ANDAINYA PERKASA DIDAFTARKAN SEBAGAI SEBUAH PARTI POLITIK ?
Ibrahim Ali sebelum menubuhkan PERKASA mungkin telah mencongak kedudukan orang melayu didalam UMNO yang dilihatnya semakin menjauhkan diri daripada parti tersebut lalu ia menubuhkan PERKASA sebagai ganti untuk meneruskan perjuangan bangsa melayu setelah UMNO gagal membela bangsa melayu secara keseluruhannya mengikut perlembagaan negara lalu ia menubuhkan NGO PERKASA sebagai tindakan beradab terhadap UMNO namun lama kelamaan PERKASA nampak bahawa UMNO terus juga gagal lalu mereka berura-ura untuk mendaftarkan PERKASA sebagai sebuah parti politik untuk menyaingi UMNO yang dianggap sudah tidak relevan kepada bangsa melayu
Tengku Razaligh Hamzah telahpun maklum terhadap PERKASA yang berura-ura untuk menubuhkan badan NGO ini kepada pertubuhan politik akan tetapi atas kajiannya ia tidak akan mendatangkan keuntungan kepada orang melayu malah akan memecahbelahkan bangsa melayu sendiri namun mungkin Ibrahim Ali ada bcaannya sendiri, andainya PERKASA benar-benar didaftarkan sebagai sebuah parti politik mungkin UMNO akan bertambah layu kerana halatuju parti itu sudah berubah daripada semangat kebangsaan kepada semangat 1 Malaysia, jadi untuk menyelamatkan semangat bangsa maka terpaksalah PERKASA didaftarkan sebagai sebuah badan politik kemudian mereka akan menyertai BN kemudiannya
Orang UMNO mungkin melihat percaturan hendak memperkokohkan bangsa melayu ini ada baiknya PERKASA menceburkan badan NGO ini kepada badan politik namun Apakah dengan adanya Partai PERKASA maka politik orang melayu akan bertambah kuat sedangkan kebanyakan ahli PERKASA adalah juga ahli UMNO jadi dimana untungnya dan dimana kuatnya, tambahan pula jika hendak menempatkan calon bagi merebut kerusi parlimen ataupun DUN tidak dapat tidak mereka akan bergaduh sudahnya kerana kerusi UMNO mungkin akan berkurangan
Seperkara lagi andainya parti PERKASA didaftarkan sebagai sebuah parti politik dan mereka menyertai BN tentunya diantara ahli parti komponen ada yang tidak berpuas hati terutama dari MCA yang sememangnya tidak bersetuju dengan PERKASA kerana dasar extremnya yang dianggap melampau batas kerukuman dalam keharmonian kaum dan mungkin juga MCA akan memikirkan kembali kedudukannya didalam BN yang akhirnya kewujudan PERKASA tidak langsung menguntungkan malah bertambah rugi
0 orang berkata:
Post a Comment