MAHADZIR MAU UMNO BERBAIK DENGAN PERKASA, MCA MAHU UMNO JAUHKAN DIRI DARI PERKASA, UMNO BOLEH PILIH SENDIRI
Apa yang UMNO mahu ialah semua orang melayu kembali kepada UMNO bagi memperjuangkan nasib orang melayu yang dikatakan telah jauh ketinggalan kebelakang, tidak pula disebut kebelakang sejauh mana jika dibandingkan dengan bangsa yang lain, soalnya bolehkah lagi diharapkan kepada UMNO untuk memperjuangkan nasib orang melayu setelah pucuk pimpinannya beralih kepada gagasan 1 Mlaysia
Tun Mahadzir bekas perdana menteri nampak UMNO tidak boleh pinggirkan PERKASA setelah ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin nampak PERKASA tidak memberi untung kepada UMNO malah menambah parahkan sokongan melayu kepada UMNO, nada Khairy ini mirip dengan pandangan MCA yang mahukan UMNO jangan berbaik dengan PERKASA kerana dikatakan merugikan perjuangan UMNO
Mungkin pandangan Khairy dan MCA ini ada benarnya kerana setiap terbukanya mulut PERKASA maka orang melayu telah meluat dengan PERKASA kerana sikap PERKASA yang sangat ektrem dan terlalu mengambil berat kepada hak istimewa orang-orang melayu namun hak istimewa itu sebenarnya hanya dapat dinekmati oleh golongan orang melayu tertentu sahaja iaitu golongan ahli UMNO sahaja selain itu mereka menggigit jari
MCA mungkin ada alasan yang tersendiri mengapa mereka tidak mahu UMNO berbaik-baik dengan PERKASA, mungkin salah satu sebabnya ialah kerana mereka takut konsef 1 Malaysia akan menjadi gagal dilaksanakan kerana mereka sendiripun faham tentang rakusnya PERKASA untuk memiliki hazanah negara tertentu dipulangkan kepada bangsa melayu yang sedikit demi sedikit telah hilang kerana kerakusan mencari untung kumpulan kroni bagi menimbun kekayaan
Tun Dr Mahadzir juga ada alasan yang tersendiri mengapa dia mahukan UMNO berkerjasama erat dengan PERKASA, mungkin dia nampak melalui perkasa orang melayu akan bersatu kembali sedangkan PERKASA sudah tidak diperdulikan oleh kebanyakan orang melayu sekalipun ada dakwaan orang melayu sukakan PERKASA, semua ini adalah tidak benar terutama orang melayu dari Pas dan juga PKR yang bertambah meluat dengan PERKASA kerana PERKASA berjuang hanya untuk memulihkan melayu UMNO sahaja
1 orang berkata:
Salam...terima kasih Pak sudi linkkan kembali blog ambo...
Post a Comment