan perjuangan UMNO

Mungkin pandangan Khairy dan MCA ini ada benarnya kerana setiap terbukanya mulut PERKASA maka orang melayu telah meluat dengan PERKASA kerana sikap PERKASA yang sangat ektrem dan terlalu mengambil berat kepada hak istimewa  orang-orang melayu namun hak istimewa itu sebenarnya hanya dapat dinekmati oleh golongan orang melayu tertentu sahaja iaitu golongan ahli UMNO sahaja selain itu mereka menggigit jari

MCA mungkin ada alasan yang tersendiri mengapa mereka tidak mahu UMNO berbaik-baik dengan PERKASA, mungkin salah satu sebabnya ialah kerana mereka takut konsef 1 Malaysia akan menjadi gagal dilaksanakan kerana mereka sendiripun faham tentang rakusnya PERKASA untuk memiliki hazanah negara tertentu dipulangkan kepada bangsa melayu yang sedikit demi sedikit telah hilang kerana kerakusan mencari untung kumpulan  kroni bagi menimbun kekayaan

Tun Dr Mahadzir juga ada alasan yang tersendiri mengapa dia mahukan UMNO berkerjasama erat dengan PERKASA, mungkin dia nampak melalui perkasa orang melayu akan bersatu kembali sedangkan PERKASA sudah tidak diperdulikan oleh kebanyakan orang melayu sekalipun ada dakwaan orang melayu sukakan PERKASA, semua ini adalah tidak benar terutama orang melayu dari Pas dan juga PKR yang bertambah meluat dengan PERKASA kerana PERKASA berjuang hanya untuk memulihkan melayu UMNO sahaja


RAKYAT KELANTAN WAJIB BERBANGGA DENGAN SULTANNYA

Salam

Rakyat di negeri Kelantan wajib merasa bangga dengan Sultannya kerana kedudukan Sultan mereka menepati apa yang telah ditentukan oleh agama islam, inilah satu-satunya Sultan di negara ini yang cenderung kepada mengemaskan syarat dirinya sebagai seorang pemimpin bagi umat islam terutama di negeri Kelantan sendiri dan tidak mustahil apabila baginda memegang jawatan Yang Dipertuan Agong disatu hari nanti agama islam dinegara ini akan menjadi lebih baik kedudukannya dibawah pentadbiran baginda

Sebarang diingatkan kepada rakyat dinegara ini bahawa setiap yang terbaik pasti ada resikonya dan resiko itulah yang menguatkan lagi perjuangan baginda untuk mengukuhkan islam dirantau ini dengan syarat rakyat mestilah bersama baginda dan baginda mestilah juga bersama-sama dengan rakyat ibarat aur dengan tebing, insya Allah Kelantan akan lebih maju dan aman
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.