MENILAI TAHAP PEMIKIRAN MANUSIA DALAM MENGHADAPI TKDIR TUHAN UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN
Apabila berlakunya sesuatu pembunuhan kejam terhadap manusia maka kebanyakan daripada kita menilai secara imosi masing-masing akan tetapi tidak ramai dikalangan manusia yang menilai fitrah takdir yang bersebab dari atas perbuatan sendiri yang mungkin daripadanya tertimpa segala takdir yang setimpal yang ditetapkan oleh Allah kerana setiap sesuatu itu datangnya daripada Allah belaka
Manusia ditetapkan oleh Allah dengan berbagai perangai yang baik ataupun yang buruk, dalam waktu yang sama manusia juga boleh mengubah perangai masing-masing dari yang buruk kepada yang baik dan daripada yang baik kepada yang buruk atas kesedaran masing-masing dengan memohon kepada Allah kejalan mana yang mereka hendak pilih, ada jalan yang Allah izin akan tetapi Dia tidak redha dan ada jalan yang Dia izin akan tetapi Dia tidak redha
Segala perangai manusia datangnya daripada ransangan hawa kepada nafsunya dan hawa nafsu pula ada yang baik dan ada yang tidak baik, hawa nafsu ini berkawan baik pula dengan fungsi akal setiap manusia jika akal di isi dengan ilmu yang hak maka insyaAllah perangai manusia boleh menjadi baik akan tetapi jika akal di isi dengan ilmu yang batil maka manusia boleh menjadi jahat dan kejam sekalipun manusia itu kelihatan baik dan sopan
MENILAI PERISTIWA SOSILAWATI
Manusia yang melakukan pembunuhan itu sudah tentu mereka yang berhawa nafsukan SUBU'IYAH iaitu hawa nafsu kebinatangan buas yang sentiasa mengganas dan suka melakukan penginayaan terhadap orang ramai, golongan ini akan berbuat apa saja perbuatan yang luar biasa yang bersifat kejam yang diluar sifat peri kemanusiaan dan diluar jangka, golongan ini juga dikenali sebagai haiwanul natik (binatang yang pandai bercakap) Golongan ini juga tidak pandai merancang akan tetapi pandai bertindak secara kejam
Ada lagi satu jenis hawa nafsu yang dinamakan SYAITANIYAH iaitu mereka dari golongan yang sentiasa menggunakan kecerdikan dan keilmuan yang ada pada mereka untuk tujuan menipu dan memperdaya orang lain sehingga mereka berjumpa dengan mangsanya dan terus mengorbankan mereka tanpa ada perasaan belas kasihan demi untuk kepentingan diri mereka dan kumpulan mereka, kedua-dua jenis hawa nafsu diatas telah disebut oleh Allah untuk menjadi ingatan kepada umat manusia khususnya orang islam
Pak Karamu tidak mahu menyentuh soal apa yang sedang diushakan oleh pehak polis dalam menjalankan tugas mereka bagi menyiasat kejadian pembunuhan kejam dari dua golongan manusia yang berhawa nafsukan diatas, biarkan mereka menjalankan tugas mereka dengan kepakaran yang ada cuma apa yang Pak Karamu nak sebut disini ialah sikap manusia berhawa nafsu diatas perlu diperhatikan setiap masa untuk dijadikan panduan supaya manusia sentiasa berhati-hati
0 orang berkata:
Post a Comment