NERAKAPUN TAK TERIMA PENJENAYAH YANG BUNUH SOSILAWATI ?
Aduh peningnya kepala nak fahamkan kata-kata luahan menteri wanita Sahrizad, sepening orang yang kepalanya dipukul, cari punya cari dari dunia hinggalah keakhirat tak jumpa nahu ilmu neraka yang tak mahu terima orang yang bunuh kejam Sosilawati tuh
Apa yang manusia tahu sepedih-pedih hukuman Tuhan ialah memasukkan orang yang engkar kedalam bakaran api neraka akan tetapi jika orang yang bunuh Sosilawati dilihat sebagai terlalu kejam sampai api nerakapun tidak mahu terima mereka masuk kedalamnya nak hantar mereka kat mana ?
Orang munafik akan dimasukkan kedalam neraka Allah yang paling bawah dari neraka orang-orang kafir, mungkin yang bunuh Sosilawati itu orang kafir, tidak payah bunuhpun mereka akan masuk juga kedalam api neraka, akan tetapi apabila mereka membunuh secara yang paling kejam tetiba neraka tak mahu terima mereka, aduuuyai nak sumbat mereka kat mana ni
Itulah pasal umat islam memang disuruh menutup aurat barulah betul cakap, jika pakai tudung kepala tapi masih jambul keluar maka akibatnya akan tidak diterima pula oleh neraka jadi hangpa nak tinggal kat mana ? Tu la sebab jika nak bercakap pasal agama belajarlah baik-baik jangan belajar sekerat-sekerat nanti neraka tak terima, lainlah jika neraka tak terima maka akan masuk kedalam syurga
1 orang berkata:
mereka ini semua percayake ada surga dan neraka Allah sbb apa yang mereka lakukan di dunia ini nampak macam surga dan neraka Allah tidak wujud.bertaubatlah sebelum sampai masanya.
Post a Comment